Mencari gali….Pernyataan Masalah

Errmmm ….untuk penyelidik novis yang baru nak berjinak-jinak dengan penyelidikan, sudah tentu sangat sukar untuk mulakan penyelidikan tanpa memahami pernyataan masalah.

Apa sebenarnya yang ingin dikaji? Apa masalahnya? Apa isu nya sehingga anda ingin menjalankan penyelidikan tersebut. Kena jawab dulu persoalan-persoalan ini sebelum jelas boleh ke tajuk kajian saya ini dijalankan.

Penyelidikan bukan bergerak daripada tajuk kajian. Ramai penyelidik muda yang mencari saya untuk sahkan…boleh ke saya buat tajuk ni….tajuk saya ni macam kajian kuantitatif….saya cadang nak buat kajian kualitatif sesuai ke dengan tajuk saya ni? Pelbagai soalan diajukan…..

Percaya la semua…selagi mana kita tidak jelas apa masalah kajian nya bagaimana mungkin untuk kita menggerakkan penyelidikan kita. Menjalankan sesebuah penyelidikan, ia bukan semudah petik tajuk…dan terus jalan.

Kalau kita tidak jelas atau tidak dapat kenal pasti pernyataan masalahnya…untuk apa untuk kita jalankan sesebuah penyelidikan. Seolah-olah kalau tak de masalah buat apa nak buat kajian.

Mulakan penerokaan anda dengan mencari gali jurang kajian atau isu/masalah kajian. Cari gali aspek kajian yang belum diterokai oleh kajian lepas.

Jadi tidak timbul isu….oooo kajian yang saya nak buat ni masih belum ada lagi ….sememangnya kalau kita mencari LR atau kajian lepas, kajian yang sama atau sebijik sebijon macam kajian kita memang lah tiada. Kebanyakkan penyelidik memikirkan jika kita jalankan kajian di Kuching atau di Kota Bharu tiada lagi kajian seperti ini dijalankan. Tetapi perlu ingat…lokasi kajian hanya parking sahaja…isu apa yang nak dikaji mungkin sudah banyak cuma lokasi kajian sahaja yang berbeza. Jadi jangan menjalankan kajian yang sudah dikaji dengan hanya menukar lokasi kajian semata-mata.

Daripada cari gali kita…tentu kita akan jumpa pemboleh ubah kajian…apa yang kita nak kaji. Berapa banyak isu atau masalah yang ingin kita kaji? Bagi pandangan saya bergantung kepada tahap penyelidikan masing-masing. Tahap pengajian degree sebagai contohnya sudah tentu tidak sama dengan master atau Ph.D. Jadi tahap ini membezakan penerokaan pernyataan masalah.

Kerana apa? Sebab daripada pernyataan masalah akan menggerakkan persoalan dan objektif kajian. Oleh itu, jom para penyelidik novis untuk berfikir di luar kotak. Jangan terikat dengan idea sendiri tanpa usaha mencari gali masalah kajian untuk meneruskan penyelidikan. Teruskan usaha untuk memahami keperluan cari gali pernyataan masalah ini bagi menjalankan penyelidikan dengan baik.

TERUSKAN USAHA SEMUA….JANGAN PUTUS ASA