Mixed Methods semakin popular?

Selain menjalankan kajian penyelidikan secara single study yang juga dikenali sebagai monomethods sama ada kajian kuantitatif ataupun kajian kualitatif, kajian kaedah campuran (mixed methods) juga semakin mendapat tempat dalam kalangan para penyelidik akhir-akhir ini. Walaupun, di saat-saat analisis SEM semakin mempelopori analisis statistiskal kuantitatif, penyelidik juga turut berpendapat bahawa kajian mixed methods perlu dilihat sebagai alternatif yang mendasari kaedah penyelidikan.

Pendekatan mixed methods sememangnya banyak digunakan dalam perkembangan ilmu saintifik dan empirikal seperti bidang sains sosial dan kemanusiaan, bidang pendidikan, bidang sains kesihatan, bidang organisasi dan pengurusan, bidang psikologi serta bidang komunikasi dan teknologi.

Justeru, bila kita memilih untuk menjalankan pendekatan mixed methods sebagai reka bentuk kajian, perlu diingat bahawa kita perlu menggabungkan teknik dan kaedah kuantitatif dan kualitatif untuk menjawab persoalan kajian. Metodologi kajian mixed methods melibatkan proses penyelidikan seperti tujuan, reka bentuk keseluruhan, persampelan, pengumpulan data serta analisis dan penginterpretasian data.

Namun, seseorang penyelidik yang ingin menjalankan kajian mixed methods seharusnya jangan ambil risiko jika tidak mahir dalam menguasai kedua-dua kajian. Ini kerana kaedah kajian kuantitatif dan kajian kualitatif amat berbeza sekali lebih-lebih lagi dari aspek pengumpulan dan analisis data.

Terdapat beberapa jenis reka bentuk yang menggunakan kaedah mixed methods; concurrent, sequential, transformative, tringulation. John W. Creswell merupakan antara scholar yang banyak mengkaji bidang kajian mixed methods ini. Mungkin boleh rujuk buka beliau seperti Research Design Qualitative, Quantitative dan Mixed Methods Approach. Sangat mudah untuk difahami bagi mereka yang ingin mendalami kaedah mixed methods.

Namun, hakikatnya kaedah mixed methods lebih mencabar dijalankan kerana ia melibatkan dua kali ganda usaha kita untuk menyelesaikannya. Antara cabaran yang terbesar ialah berkaitan dengan masa dalam mengendalikan penyelidikan. Namun, apa-apa pun tidak menjadi masalah kalau kita memahami fungsi setiap kajian dengan tepat ditambah dengan keyakinan dan usaha kita.🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s