Beza…Latar Belakang Kajian dan Pernyataan Masalah

Bukan mudah untuk baca proposal penyelidikan dan nak bagi markah dengan adil dan saksama. Bayangkan seminggu ambil masa untuk settlekan markah proposal pelajar dalam kursus Kaedah Penyelidikan.

Kadang-kadang sedih juga apabila ramai pelajar take it for granted dalam menyiapkan proposal dengan cara mudah dan tidak cermat. Padahal rasanya pensyarah sudah bersungguh sangat mengajar setiap sub tajuk dalam kelas KP.

Bayangkan mulakan pembacaan proposal pun sudah upset….apa tidaknya bila ada yang masih tidak jelas mengenai latar belakang kajian dan pernyataan masalah!!!!

Ramai yang masih keliru dan confius di antara latar belakang kajian dan pernyataan masalah. Macam sama je so nak tulis apa? Apa bezanya di antara kedua-duanya?

Di mana kita nak tulis kedua-dua ini…..sudah tentu dalam bab 1 penulisan tesis kita. Walau tahap mana anda berada, jika bergelar penyelidik samada di peringkat PhD atau master, ataupun nak tulis latihan ilmiah sekalipun, jangan pandang rendah dengan latar belakang kajian dan pernyataan masalah.

Memahami kedua-dua aspek ini menjadi asas penting yang boleh mengerakkan penulisan akademik kita.

Bila kita enjoy dengan apa yang kita buat…tidak akan pernah ada istilah putus asa 🙂
LATAR BELAKANG KAJIAN
  • Bincang isu secara umum.
  • Beri huraian gambaran secara umum mengenai bidang kajian dengan jelas.
  • Bawa pemboleh ubah yang berkaitan dengan kajian (rujuk tajuk kajian) yang disokong oleh literatur.
PERNYATAAN MASALAH
  • Kenal pasti isu. Nyata dengan jelas dengan sokongan literatur yang terkini dan sesuai dengan isu/masalah yang ingin dikaji.
  • Jelaskan jurang kajian sehingga perlu untuk menjalankan kajian tersebut.
  • Bawa isu yang berkaitan dengan pemboleh ubah utama.
  • Terus kaitkan dengan pemboleh ubah dalam teori kajian yang sesuai dan yang ingin digunakan untuk kajian tersebut.

Nampak macam lebih kurang je kan…tetapi sebenarnya beza. Latar belakang kajian dibincangkan dengan lebih umum yang berkaitan dengan tajuk kajian. Memadai ditulis dalam 1 halaman setengah. Manakala pernyataan masalah sudah terfokus kepada isu dan jurang kajian. Sudah tentu perlu ditulis dengan lebih panjang sehingga boleh mencapai tiga halaman. Ermmm tapi jangan lah panjang sangat sehingga 10 halaman pulak.

Ambil nafas sekejap….jangan marah pelajar…mereka sudah berusaha (harap-harapnya). Memahami kaedah penyelidikan bukan semudah petik jari kan. Segala penulisan akademik memerlukan kesungguhan dan ketabahan demi memahami dan menulis dengan tepat dan baik.

Cuba berbaik sangka dengan semua. Jadi tidak ada masalah walaupun beribu kali saya tidak kisah ulang-ulang dan ulang point yang sama demi memberi kefahaman kepada penyelidik novis dalam memahami cara menjalankan penyelidikan dengan baik. Moga usaha yang kecil ini menjadi asbab untuk Allah mudahkan saya masuk ke syurga Allah kelak.

Kepada penyelidik di luar sana, teruskan usaha ya…demi ilmu yang benar dan tepat.

Advertisement

7 thoughts on “Beza…Latar Belakang Kajian dan Pernyataan Masalah

  1. Terima kasih di atas huraian yang sangat jelas dan menenangkan.

    Sebagai pelajar EdD, pengalaman ‘blur’ dan ‘confuse’ untuk membezakan latar belakang kajian dan permasalahan kajian adalah perkara wajib yang perlu dilalui. Kesukaran untuk mencari dan memahami isu permasalahan kajian menjadi cabaran utama sebenarnya.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s