Mohon respon semua tentang ‘Research Methods’ dan Statistik….

metod2

 

Kali ini saya ingin mengajukan antara persoalan menarik mengenai sejauhmana anda semua selesa dan meminati ‘Research Methods’ dan Statistik….

Sudah pastinya sesiapa yang melibatkan diri dalam bidang penyelidikan, tidak kira sebagai seorang pelajar undergraduate mahupun postgraduate, ataupun dalam dunia akademik sebagai penyelidik, anda tidak dapat lari dari melibatkan diri dengan dunia penyelidikan.

Persoalannya, ‘Research Methods’ atau turut diterjemahkan sebagai Kaedah Penyelidikan dan juga secara khususnya ilmu mengenai statistik….susah ke senang atau apakah interpretasi anda semua tentang ini? Mohon respon boleh…Terima kasih semua 🙂

stat2

Advertisements

Bengkel tentang Metodologi Kajian, Statistik & Analisis SEM untuk Tesis

Image

Alhamdulillah ada yang bertanya lebih lanjut tentang kursus Amos dan sewaktu dengannya. Lebih-lebih lagi jika masih berjuang dalam penulisan tesis. Saya menggalakkan join lah kursus yang ditawarkan agar kita boleh jelas tentang tesis yang sedang kita kaji. Ada bagusnya kita join mana-mana kursus, selain kita dapat memahami dengan lebih baik dengan framework dan jenis analisis data kita, kita juga dapat bertemu dengan rakan-rakan yang sama perjuangannya dengan kita.

MPWS banyak mengendalikan dan menawarkan kursus-kursus ini sebagai persediaan bagi pelajar post graduate; sama ada peringkat master atapun ph.D.

Boleh visit http://postgraduateworkshop.com/   dan daftar untuk kursus yang ditawarkan…

Image

InsyaAllah sesiapa yang berusaha ke arah jalan yang betul, pasti akan mendapat pertolongan Allah. Mencari ilmu tidak kira ilmu duniawi apatah lagi ilmu ukhrawi InsyaAllah mendapat keberkatanNya. Yang pasti setiap ilmu yang kita cari itu hendaknya dapat mendekatkan diri serta berupaya membawa diri kita kepada manisfestasi iman kerana setiap apa yang kita buat InsyaAllah akan dikira sebagai ibadah jika kita ikhlas. So belajar statistik dan AMOS juga dikira sebagai ibadah jika kena caranya 🙂

Selamat berbengkel 🙂

Image

Image

Analisis SEM…AMOS

Image

Minggu yang agak penat kerana hujung minggu Thaipusam ari tu sibuk berbengkel. Musim sekarang memang musim AMOS..lupakan sejenak SPSS dan statistik. Analisis SEM dan AMOS menjadi pilihan. Demam SEM bermula. Rupanya AMOS ni dah lama. Adik beradik SPSS, tapi baru popular kat Malaysia. Kalau SPSS sekarang dah SPSS 21, begitu juga dengan AMOS 21. Apa yang bezanya ialah dengan menggunakan analisis SEM bagi menganalisis data kajian kita, analisisnya lebih advance daripada ujian statistik multivariat.

Nampaknya kena luangkan masa untuk memahami lagi secara detail tentang SEM ini. Bengkel 2 hari belum cukup untuk menguasai keseluruhan ilmu tentang SEM dan software AMOS ini. Sebab ni baru bengkel level 1. Ada kesinambungan level 2 pulak 🙂

SEM …Structural Equation Modelling

INsyaAllah….

Formation Of The Pro-Social Behaviour Among Adolescent Audience Through Exposure To Films

Contoh artikel yang menggunakan ujian statistik korelasi spara dan regresi pelbagai

Journal of New Media and Mass Communication

ROSMAWATI MOHAMAD RASIT

Sila Klik untuk artikel penuh

Abstract

This research studies the relationship between the exposure of films towards the formation of pro-social behaviour among the adolescent audiences. The social cognitive theory was used as the theoretical framework through the observational learning construct and acts as the intervening variable. The cross-sectional survey was employed in this research as the research design. Data were collected from the distribution of questionnaire through the stratified random sampling method. There were 1028 respondents involved in the research. The questionnaire was constructed from the combination of self-developed questionnaire and Prosocial Personality Battery (PSB). The analysis through partial correlation test shows a significant positive relationship between exposure to films (r= 0.246, p <.05) and prosocial behaviour by controlling the intervening variable. Based on the multiple-regression test, exposure to films and observational learning are the main predictor factors that contribute to the prosocial behaviour for 28.3 percent.

Keywords: Films exposure, prosocial behaviour, social cognitive theory, observational learning

Membaca Output SPSS

Alhamdulillah, jika tesis atau penyelidikan kita sudah berada pada tahap analisis data maksudnya penyelidikan kita sudah hampir siap. Dalam bab Analisis Data bermakna seseorang penyelidik itu sudah melalui proses pengumpulan data. Bagi penyelidik yang memilih kaedah penyelidikan kuantitatif, proses pengumpulan data bermakna mereka telah menyelesaikan pengedaran soal selidik. Justeru setiap soal selidik tersebut perlu dimasukkan datanya ke dalam SPSS sebelum dianalisis.

Walaubagaimanapun, selepas data semua telah di key in ke dalam SPSS, penyelidik seharusnya mahir dalam membaca output SPSS supaya data yang dianalisis menjawab setiap persoalan, objektif dan juga hipotesis kajian jika ujian itu mengunakan statistik inferensi.

Pengalaman saya dalam menyelia dan melibatkan diri dengan penulisan tesis serta penyelidikan, ramai pelajar yang telah menyiapkan proses memasukkan data melalui ujian-ujian statistik yang telah dipilih selari dengan objektif dan hipotesis kajian tetapi tidak tahu hendak membaca output yang mereka dapat.

Justeru, kemahiran membaca output ini sangat penting agar penyelidik dapat membuat keputusan sama ada pengujian hipotesis yang dilakukan itu signifikan atau sebaliknya untuk menolak atau menerima hipotesis tersebut.

Jika menggunakan ujian statistik deksriptif, saya rasa tidak ada masalah sangat kerana biasanya kita hanya membincangkan tentang peratusan, frekuensi, min dan juga sisihan piawai. Analisis statistik deskriptif hanya berbentuk laporan dan ulasan sahaja. Penyelidik hanya perlu mengulas dan membincangkan hasil dapatan dengan merujuk angka-angka yang didapati daripada jadual tersebut.

Image

Image

Kemahiran membaca output SPSS lebih dikehendaki bagi mendalami analisis data ujian statistik inferensi seperti t-test, korelasi pearson dan juga regresi.

Image

Contohnya seperti jadual di atas, bagi ujian independent sample t-test, kita tengok bahagian sig. 2 tailed, perlu kecil daripada 0.05  jika kita guna 95% level of confidence. So berdasarkan jadual, ujian tersebut signifikan dan hipotesis kajian diterima.

….perbincangan ini bersambung 🙂

Menganalisis data kuantitatif

Bagi penyelidik kuantitatif yang memahami pandangan pos positivisme, seharusnya mereka turut memahami bagaimana data kajian perlu dianalisis secara keseluruhannya. Walaupun saya telah menyentuh mengenai analisis data ini beberapa kali dalam entri yang lepas tetapi bab analisis data ini sangat penting. Jadi saya akan terus ulang dan bincang dari semasa ke semasa.

 

Sebelum menganalisis data, penyelidik perlu memahami secara keseluruhan persoalan kajian, objektif kajian serta kaedah pengumpulan data sebelum memulakan cara analisis data. Ini kerana ia saling berkaitan dan menterjemahkan hasilnya melalui analisis data. Sebagai contohnya, jika persoalan dan objektif kajian kita hanyalah bersifat deskriptif atau kualitatif mana mungkin kita dapat menggunakan pengkaedahan analisis data statistik inferensi. Justeru, penyelidik perlu memahami secara keseluruhan tentang bagaimana data kajian dapat dianalisis secara tepat.

 

Dalam kajian kuantitatif, terdapat 3 jenis analisis yang sering digunakan menjurus kepada penggunaan ujian statistik deskriptif dan juga statistik inferensi iaitu analisis univariat, bivariat dan multi variat….cukup sekadar itu hari ini

Kelas kaedah Penyelidikan

Image

 

Lama tak menulis entri terbaru dek kerana kesibukan dan hambatan tugas yang tak berhenti…namun, terima kasih kepada semua pengunjung blog ini…walaupun beberapa bulan kebelakangan ini sunyi daripada post-post entri terbaharu, tetapi statistik pelawat tidak pernah sunyi. InsyaAllah ini menunjukkan post entri yang terdahulu masih memberi manfaat kepada setiap pengkaji dan penyelidik yang dalam usaha meneruskan perjuangan kajian masing-masing. Terima kasih.

 

Image

Alhamdulillah, semester ini diberi amanah dan tanggungjawab untuk mengajar Kaedah Penyelidikan bagi pelajar post-graduate bersama beberapa pensyarah lain di fakulti. Keseronokan berkongsi ilmu dalam bidang ini diteruskan lagi bersama pelajar subjek Kaedah Penyelidikan PPPY6283. Harapan saya setiap pelajar dapat memanfaatkan blog ini di samping proses P&P secara bersemuka untuk memantapkan kajian penyelidikan yang akan dihasilkan nanti. Natijahnya kita tunggu samada ilmu dalam Kaedah Penyelidikan ini mampu diaplikasi sepenuhnya oleh para pelajar khususnya dalam penyediaan dan pembentangan proposal. Yang pasti saya merupakan salah seorang penilai yang akan menilai proposal nanti.