Falsafah Penyelidikan III

Kita sambung lagi perbincangan mengenai falsafah setiap penyelidikan samada melalui  kajian kualitatif, kuantitatif atau mixed-Methods. Dalam post yang lepas saya katakan setiap paradigma penyelidikan ini sering berbahas tentang pilihan kajian masing-masing. Seolah-olah kajian pilihan mereka lebih daripada yang lain. Kelakar juga apabila ahli cerdik pandai ni juga boleh berbahas. Penyelidik yang menerima kajian kuantitatif adalah mereka dalam kalangan post positivisme yang mana sangat objektif. Ahli penyelidik kuantitatif bermain dengan sistem dan angka. Apa sahaja hasilnya adalah melibatkan angka dan frekuensi melalui pengedaran borang soal selidik. Dan yang paling penting ahli penyelidik yang memilih kajian kuantitatif juga perlu mahir menganalisis data menggunakan perisian seperti SPSS, AMOS dan juga Smart PLS.

Kadang-kadang pelajar tidak faham kenapa mereka perlu buat penyelidikan sama-sama menggunakan kajian kuantitatif mahupun kualitatif. Bukan hanya kerana …on saya pilih kuantitatif kerana lebih mudah, ataupun saya pilih kuantitatif kerana kawan saya kata lebih mudah dsb. Justifikasinya ia lebih jauh daripada soal peribadi. Pemilihan kajian kuantitatif juga perlu didasari oleh paradigma penyelidikan yang tidak sama dengan kualitatif walaupun ia bergerak dari tiga aspek yang sama iaitu ontologi, epistemologi dan aksiologi. Namun sudah tentu prinsipnya tidak sama. Paling penting dalam kajian kuantitatif, soal objektiviti hasil kajian menjadi dasar penting bagi penyelidik positivist. Manakala ilmu atau epistemologi kuantitatif banyak kepada pengukuran dan indikatif yang tepat kepada pemboleh ubah kajian. Pengukuhan kepada teori bidang kajian amat dititik-beratkan. Jadi dalam bahasa yang mudah difahami, kajian kuantitatif merupakan applied research yang menggunakan teori bagi menjawab hipotesis kajian. Tiada nilai atau aksiologi dalam kajian kuantitatif kerana penyelidik tidak perlu mempunyai kontak peribadi dengan responden. Malah enumerator boleh digunakan bagi mengedar instrumen soal selidik. Ini antara hujah yang biasa diajukan oleh penyelidik kualitatif tentang soal responden yang boleh menjawab sesuka hati borang soal selidik.

saya bukan cuba untuk mempertahankan penyelidik kuantitatif. Tetapi jika kita belajar dan memahami secara mendalam mengenai kaedah persampelan kuantitatif, sebenarnya ia bukan yang semudah yang disangka. Sebab itulah persampelan kebarangkalian amat susah untuk kita penuhi bagi mendapatkan taburan normal. Jadi bukan isu ya sebab kita tidak edar soal selidik bawah pokok.

Jadi penyelidik kuantitatif pun jangan pertikaikan sampel kajian kualitatif yang lebih sedikit dan tidak mencapai persampelan yang rawak. Setiap kajian penyelidikan mempunyai perspektif dan kepentingan yang tidak sama. Walaupun sampel kajian kualitatif lebih kecil tidak bermakna data kajian tersebut tidak boleh digunakan kerana kualitatif bukan hanya soal sampel sahaja tetapi “it’s all about the intepretation of meaning”!

Cukup lah dulu ya. Nanti kita sambung lagi.

64102412-FF38-4D41-9738-F40A6DA9CFEC

 

 

 

 

Falsafah Penyelidikan II

Baru nak sambung perbincangan lepas mengenai falsafah penyelidikan. Penyelidik yang  menerima kajian kualitatif merupakan penyelidik yang  memahami paradigma intepretivisme dan naturalistik. Kajian kualitatif bersifat penerokaan dan subjektif. Data-data kajian banyak dalam bentuk makna dan intepretasi. Sebab itulah kajian yang bersifat asas dan fundamental tidak boleh terus melompat ke kuantitatif tanpa melalui proses pengumpulan data secara kualitatif. Kajian kualitatif bersifat asas fundamental yang menggunakan pendekatan induktif (khusus ke umum). Pendekatan kualitatif bersifat fleksibel dan dinamik dalam perkembangan proses pencarian makna kajian melalui pelbagai pilihan reka bentuk seperti kajian kes, fenomenologi, etnografi, analisis kandungan dan sebagainya. Data dikumpul kebanyakannya melalui temu bual mendalam, temu bual kumpulan fokus, analisis dokumen, pemerhatian dan lain-lain kaedah yang memberikan makna secara subjektif.  Analisisnya pula memfokuskan kepada makna-makna yang dikategorikan berdasarkan subjektiviti tema. Proses epistimologi kajian kualitatif mendasari perkongsian makna dan prosedur serta protokol tertentu. Penyelidik dianggap sebagai instrumen utama yang membawa hala tuju kajian kepada sesuatu makna yang dapat difahami. Manakala jika kita bincangkan dari aspek aksiologi, kajian kualitatif sememangnya mempunyai nilai kerana kajian ini banyak menggunakan manusia sebagai sumber utama mendapatkan data samada daripada informan atau peserta kajian.

Ermm rupanya ramai penyelidik kualitatif merasakan kajian kuantitatif ni biasanya boleh dipertikaikan dari sudut aksiologinya…

Kenapa ya kadang-kadang wujud perbahasan dalam kalangan kedua-dua penyelidikan ini? Tunggu perbincangan berikutnya, apa pula penyelidik kuantitatif memberikan pendapat tentang kualitatif.

q

Falsafah dalam Penyelidikan

InsyaAllah mulakan perbincangan mengenai penyelidikan pada tahun 2019 dengan isu falsafah dalam penyelidikan. Dalam kehidupan manusia, falsafah dikira tunjang dan asas hala tuju untuk hidup. Sesiapa yang kurang jelas dengan falsafah hidup seolah-olah kabur dengan apa yang dia inginkan sepanjang menjalani kehidupan masing-masing. Begitu juga dari aspek penyelidikan. Dalam kaedah penyelidikan, sebelum pengkaji dan penyelidik membuat keputusan tentang metode apa yang ingin dijalankan, mereka seharusnya jelas dengan falsafah di sebalik pemilihan tersebut. Proses perkembangan ilmu pengetahuan yang mendasari kerangka falsafah penyelidikan menyumbang kepada cara fikir dan pengkajian yang tidak sama dan berbeza.

Spektrum penyelidikan yang bersifat kuantitatif dan kualitatif serta mixed-methods sudah tentu memiliki falsafah penyelidikan yang berbeza. Sebab itu lah kita sering mendengar perdebatan ontologi, epistimologi dan aksiologi yang tidak sama di antara mereka. Jelasnya di sini, dengan bahasa yang lebih mudah difahami, penyelidik yang menerima metodologi secara kuantitatif sering berbeza pendapat dengan mereka yang menerima penyelidikan kualitatif. Kenapa begitu? Hal ini kerana cara fikir mereka tidak sama dan sudah tentu sebab falsafah penyelidikan mereka berbeza.

Nanti saya akan jelas dan bincangkan kenapa mereka tidak sama dan berbeza pendapat…

falsafah

Novice Researcher….antara Basic Research dan Applied Research

noviceNovice researcher seperti pelajar post graduate sentiasa meneroka masalah dalam kajian mereka. Bagi penyelidik novis sememangnya mereka bermula sebagai amatur. Meneroka penyelidikan penting bagi membantu memahami permasalahan kajian yang sebenar sebelum memulakan penyelidikan. Oleh itu, penyelidik novis belum mahir dan banyak lagi yang perlu dipelajar sebelum mencapai status penyelidik profesional dan pakar. Namun, jangan bimbang semua kita bermula sebagai penyelidik novis yang amatur. Banyak lagi penerokaan kajian dan metodologi yang perlu difahami dan dikuasai. Justeru, sangat tepat jika pelajar post graduate memahami senario sebagai penyelidik novis agar mereka tidak exxagerate dalam mengendalikan penyelidikan seolah-olah kajian mereka dapat mengubah dunia.

Ini biasa berlaku kepada pelajar siswazah samada di peringkat sarjana mahupun peringkat doktor falsafah. Yang mana mereka beranggapan kajian mereka sangat penting sehingga sub dalam signifikan kajian mereka tujukan kepada organisasi dan institusi luar melebihi signifikan kepada bidang kajian dan rujukan literatur.  Sedangkan sebenarnya kajian kesarjanaan kita sudah tentu banyak menyumbang kepada epistimologi bidang ilmu kita. Bukan mewar-warkan yang kajian kita ini baik kepada KPM, sekolah, JAKIM, Majlis Agama dan sebagainya. Adalah sumbangan penyelidikan kita kepada policy maker tersebut cuma persoalannya siapa yang akan merujuk dan membaca tesis kita? Sudah tentunya penyelidik lain dan juga pelajar. Jadi perbincangan teoretikal sudah tentu lebih penting untuk dibincangkan dalam signifikan kajian.

Sebagai penyelidik novis perlu tahu bahawa penyelidikan ada dua bahagian utama iaitu menjalankan basic research dan juga applied research. Penyelidikan secara basic bukan untuk menyelesaikan masalah kerana penyelidik menjalankan kajian untuk meneroka dan meningkatkan kefahaman tentang sesuatu. Ia juga dikatakan sebagai expand on knowledge. Basic research dijalankan sebagai penilaian kepada sesuatu fenomena. Namun, applied research dijalankan untuk menyelesaikan masalah dan juga mengukuhkan atau menolak sesuatu teori. Applied research merupakan penyelidikan yang boleh digunakan apabila seseorang penyelidik itu cuba mencari dan menyelesaikan sesuatu fenomena yang berlaku dan hasil kajian akan menjawab kepada permasalahan tersebut.

Penyelidik novis boleh meneroka kedua-dua kajian penyelidikan ini. Cuma ia bergantung kepada sejauhmana masalah kajian masing-masing.

Reka Bentuk VS. Kaedah Pengumpulan Data dalam Kajian Kualitatif

 

Dalam kajian kualitatif kita sering keliru dengan reka bentuk dan kaedah pengumpulan data. Temubual, pemerhatian dan juga analisis dokumen lebih popular daripada rekabentuk kajian itu sendiri. Pengkaji seharusnya tahu membezakan di antara kaedah dalam mendapatkan data dan juga reka bentuk kajian. Sering ditanya apa yang anda ingin lakukan, mereka menjawab saya nak buat temubual…saya nak buat pemerhatian. Tetapi apabila ditanya reka bentuk apa mereka keliru…sedangkan reka bentuk dalam kajian kualitatif itu penting ke arah menggerakkan kajian yang bagaimana. Ini kerana dalam kajian kualitatif ia boleh menggabungkan dua atau lebih kaedah pengumpulan data dengan hanya menggunakan satu reka bentuk sahaja. Sebagai contohnya reka bentuk kajian kes boleh digerakkan melalui kaedah pengumpulan data secara temubual dan juga pemerhatian.

Begitu juga dengan reka bentuk kajian yang lain seperti fenomenologi, etnografi, biografi dan juga grounded theory. Semuanya perlu difahami secara keseluruhan baru la kita boleh merangka kaedah yang betul. Kerap berlaku pelajar yang sering keliru tentang reka bentuk dan kaedah pengumpulan data yang mereka pilih. Apabila pilihan tidak selari kajian akan jadi caca marba dan tidak mendapat hasil kajian yang betul. Malah lagi parah apabila bercampur aduk dengan kajian tinjauan yang memang kita tahu adalah daripada reka bentuk kajian kuantitatif. Saya pernah berdepan dengan seorang pelajar dalam pembentangan proposal yang mana pelajar ini mengatakan yang dia ingin melakukan kaedah tinjauan. Namun, apabila ditanya tentang kaedah pengumpulan data ia menceritakan ia akan menggunakan borang soal selidik dan juga pemerhatian.

Ini sangat salah. Pemerhatian merupakan kaedah pengumpulan data dalam kajian kualitatif. Ia tidak ada kena mengena dengan kaedah tinjauan. Ada kalanya juga ‘novice researcher’ keliru dengan tringulasi kajian dan juga kajian ‘mixed-methods’.

Apa boleh buat ya….meneroka bidang kaedah penyelidikan ini sangat memerlukan ketahanan jiwa dan kesabaran yang tinggi untuk memahami kaedah dan cara yang betul. Kalau tak ia akan menjadi satu perjuangan yang sukar dan sangat mengecewakan…Lebih-lebih lagi semakin kita banyak baca dan baca…semakin kita tak faham apa yang kita nak buat….:-)

 

Mohon Maaf….

Assalamualaikum semua, mohon maaf kerana lama sangat tidak menulis dek kekangan masa…namun terima kasih kepada semua pengunjung yang memberi sokongan dengan terus meminati entri-entri yang lepas. Kekangan dan hambatan masa juga menyebabkan saya tidak mampu untuk memberi respons kepada setiap komen dan persoalan yang diutarakan. Apatah lagi persoalan yang dituju secara personal melalui emel yahoo. Justeru mohon kepada pembaca dan pengunjung blog ini jika ada pertanyaan mungkin boleh direct tanya di ruangan comment atau menggunakan emel rosmawati212@gmail.com kerana emel yahoo tidak dapat digunakan lagi buat masa sekarang. Mohon maaf sangat kepada sesiapa yang mengajukan persoalan dan tidak dilayan. Teruskan menyokong blog ini ya. Salam jumaat untuk semua 🙂

Antara Tajuk dan Fokus Penyelidikan….

research2

Alhamdulillah masa-masa yang ada di saat penghujung tahun 2014, berkesempatan meraikan blog ini sebelum tirai 2014 ditutup. Masih setia berkisar soal penyelidikan, metodologi dan statistik. Inilah nyawa dan hala tuju blog ini. Mungkin ia bukanlah satu yang sempurna tapi diharap ia memadai menjadi rujukan asas dan panduan kepada penyelidik muda dan ‘novice’ khususnya dalam melayari dunia penyelidikan yang semakin mencabar. Entah lah kenapa dunia penyelidikan dilihat sangat mencabar minda, jiwa dan emosi sang penyelidik. Tak kira dari tahap mana penyelidik tersebut sama ada ‘degree’, sarjana mahupun doktor falsafah sudah pasti mempunyai cabaran dan mihnah yang bukan sedikit. Dalam usaha menyiapkan penulisan latihan ilmiah, disertasi mahupun tesis, setiap penyelidik diuji dengan kaedah dan keperluan penyelidikan yang kadang-kadang menyesakkan nafas dan emosi. Yang mana ada kalanya tersepit di antara amanah dan keperluan kerjaya, hal-hal rumahtangga mahupun masalah personal yang gagal diseimbangi.

Ada antara pelajar yang datang kepada saya tanpa ada apa-apa tajuk….kosong dan buntu. Ada juga yang datang dengan tajuk yang berubah-ubah. Ada juga yang keliru dengan bidang apa yang ingin dikaji. Kenapa semua ini berlaku. Susah sangat ke untuk kenal pasti fokus penyelidikan ini. Kenapa sampai beberapa semester, antara masalah yang sering dihadapi pelajar ialah masih belum ada tajuk?……

focus2

Antara tips penting yang boleh diambil manfaat kepada setiap penyelidik ialah fahami dan kenal pasti fokus penyelidikan kita. Bidang kajian apa yang ingin kita kaji. Sudah tentu pemilihan fokus penyelidikan banyak bergantung kepada minat kita. Bidang apa yang paling kita minat yang perlu disesuaikan dengan kepakaran penyelia kita apatah lagi keperluan insititusi kita lebih-lebih lagi jika kita adalah pelajar tajaan ataupun pemegang biasiswa kerajaan.

Bermulanya penyelidikan kita apabila kita kenal pasti fokus penyelidikan yang mengarahkan kita kepada sorotan literatur untuk menjadi lompang ilmu (gap of knowledge’ dalam permasalahan kajian kita. NAmun, ada pelajar yang sangat keliru kerana mereka bermula dengan tajuk kajian. Justeru, jika mereka tidak dapat tajuk yang sesuai dan menarik menyebabkan mereka ‘stuck’ di situ. Sedangkan takde masalah dengan tajuk selagi kita faham fokus dan bidang kajian. Tajuk boleh berubah-ubah. Yang penting ia juga perlu difahami bersama kaedah penyelidikan kerana tajuk bidang penyelidikan kualitatif sudah tentu berberbeza dengan tajuk yang cenderung kepada penyelidikan kuantitatif. Penyelidik ataupun penyelia yang mahir, tengok tajuk pun sudah tahu pelajar tersebut melakukan kajian kualitatif ataupun kuantitatif.

focus