Penentuan Saiz Sampel…

Di antara aspek yang perlu kita ambil kira yang melibatkan persampelan kajian ialah mengenai saiz sampel yang akan kita gunakan. Banyak persoalan yang timbul; berapa banyak sampel yang akan kita guna, kena guna saiz sampel yang besar kah untuk dapatkan signifikan, bagaimana nak tentukan saiz sampel, cara apa dan juga betulkah sampel yang kita gunakan itu menepati ciri-ciri populasi kajian….

Jika kita menggunakan kajian kuantitatif, saiz sampel boleh ditentukan dengan menggunakan prosedur pengiraan yang tertentu…dengan mengambil kira ralat persampelan, aras signifikan dan juga aras keyakinan…dan selalunya kita memilih menggunakan ralat persampelan 5%, (significance level (α)- .05) dengan aras keyakinan (level of confidence) 95%.

Sebagai seorang penyelidik, kita sendiri yang perlu menetapkan aras signifikan kajian kita untuk kita uji hipotesis kajian kita. Aras signifikan yang biasa ditetapkan dalam penyelidikan Sains Sosial ialah p<.05 (nilai alpha α).  Terdapat juga penyelidik yang menetapkan aras signifikan alphanya pada .001 dengan aras keyakinan 99%.

Biasanya untuk menentukan saiz sampel, kita boleh merujuk jadual penentuan saiz sampel yang telah disediakan seperti jadual Krejcie & Morgan (1970) dan jadual Cohen et al. (2001).

Namun, Krejcie & Morgan (1970) tidak membincangkan secara langsung tentang aras signifikan dan ralat persampelan berbanding dengan Cohen et al. (2001). Selain itu, jika kita tidak mengetahui jumlah populasi kajian, perisian G*Power lebih sesuai kerana ia membantu kita menetapkan saiz sampel dengan mengambil kira saiz kesan (effect size), ralat persampelan dan juga aras signifikan kajian. Cohen (1977) juga membincangkan tentang saiz kesan ini dalam kajian beliau.

Walauapapun, keputusan pemilihan semuanya bergantung kepada kita sendiri yang menjalankan penyelidikan tersebut. Tidak kira jenis dan prosedur saiz sampel yang kita gunakan perlu ada justifikasinya. Ini penting yang akan membuktikan bahawa kita faham kajian yang kita sendiri jalankan…

97 thoughts on “Penentuan Saiz Sampel…

  1. shamsul akmar says:

    Salam.
    Cik/Puan Ros, ilmu yang menarik. Tumpang bertanya. Saya student tgh wat phd kejuruteraan. Ada wat eksperimen di lapangan & tinjauan soal selidik. Population saiz kajian seramai 5000 orang. So, sampel ialah 357 berdasarkan jadual dari Krejcie & Morgan (1970).
    Saya keliru, untuk dapatkan jumlah responden yang sesuai n diperlukan untuk ujian eksperimen dan soal selidik?.. 357 orang rasa terlalu ramai untuk saya wat ujian eksperimen & soal selidik. Macam agak sukar. Nak panggil semua orang untuk wat ujian makmal & edarkan soal selidik.

    terima kasih puan
    shamsul50@yahoo.com

  2. rosma212 says:

    Wassalam, terima kasih krn sudi menjengok blog ni🙂
    Respons secara ringkas ttg persoalan tersebut;
    sebenarnya kaedah tinjauan dan kaedah eksperimen sangat berbeza dari segi perlaksanaannya, sudah tentu prosedur persampelan turut berbeza. Jumlah sampel 357 sesuai utk kaedah tinjauan. Tetapi bagi kaedah eksperimen tidak perlukan sampel sebanyak itu. Kita boleh memilih secara rawak sampel kajian (selalunya n=30 sudah mencukupi, atau lbh sikit cth: n=48). Yg penting ada dua kumpulan responden yg hendak dikaji, yg salah satu kumpulan itu kita kawal utk menentukan perbezaannya. Harap membantu🙂

  3. shamsul akmar says:

    Salam
    Terimakasih bantuan. Persoalan lg, Kajian empirikal saya merupakan kaedah utama dan kaedah tinjauan untuk menyokong dapatan dari kajian empirikal. Saya setujuk dgn pendapat cik ros untuk mengambil sampel rawak n=40@30 untuk ujian empirikal. Tetapi kaedah tinjauan bukan merupakan kaedah utama, hanya untuk menyokong dapatan je, so ada rujukan kaedah lain x untuk dapatkn bilangan sampel?..sbb kaedah morgan 357 sampel tu mcm terlalu ramai.

  4. rosma212 says:

    Cohen et al. (2007) pun tetapkan jumlah sampel yg lbh kurang sama sbnrnya – 357. Sbnrnya ia bergantung kpd prosedur persampelan, persoalan kajian dan juga objektif. 357 sampel kajian perlu dijlnkan jika mahu digeneralisasikan kpd populasi kajian melalui persampelan secara rawak (ada bbrp cara). Pemilihan sampel cara ini utk mendapatkan ujian parametrik baru blh guna analisis inferensi spt korelasi & regresi. Tetapi jika generalisasi bkn point utama kajian, blh gunakan persampelan bukan rawak (spt persampelan bertujuan & snow ball), so sampelnya blh dikurangkan dan kecil. Tetapi kena ikut ujian non-parametric, yg akan menggunakan analisis spt wilcoxon dan juga mann-whitney.

    Sbnrnya, sbg penyelidik kita blh decide apa yang kita nak utk research kita. Krn bab metode ni saling kait mengait tetapi perlukan justifikasi setiap apa yg kita decide. Harap membantu🙂

  5. sitiz69 says:

    salam Cik/Puan Ros,
    Tumpang bertanya -saya buntu untuk mencari formula yang sesuai utk menentukan saiz sampel kajian kuantitatif saya. saya plan utk menjalankan kajian di 2-3 daerah di johor dengan menggunakan kaedah rawak. apakah formula yg sesuai utk kajian sy?

  6. rosma212 says:

    Terima kasih kerana bertanya. Beberapa perkara sebenarnya perlu diambil kira dalam menetapkan prosedur persampelan; yg ptg ttg unit analisis kajian kita – penetapan jenis responden, siapa? pelajar ke, bgm kita memilih repsonden. 2-3 daerah di johor, nak kaji ttg apa? pemilihan jenis sampel? Persoalan ini kena jelaskan dulu. Tidak ada formula khusus ttp jika kita rujuk buku ttg metodologi kajian insyaAllah akan dapat jawapannya. yg penting kita kena jelas apa yang kita nak kaji. Harap membantu🙂

  7. ramnan says:

    Kalau kita buat kajian kuantitatif dengan menggunakan kaedah temu bual, berapa bilangan responden yang ideal/ sesuai? Tk

  8. rosma212 says:

    Terima kasih Ramnan krn bertanya. Untuk temu bual mendalam (indepth interview) bil responden dalam 8-10 sudah memadai krn bukan jumlah responden yang perlu dititik beratkan tetapi berkenaan soal ketepuan data.

  9. bulat says:

    salam cik ros! saya sdg buat phd dlm bidang Pendidikan jasmani. Sy nak buat pilot test utk fitnees test & soalan. berapakah sampel yg paling sesuai dan siapakah rujukan saya yg paling baik

  10. rosma212 says:

    Wassalam, berkenaan dgn prosedur persampelan actually the researcher itself should know better. so you can make your own decision mcm mane nak uruskan persampelan tersebut. Selalunya utk pilot test, bilangan responden tak banyak dlm 30-34 orang sahaja untuk melihat realiability instrumen.

  11. Ramnan says:

    Cik Ros. Bolwh bantu saya dapatkan penulis atau rujukan yang menyatakan jumlah 8-10 sudah memadai (Rujuk email terdahulu

  12. eza says:

    salam cik ros..
    sy nk tnya tentang kaedah pemilihan sampel..sy buat kajian tentang “faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar-pelajar politeknik tuanku syed sirajuddin berkunjung ke kafeteria pentadbiran”..andai kta populasi pelajar di poli ini seramai 3000 atau lebih, sampel yang perlu diambil adalh seramai 300 lebih mengikut jadual Krejcie & Morgan (1970) dan jadual Cohen et al. (2001). berapa jum sampel yang sesuai dengan tajuk kajian ini? sebab 300lbih sampel tu mcm terlalu ramai.

  13. AIda says:

    Saya gembira dapat berkongsi maklumat di blog cik ni. Harap soalan saya melalui email dibantu tentang pemilihan sample. Terima kasih.

  14. Phoenix says:

    Salam sejahtera, bolehkah sy tanya jika kajian sy ingin kaji kesediaan guru sek men sarawak, jumlah sek men Ada 164 manakala guru ada 14830. Macam mana nak pilih sek & berapa jumlah sek & bil guru yg perlu pilih adalah lebih sesuai? Thanks

  15. Sazlinda Ramli says:

    Assalamualaikum..
    Puan Ros, saya student program ppg sems 3. saya menghadapi masalah dalam memahami tajuk teori persampelan dan penganggaran. Saya keliru dalam menentukan min sampel, min populasi, khususnya dalam mencari nilai Z. Bolehkah puan bantu saya. Saya akan menghadapi final exam pada awal november ni!!

  16. Sazlinda Ramli says:

    Tolong bantu saya jawab soalan ni.

    Didakwa bahawa min bayaran sewa rumah di Bandar Kota Bharu ialah RM650.00 sebulan dgn sisihan piawai RM120.00. En. Sabri, seorang kakitangan krjn yg tlh dtukarkan ke bandar tsebut bminat utk mengumpul sdikit maklumat ttg pkara bkenaan seblum beliau menyewa rumah. Beliau menemubual seramai 50 org individu yg tdri drpd penyewa2 rmh d bandar bkenaan ttg bayaran sewa bulanan mereka. Andaikan bhw dakwaan adlh benar.
    a) i- Apakah nilai min dan sisihan piawai bagi taburan pensampelan bg min bayaran sewa rmh sebulan bg sampel 50 org penyewa rmh yg ditemubual oleh En. Sabri?

    ii- Berapakah kebarangkalian untuk mdapatkan nilai min sampel bg bayaran sewa di antara RM600 hingga RM700 sebulan?

    b) Binakan satu selang keyakinan 95% bg menganggarkan min bayaran sewa rumah di bandar Kota Bharu yg dibayar oleh n Sabri.

  17. nor. shela saleh says:

    Salam, sy tertarik dngn ilmu yg diberi. Jika puan tidak keeberatan, boleh ke jika sy ingin minta nota2 dr puuan berkaitaan dngn resch metodologi. Sy nor shela dr utm, pelajar phd pengurusan……terima kasihbnyk2.

  18. rosma212 says:

    Wassalam, terima kasih krn sudi menjengok blog ni…minta maaf byk2 pn shela, saya mmg tak de apa2 nota ttg research methods sbb saya bukan mengajar subjek trsbt🙂

  19. dilla rahman says:

    Assalam. Saya mengkaji tentang pengaruh kepimpinan pengetua terhadap kepuasan kerja guru dan cabaran pelaksanaannya. Unit analisis adalah sekolah dan responden adalah para guru. Jum sek men di Selangor ialah 265 buah. Berapakah jumlah sekolah yg terlibat yang perlu saya ambil? Adakah 10% drpdnya sudah mencukupi?

  20. stonez145 says:

    Assalamualaikum cik/puan.

    Saya pelajar degree tahun akhir. Thesis saya adalah hypothesis testing/intervention.
    yang mana untuk menilai keberkesanan perubahan gaya hidup ke atas wanita berisiko tinggi kanser payudara.

    obesiti adalah salah satu faktor risiko kanser payudara. jadi saya buat program pengurusan berat badan yang mana adalah alterasi pemakanan dan senaman selama 2 bulan.
    kemudian akan lihat apakah BMI mereka akan turun, dan lihat adakah risiko kanser payudara tersebut juga akan turun (dinilai melalui breast scan).

    saya nak tanya bagaimana saya nak kira saiz sampel saya. populasi saya adalah wanita berumur 30-50 tahun sekitar lembah klang.

    yang saya tahu hanya, formula saiz sample untuk known pupulation atau unknown population. untuk intervention adakah saya perlu guna formula lain?

    subjek kajian saya hanyalah wanita di lembah klang berumur 30-50 tahun yang berisiko kanser payudara (dinilai menggunakan EIT, dan questionnaire), dan BMI lebih dari normal.

    sebelum ini sesi screening telah dijalankan dan 80 orang berisiko tinggi kanser payudara.
    jadi bagaimana saya nak kira saiz sampel sebenar saya? berapa orang untuk group control, dan berapa orang dalam group intervention?

    agak keliru sekarang ni.

  21. Eija Nurfaizah says:

    salam..sy pelajar master geografi..sy membuat tesis tentang pembangunan desa dan mengambil homestay klawang Negeri Sembilan sbg tempat kajian..jumlah peserta homestay di tempat kajian tersebut seramai 29 org peserta, jadi sy binggung adakah 29 org peserta itu cukup sbg hasil kajian sy atau pun sy hanya perlu mengambil sebahagian drp jumlah tesebut? atau adakah sy perlu menukar tempat kajian? =(

  22. rosma212 says:

    Wassalam Eija. Sampel kajian bergantung kpd reka bentuk kajian serta persoalan dan objektif kajian. Jika kajian eksperimental tak de masalah. Kalau kajian tinjauan, gunakan persampelan bukan rawak seperti purposive sampling dsb. untuk mendapatkan non parametric data.

  23. rosma212 says:

    Wassalam. Saya melihat kajian anda lbh kpd reka bentuk kajian eksperimental krn ada kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. oleh itu ia tidak memerlukan sampel yg ramai. gunakan persampelan bertujuan (purposive sampling) yg mana penyelidik perlu membuat keputusan jum. sampel yg diambil untuk kedua-dua kumpulan tersebut. Bg kajian eksperimental pre and post design ini, 30 orang sudah memadai untuk setiap kumpulan.

  24. jun says:

    Assalamualaikom Puan Rosma,
    Saya sedang menjalankan kajian diperingkat akhir iaitu analisa data. Kajian berkaitan faktor2 kenaikan tekanan darah dikalangan wanita yang amal perancang keluarga. Jadi mcmana saya nak analisa data ini. Harap puan dpt menolong. TQ.

  25. noorzilayusuf says:

    Assalamualaikum.

    Saya sedang menjalankan kajian berkaitan penguasaan bhaasa Melayu dalam kalangan pelajar bahasa kedua. Kajian saya berbentuk kualitatif menggunakan kaedah rakaman, temu bual, pemerhatian dan soalan soal selidik. Saya juga membandingkan penguasaan bahasa Melayu antara murid tahun 4 dan tahun 5. Penghuraian data soala selidik saya secara deskritif dengan mengambil kira kekerapan dan peratusan sahaja.

    Pernyataan saya : Berapakan jumlah sampel paling minima yang saya perlukan

  26. sulumayau says:

    Salam sejahtera Pn,
    Saya nak tanya,saya buat kajian tentang fenomena bahasa. Kalau populasi kajian kita ambil daripada beberapa bahagian/ daerah yang berbeza, adakah penetapan jumlah sampelnya perlu berdasarkan Krejcie & Morgan?

  27. Ma raizatulhan says:

    Assalammualaikum , puan…..

    Saya nk tanya berkaitan dengan jumlah sampel….. Kajian saya berkaitan dengan “AMALAN TILAWAH AL-QURAN DALAM KALANGAN MAHASISWA UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA”. Soalan saya, jumlah pelajar di USIM sebanyak 8061… Adkah perlu untuk saya mendapatkan responden sebanyak 382 org?

  28. hafizah says:

    As salam Puan,
    saya nak tanya bagi kaedah kualitatif bagaimanakah pengiraan sampel nya…adakah sehingga jawapan tersebut sama atau hanya sekadar dibuat pada jumlah sampel 10 atau 20 orang?

  29. rosma212 says:

    Wassalam Hafizah, dalam kajian kualitatif kita banyak menggunakan persampelan bukan kebarangkalian seperti persampelan bertujuan ataupun snow ball bagi mendapatakan responden. Selalunya tidak ramai cukup sekadar 7-10 orang sampel selagi mana data tersebut sudah tepu dan dapat menjawab persoalan dan objektif kajian. Harap membantu🙂

  30. aida says:

    assalamualaikum…saya nak tanyer cara nak tentukan penggunaan alpha…ade soalan dia bg alpha, but kite guna alpha bahagi 2…ada soalan guna alpha tapi x perlu bahagi dua…macam mana kita nak menentukan penggunaan nyer?

  31. nasuha says:

    assalamualaikum pn
    saya nak tanya macam mana nak mengira sample saiz menggunakan pengiraan cohen. kajian saya melibatkan dua sample guru dan polis. populasi polis dalam anggaran 1000. kajian saya berbentuk korelasi

  32. rosma212 says:

    Wassalam Nasuha,

    Perbincangan Cohen masih sama seperti pengkaji yang lain. Cuma rujukan jadual saiz sampel Cohen lebih terkini (Cohen et al. 2007) berbanding dengan Krejie & Morgan (1970)

  33. rosma212 says:

    Terima kasih Zerol, jika responden 20 lebih sesuai untuk menggunakan kajian kualitatif. Jika nak juga guna kajian kuantitatif, boleh gunakan kaedah eksperimental ataupun bukan parametrik data.

  34. seri says:

    asmekom..sy nk tnye la.. sekiranya responden kita orang awam..so mcm mana nk tentukan populasi and sampel ye??

  35. rosma212 says:

    Waalaikumussalam wr bh,

    memang kena dapatkan jumlah populasi dulu sblm tentukan saiz sampel. Untuk buat kajian, perlu kenal pasti siapa responden kita. Letakkan kriteria responden yang ingin kita pilih, bukan hanya setakat orang awam secara umum.

  36. nurulazwanee says:

    salam puan rosma… sy ingin bertanya.. sy ada kemusykilan.. skrg sy sedang menyiapkan kajian berkaitan persepsi guru-guru terhdap guru pelatih ijzah sarjana muda pendidikan(ismp) dan guru sandaran tidak terlatih (gstt).. so persoalan kajian sy adalah untuk mengetahui adakah terdapat perbezaan yg signifikan antara guru pelatih ismp dan gstt ini dr segi sahsiah diri menurut persepsi guru-guru.. ( borang soal selidik diedarkan kepada guru-guru sekolah, dan guru-guru harus menjawab soal selidik tu yg berkisar pasa sahsiah pelatih ismp dan gstt ini) so apakah ujian yg sesuai… adakah t-test berpasangan ataupun t-test independent… mohon pencerahan kpd siapa yg thu… trima kasih….

  37. shahida Akma says:

    assalamualaikum puan.. saya nak tanya.. saya masih blur bagaimna nak tentukan bilangan responden ni .. saya ade buat kajian Faktor2 yang mempengaruhi penjanaan sisa pepejal di Kuala Terengganu.. maka saiz populasi yang ada sebanyak 100,000 orang dan saiz sampel sebanyak 384… jadi macam mana nak tentukan bilangan responden…

    nail_gurl88@yahoo.com

  38. Fadil says:

    Salam kak ros , population saya 770 , so prof suggest suruh pakai cohen, yg Ada kat table just 700 jer Mcm mana Yer kak

  39. rosma212 says:

    Wassalam Shahida,

    prosedur persampelan boleh dipilih sama ada secara rawak atau bukan rawak. Itu bergantung kepada cara analisis data yg nak digunakan. Semak buku research methods, banyak dibincangkan. Cth, jika nak guna simple random sampling perlukan pemilihan sampel secara rawak iaitu dengan merujuk kepada jadual nombor rawak.

  40. nurulazwanee says:

    puan rosma.. kalau bilangan responden kita hanya 7 orang blh analisis x? kajian ni menggunakan kaedah KUANTITATIF…

  41. Oney says:

    Assalamualaikum Pn, sekiranya sampel saiz hanya 30 orang.. apakah signifikannya untuk kajian yang dijalankan.. (saiz populasi tidak sampai 50 orang)..

  42. miza mahrol says:

    salam puan..saya miza student ijazah uitm pengurusan hartnah..tajuk kajian saya tentang kemampuan golongan berpendapatan rendah dan sederhana dalam membeli rumah di pulau pinang dan case study saya di gelugor.persoalannya disini saya masih keliru tentang saiz sampel dimana population tu diambil kira keseluruhan penduduk kawasan gelugor ke?atau population golongan berpendapatan rendah dan sederhana?mohon pencerahan..terima kasih..:)

  43. rosma212 says:

    Wassalam, Miza. populasi bergantung kepada penyelidik itu sendiri. Boleh je kecilkan skop lokasi, itu boleh dimasukkan ke dalam Limitasi Kajian.

  44. saya memang blur says:

    Assalamualaikum kak,

    Saya ingin bertanya pendapat akak. Saya merupakan pembantu penyelidik dan saya tidak mempunyai background research kerana saya jurusan engineering.
    Mintak bantuan akak jelaskan pada saya ye. Saya melakukan research berkenaan Cumulative Radiation Dose From Galactic Cosmic Radiation in Air Crew Population.
    saya ingin tahu formula menentukan population yang mana yang sesuai digunakan kerana kajian ini akan menggunakan alat pengesan radiasi & questionnaire.
    jumlah population perlu ambil didalam journal yang telah diterbitkan sebelum ini tetapi agak sukar kerana kajian sebegini didalam industri penerbangan sangat-sangat rendah. secara temubual dengan staff berkaitan, beliau menyatakan terdapat lebih kurang 3000 staff pramugari & pramugara. menurut rumus krecjie & morgan (1970), saiz sample ialah 341.

    macam mana nk membuktikan bahawa menggunakan pemilihan secara rawak yang akak cadangkan diatas tu. semua yang kita pilih kena buktikan kan kak. macam mana nak state kajian kuantitatif hanya perlukan 30 org sahaja? ada ke rumus ke?

    mintak maaf ye kak. saya memang tak paham mengenai research. FYP saya berkaitan mereka cipta mesin. harap akak dapat bantu. terima kasih bebanyak kak.

    dalee_room72@yahoo.com

  45. azarudin says:

    salam, sebagai contoh kalau saya nak edar soal selidik kepada saudara baru di kelantan seramai 2000 yang memeluk Islam 1990-2013. Boleh tak saya ambil semua populasi yang hanya belajar di Pusat latihan Saudara Baru yang merangkumi hanya 250 orang.

  46. rosma212 says:

    Azarudin, tak jadi masalah ok je. Ia bergantung kepada objektif kajian kita. Kalau sekadar nak tengok peratusan dan frekuensi ok tetapi jika melibatkan statistik inferensi, ia perlu melalui prosedur persampelan yang betul.

  47. rosma212 says:

    BIdang saya dalam sains sosial, bukan berkaitan dengan merekacipta mesin. Tetapi akak respons dr segi metode, ia bergantung kepada apa yang kita nak kaji. Jadual saiz sampel Krecjie & Morgan untuk dapatkan persampelan rawak supaya kita dapat menggunakan ujian statistik inferensi. Jadi ia bergantung kepada kita sebenarnya cara kita memilih sampel akan menentukan cara analisis data kita. Harap membantu.

  48. jamatul says:

    Dr. Rosmawati,
    Mohon pencerahan berkenaan persampelan..

    Kerangka kajian saya melibatkan pendekatan kuantitatif – prepost test. Melibatkan pelajar perempuan yang ada latarbelakang sebagai atlit sukan bola jaring. Aktiviti prepost test akan melibatkan kaedah experimen (kemahiran menjaring) dan kaedah soalselidik.

    1. Bolehkah ini dijalankan di SATU sekolah sahaja? Yang ada kira-kira 40-45 orang atlit .. valid ke? Atau perlu penuhi ‘bilangan minima’, dan jika boleh, saya perlu ‘cite’ siapa?

    Atau,

    2. Bagi memenuhi kriteria ‘bilangan sampel yang mencukupi’ , maka saya harus dapatkan ‘jumlah’ tersebut dari beberapa buah sekolah (bukan SATU sekolah). — namun, saya ada kekangan disini, iaitu kesukaran untuk mentadbir sampel kelak .. kerana perlu mengadakan pertemuan-pertemuan sebanyak 16 kali dalam program yang akan dijalankan selama 8 minggu.
    Utk ini, adakah sesuai menggunakan Perisian G*Power (saya baca dari blog Dr..) ? …
    (maaf, agak panjang,,..)

    Saya dahului dengan ucapan terima kasih … 

  49. nurul says:

    Salaam Dr Rosmawati mohon pencerahan,

    Saya nak kaji remaja hamil dalam sebuah pusat perlindungan wanita ni ada 20 orang sahaja manakala item dalam soal selidik saya ada 30 sahaja. Adakah memadai untuk mengkaji responden berjumlah 20 orang?

    BECK HOPELESSNESS SCALE (BHS) : 20 item

    THE MEANING IN LIFE QUESTIONNAIRE (MLQ) : 10 item

    tq,

  50. Azila says:

    slm Dr. terima kasih atas perkongsian yg hebat dan sy cari2. sy ada sedikit persoalan, mohon bantuan daripada Dr..

    sy sedang buat research berkenaan automotive recycling di malaysia, dan ingin mendapatkan public view tentang isu ni, melalui soal selidik. jadi, macamana sy nk tentukan brp byk respon yg sy perlukan?

  51. dinyu says:

    Assalam Dr. Sampling kajian saya berdasarkan sampel bertujuan (purposive sampling) seramai 140 orang pelajar . Adakah boleh saya menggunakan ujian Regresi pelbagai untuk mencari faktor penyumbang terhadap responden. Jika tidak, apakah ujian yang sesuai. Terima kasih Dr.

  52. Far says:

    salam, puan, sy nk kaji keselamatan wanita dalam transit aliran ringan.. mcm mn sy nk tentukan sais sampel kalau jumlah populasi ialah 300,00,000 juta pengguna?

  53. fazly says:

    Assalamualaikum, saya sedang menjalankan satu kajian dalam pendidikan. Masalah yang saya hadapi ialah sampel saya hanya 30 orang pelajar sahaja kerana matapelajaran tersebut hanya ditawarkan satu kelas sahaja. Adakah saya boleh menggunakan kaedah kuasi eksperimen ujian pra dan pasca dengan membahagi pelajar kepada 2 kumpulan kerana kaedah berkenaan tidak memerlukan pemilihan sampel secara rawak dan adakah sampel saya ini valid?

  54. logan says:

    terima kasih. ingin bertanya, jika saya memilih sample rawak mudah bagi kajian saya dari populasi ; contohnya dari 13 sekolah saya pilih rawak mudah sebayak 3 sekolah dan dari tiga sekolah jumlah pelajarnya adalah 1500, saya pilih lagi rawak mudah sample sebanyak 230 pelajar dalam kajian saya. Adakah cara persamplean ini betul?

  55. rosma212 says:

    Wassalam Nurul, boleh tetapi ia tidak mencapai probability sampling dan data yang parametrik. Kalau analisisnya sekadar ujian statistik deskriptif takde masalah.

  56. azuna says:

    Assalamualaikum…Terima kasih puan kerana dengan ilmu puan saya lebih faham bagaimana hendak mengira sample saiz….melalui apa yg saya baca, puan memberitahu jika kita menggunakan kuantitatif ….kaedah eksperimen, Kita boleh memilih secara rawak sampel kajian (selalunya n=30 sudah mencukupi, atau lbh sikit cth: n=48). Yg penting ada dua kumpulan responden yg hendak dikaji.Sila betulkan jika saya salah faham.

    Sekiranya saya ada 1 referencess yg melakukan penyelidikan yg hampir sama, tempat yg hampir sama, bolehkah saya menggunakan sample saiz yg sama dgn penyelidik sebelum ini ? perlukah saya mengambil sample yg lebih dp penyelidik sebelum ini? terima kasih.

  57. rosma212 says:

    Wassalam Azuna, terima kasih kerana menyokong blog ini. Really appreciate it🙂
    Utk kajian quasi-eksperimental tak perlu pun menggunaka persampelan rawak. Persampelan bukan rawak pun boleh kita gunakan sebab ia bukan bertujuan untuk generalisasi kepada populasi kajian. Ya yang penting ada 2 kumpulan iaitu kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Utk pre dan post design jumlah sampel kedua-dua kumpulan tidak semestinya sama. Jika ada ref. yang lebih kurang sama saya berpendapat tidak ada masalah cuma pastikan gap of knowledge utk problem statement kita itu berbeza. Kalau tidak kita hanya mengulangi kajian yang dah sedia ada. Harap membantu.

  58. adikpening says:

    Assalamualaikum. Saya ni memang tak tahu apa2 pasal statistik. Pening juga bila kena buat kajian tahun akhir yang libatkan kuantitatif. Tajuk yang saya dapat ialah tahap pengetahuan masyarakat tempatan terhadap petua. Saya nak fokus kepada Melayu. Boleh tak pilih 3 daerah yang paling tinggi bilangan Melayu dalam negeri? Kalau boleh saya nak cari perbezaan pengetahuan yang umur 20, 30, 40, 50 dan 60 tahun. Tak tahu betul ker tak. Method apa yang boleh saya gunakan dari awal sampai akhir? Harap puan boleh bantu..

  59. fathia says:

    salam puan..kajian sy bertajuk strategi pengajaran vocabulary bahasa arab di kalangan guru bahasa arab tahun 1 program j-qaf… kajian sy meninjau kekerapan min strategi yang digunapakai oleh guru bahasa arab tahun 1 jqaf.. jadi saya ingin mengambil sampel d sebuah daerah… tetapi bilangan guru bahasa arab tahun 1 hanya 76 org di daerah tersebut… adakah valid saya mengedarkan borang soal selidik/survey kpd mereka(76) guru kerana faktor kekangan masa kerana saya hanya fokuskan kpd guru bahasa arab tahun satu (j-qaf) sahaja.. mohon pencerahan..

  60. salina says:

    saya nak buat pilot study tentang latihan dan pembentukan karier di kalangan staf bank.tolong bagi saya panduan.t.kasih

  61. halimah says:

    Assalamualaikum Puan Ros
    Saya nak tanya bolehkah saya mengambil kanak-kanak secara rawak dari 5 klinik daripada 11 klinik. Ini di sebabkan ada di antara klinik tidak ramai kehadirannya. Tahun 2013 saya tahu bilangan kanak2 berumur 6 hingga 12 bulan yang hadir di klinik2 tersebut. Pada tahun 2015 saya tidak tahu dan adakah saya perlu tahu sekali lagi bilangan kanak2 yang hadir pada tahun ini sebelum saya mengumpul data. Terakhir sekali bagaimanakah penggiraan sample saya dalam kajian cross section untuk 5 klinik ini dan penggiraan sample hipotesis untuk intervensi saya. Terima Kasih

  62. Yatiman says:

    Assalamualaikum,
    Saya menghasilkan modul rawatan mangsa buli siber dalam kalangan pelajar sekolah di salah satu daerah. Jumlah populasi pelajar di daerah tersebut adalah 6803 dan sample mengikut Krajic adalah 364. Bolehkah saya gunakan sample ini untuk soal selidik mencari mangsa buli siber di daerah tersebut dan untuk pengujian modul rawatan saya hanya menggunakan n=30 di sebuah sekolah rintis?

  63. zakaria hashim says:

    Assalamualaikum

    Saya menjalankan kajian terhadap 15 kawasan yang mempunyai saiz populasi yang berbeza bagi setiap satu. Jumlah keseluruhan populasi bagi 15 kawasan tersebut ialah hampir 500,000 orang merangkumi tiga kumpulan (pihak pengurusan, penduduk setempat dan pengunjung). Adakah dibolehkan saya menggunakan jadual Cohen dimana saya menggunakan 384 sampel dan dibahagikan dengan 15 kawasan terbabit (384/15=25.6) dimana saiz sampel ialah 26 orang di setiap kawasan. Adakah ini teknik yang betul di dalam penentuan saiz sampel di setiap kawasan terbabit?

  64. Fazlina Fadzil says:

    Assalamualaikum
    Saya nak tanya kalau kajian rintis, berapa bilangan soalan yang diperlykan bagi instrumen soal selidik?

  65. amie says:

    Assalamualaikum
    saya pelajar master. jenis analisis apa yang sesuai untuk data 2 kumpulan A dan B. item sama, tp kumpulan responden berbeza dan jumlah sampel juga berbeza. adakah sesuai untuk sy buat t-test independent dgn crosstab? tujuan asal sy nak cari perkaitan jawapan antara 2 kumpulan tersebut. ataupun ada jenis analisis yang lebih sesuai untuk data sedemikian? mohon puan reply di email. amiehashim17@gmail.com. terima kasih.

  66. azizul says:

    as salam kak…saya nak tnye…saya jalankan kajian soal selidik di mana respoden saya adalah arkitek dan jurutera yang bekerja di seluruh Malaysia…populasi kajian adalah 700 orang…kalau ikut sampel saya perlu dapatkan 248 responden…tp saya cuma terima maklum balas seramai 60 org sahaja…macam mana ya?

  67. jumaidahbundo07 says:

    Assalamualaikum Dr, jika sy ingin mnjalankan ujian pre-pasca bolehkah saiz sample saiz sebnyak 20 org..krn saiz populasi sy hanyala 21 org pljr shj..adakah signifikan jika saiz sample seramai 20 org..di mana 10 pljr dlm kumpulan kwln n 10 lg dlm kumpulan rwtn..mohon bantuan Dr..

  68. noorain says:

    salam.. sy nk tanya, kalau kajian sy hanya 19 org responden, boleh kn? sb dlm krejie morgan ada mnyatakan saiz sampel 19 diterima. sy terpaksa responden sikit krn populasinya mmg hnya byk tu. sy sdh mnjalankan kajian kuantitatif. krn kesuntukn masa, sy terpaksa teruskan kajian berbentuk kuantitatif krn mgkin ada yg persoal knp tidak buat kualitatif. ada peneguhan daripada tokoh-tokoh mana x yg saudari tahu berkenaan boleh mengambil sample yg sedikit? mohon balas email sy asap.🙂

  69. Aida says:

    Assalamualaikom Dr. Saya pelajar PhD sdg membuat kajian hubungan tingkah laku kepimpinan di sekolah dan ia berbentuk kuantitatif. Bilangan sampel pentadbir 106 , boleh tak kalau saya ambil sampel guru seramai 106 org juga? Pentadbir sek dan guru menjawab soalan skala likert dgn instrumen kajian yg berbeza di mana penglibatan pentadbir mewakili variabel bebas manakala penglibatan guru adalah variabel bersandar. Bolehkah Dr cadangkan bilangan sampel guru yg sesuai? Tkasih Dr.

  70. Hilmi says:

    Salam Dr Rosmawati
    Supervisor saya cadangkan agar dapat buat item soal selidik sendiri, tetapi membangunkan soal selidik sendiri memakan masa. Mohon pencerahan Dr. Rosmawati.

    Wassalam

  71. Nur Shahida says:

    assalamualaikum, pn.ros terima kasih atas info yang diberikan, saya tgh mengambil master dan r3search saya berkaitan intervensi obesity dikalagan wanita, ada 2 kumpulan obes tanpa penyakit dan obes dengan penyakit tetapi dua2 kumpulan menerima intervensi yang sama. dua2 kumpulan adalah independent , saya nak lihat mean perbezaan dari segi perubahan peratusan lemak selepas intervensi selama 6 bulan. Apakah cadangan dan pandangn puan dari segi pengiraan sampel??

    sekian terima kasih

    nur shahida
    KKM

  72. rosnah elias says:

    salm pn.. sye peljar master upsi… sye ingin mmbuat kjian berbntuk kuasi eksperimen.. cukupkh sampke sye 30… tempoh kjian sye 6 minggu.. ade x kajian yg mnyokong tempoh kajian sye 6 minggu agar sye dpt mnjwb dlm viva knape sye pilih 6 minggu… kjian sye kberkesan tgfu dlm mngkat strategik serangan dan membuat keputusan terhdp atlet bola jaring.. boleh x email kpde sye rosnaheliaswph5409jbsns@yahoo.com.my

  73. rosnah elias says:

    salam pn.. saye mmbuat kajian keberkesanan modul dalam pj.. kaedah kajian saya kuasi eksprimental. saya mnggunakan persampelan bertujuan. berapakh bilangn yg sesuai. adakah dapatan dr pnyelidik lain yg mnyokong pemilihan sampel saya mncukupi.. tq

  74. hazwanie says:

    salam puan.sy sedang membuat kajian berkenaan penyalahgunaan pakaian loreng tentera darat Malaysia di kalangan orang awam. limitasi kajian saya, respondan yang akan sy buat adalah di kawasan lembah Kelang. jadi berapakah jumlah sampel bagi kajian soal selidik yang perlu saya buat?

  75. norzahira says:

    Assalamu’alaikum…saya sedang menjalankan kajian tentang Pendidikan Asas Vokasional. Populasi kajian saya adalah guru2 yang mengajar subjek PAV. Saiznya sangat kecil jika dibuat persampelan. SV saya mencadangkan supaya saya menjalankan kajian terhadap keseluruhan populasi kerana jumlahnya tidak sampai 100 setelah ditolak sampel untuk kajian rintis. kaedah analisis apakah yang paling sesuai jika kajian dijalankan terhadap populasi?

  76. Azizah Ahmad says:

    assalamualiakum nak tnya dalam pensampelna kelompok ada pengiraan tak untuk membagikan sampel mengikut kelompok?klu ada pengiraan bolehh saya tahu tokoh mana?dan satu lagi kalu kelompok sampel yang saya ambil tak sama perlu dibahagi sama rata ke atau sebalik nya?minta penjelasan

  77. rohaida mazlan says:

    Assalamualaikum wbt
    Dr. Rosmawati.. nak tanya.. kalau kita buat analisis mann whitney.. di bahagian test variables list.. letakkan compute min atau compute sum?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s