Mixed Methods semakin popular?

Selain menjalankan kajian penyelidikan secara single study yang juga dikenali sebagai monomethods sama ada kajian kuantitatif ataupun kajian kualitatif, kajian kaedah campuran (mixed methods) juga semakin mendapat tempat dalam kalangan para penyelidik akhir-akhir ini. Walaupun, di saat-saat analisis SEM semakin mempelopori analisis statistiskal kuantitatif, penyelidik juga turut berpendapat bahawa kajian mixed methods perlu dilihat sebagai alternatif yang mendasari kaedah penyelidikan.

Pendekatan mixed methods sememangnya banyak digunakan dalam perkembangan ilmu saintifik dan empirikal seperti bidang sains sosial dan kemanusiaan, bidang pendidikan, bidang sains kesihatan, bidang organisasi dan pengurusan, bidang psikologi serta bidang komunikasi dan teknologi.

Justeru, bila kita memilih untuk menjalankan pendekatan mixed methods sebagai reka bentuk kajian, perlu diingat bahawa kita perlu menggabungkan teknik dan kaedah kuantitatif dan kualitatif untuk menjawab persoalan kajian. Metodologi kajian mixed methods melibatkan proses penyelidikan seperti tujuan, reka bentuk keseluruhan, persampelan, pengumpulan data serta analisis dan penginterpretasian data.

Namun, seseorang penyelidik yang ingin menjalankan kajian mixed methods seharusnya jangan ambil risiko jika tidak mahir dalam menguasai kedua-dua kajian. Ini kerana kaedah kajian kuantitatif dan kajian kualitatif amat berbeza sekali lebih-lebih lagi dari aspek pengumpulan dan analisis data.

Terdapat beberapa jenis reka bentuk yang menggunakan kaedah mixed methods; concurrent, sequential, transformative, tringulation. John W. Creswell merupakan antara scholar yang banyak mengkaji bidang kajian mixed methods ini. Mungkin boleh rujuk buka beliau seperti Research Design Qualitative, Quantitative dan Mixed Methods Approach. Sangat mudah untuk difahami bagi mereka yang ingin mendalami kaedah mixed methods.

Namun, hakikatnya kaedah mixed methods lebih mencabar dijalankan kerana ia melibatkan dua kali ganda usaha kita untuk menyelesaikannya. Antara cabaran yang terbesar ialah berkaitan dengan masa dalam mengendalikan penyelidikan. Namun, apa-apa pun tidak menjadi masalah kalau kita memahami fungsi setiap kajian dengan tepat ditambah dengan keyakinan dan usaha kita. 🙂

Paradigma Mixed Methods

Sambungan dari entri yang lepas berhubung dengan paradigma atau philosophical worldviews yang menjadi asas penyelidikan kajian kita. Kalau kajian kuantitatif lebih mementingkan analisis berangka dan nombor dengan perspektif post-positivist, kajian kualitatif pula lebih mementingkan unsur subjektiviti dengan pendekatan interpretif. Manakala asas paradigma kajian mixed methods juga dikatakan sebagai paradigma ketiga yang wujud dalam penyelidikan empirikal.  Paradigma mixed methods dikenali sebagai perspektif pragmatisme. Terdapat penyelidik yang mengambil perspektif pragmatisme dengan menerima penggabungan paradigma kuantitatif dan kualitatif secara bersama.

Justeru, persoalannya….apa yang membezakan paradigma pragmatisme dengan kedua-dua paradigma kajian kuantitatif dan kualitatif? Hakikatnya penyelidik yang menerima kaedah mixed methods lebih melihat dunia dengan lebih terbuka melalui andaian asas, pengumpulan data serta analisis data yang berbeza. Dengan kata lain, penyelidik pragmatisme tidak terlalu taksub dengan satu-satu kaedah penyelilidikan semata-mata. Contohnya terlalu bias dengan kajian penyelidikan kuantitatif sehingga menolak kajian yang berdasarkan penyelidikan kualitatif ataupun orang-orang kualitatif yang memandang rendah mereka yang berpihak kepada kajian kuantitatif. Malah mereka yang menerima kajian mixed methods menggunakan kepelbagaian pendekatan untuk memahami permasalahan kajian yang berbeza pendekatannya. Oleh sebab itulah, mereka yang menerima paradigma pragmatisme lebih terbuka dalam membincangkan persoalan ontologi, epistimologi dan aksiologi sesuatu kajian penyelidikan.

Korelasi Spara (Partial Correlation)

Entri kali ini menyambung perbincangan mengenai ujian korelasi. Kali ini memfokuskan kepada korelasi spara yang mana melibatkan kajian hubungan yang lebih daripada dua variabel. Korelasi spara termasuk dalam ujian statistik multivariat. Kajian korelasi spara melibatkan kajian hubungan linear dua variabel kajian dengan mengawal variabel lain yang mempunyai hubungan linear dengan kedua-dua variabel tersebut.

Varibel kawalan dalam kajian korelasi spara ini merupakan variabel yang tidak dikaji secara langsung tetapi berkemungkinan mempunyai kesan ke atas variabel kajian. Sebagai contohnya objektif kajian untuk menentukan pendedahan filem (IV) dan tingkah laku negatif (DV) dengan mengawal faktor umur. Untuk kajian ini, berkemungkinan umur memberi kesan kepada perubahan tingkah laku negatif. Oleh itu umur sebagai control variable perlu dikawal dalam kajian tersebut.

Ujian bagi korelasi spara seperti mana ujian korelasi pearson menunjukkan ciri-ciri yang sama iaitu untuk menentukan kekuatan sama ada kuat atau lemah dan arah hubungan sama ada positif atau negatif.