Analisis Ujian Korelasi dengan SPSS

Bagi objektif kajian yang ingin menggunakan ujian korelasi, kita perlu pastikan dahulu sama ada data kita memenuhi andaian statistikal yang telah ditetapkan. Sebagai contohnya jika kita menetapkan untuk menganalisa data kita menggunakan ujian korelasi pearson, data kita perlu bertaburan normal dan menepati prosedur persampelan secara rawak.

Dan seperti biasa kita perlu compute semua item-item terlebih dahulu sebelum memulakan analisis seperti yang telah saya jelaskan dalam entri yang lepas. Ujian korelasi pearson sesuai digunakan bagi mengenal pasti perkaitan di antara pemboleh ubah bebas dan pemboleh ubah bersandar. Ujian korelasi ini dilakukan untuk mengenal pasti kekuatan dan arah hubungan melalui pekali korelasi sama ada kuat atau lemah dan juga positif atau negatif. Bagi pekali pearson, ia menggunakan data interval atau ratio.

Dengan menggunakan SPSS, kita boleh menjalankan ujian korelasi pearson; contohnya saya ingin mengenal pasti perkaitan di antara pendedahan filem (IV) dengan personaliti prososial (DV). Seramai 1028 orang responden telah dipilih secara rawak di 5 IPTA di Lembah Klang dan Selangor.

Langkah 1 – pilih menu Analyze, klik correlate bivariate

Kemudian masukkan pemboleh ubah IV dan DV yang kita nak tengok perkaitan di antara keduanya. Tick Pearson pada correlation coefficients. Klik two-tailed pada test of significance. Dan klik OK

Outputnya;

Kita juga perlu tahu cara nak baca output daripada SPSS ni. Jika kita tengok output hasil ujian inter-korelasi tersebut, nilai r=.398 menunjukkan korelasi positif yang sederhana antara pendedahan filem dan personaliti prososial.  Ujian korelasi ini menunjukkan signifikan pada p< .01. Ini bermakna kajian ini berjaya menolak hipotesis nul.

Hasil kajian ini menunjukkan bahawa terdapat perkaitan di antara pendedahan filem dengan pembentukan personaliti prososial.

15 thoughts on “Analisis Ujian Korelasi dengan SPSS

  1. assalamualaikum…
    maaf ya..saya baru nak belajar spss…kena analisis data untuk kajian saya. macam mana kalau output yang saya buat tu -0.119 dan tahap kolesari 0.05. Apa makna tu…

    Like

  2. salam puan,
    semua IV saya berjaya menolak hypotesis nul
    ini bermakna terdapat perkaitan atau ‘relationship’ di situ
    apa kesimpulan yang patut saya terangkan
    mohon pendapat 😉

    Like

  3. Salam, boleh tak kalau ujian korelasi dijalankan untuk mengkaji perkaitan pemboleh ubah bebas (jenis soalan ya/tidak) dan pemboleh ubah bersandar (setuju, tidak pasti, tidak setuju)

    Like

  4. assalamualaikum. puan macam mana untuk mengenali analisis data yang sesuai? kolerasi pearson atau spearman? responden saya perempuan remaja, islam. saya kaji hipotesis hubungan antara IV dengan DV. saya tidak dapat bezakan para metrik dan bukan para metrik(menggunakan spss)?

    Like

  5. Pingback: Analisis Ujian Korelasi dengan SPSS | sekebun.com

  6. assalamualaikum puan,
    Jadual kolerasi antara tempoh masa dan fokus pelajar ( soalan 1,2,3,4,5)
    Pemboleh ubah Tempoh masa Fokus 1 Fokus 2 Fokus 3 Fokus 4 Fokus 5
    Tempoh masa
    (Pearson correlation) 1 0.953 0.876 0.849 0.924 0.861

    adakah ini bermaksud terdapat hubungan diantara tempoh dan fokus
    tq

    Like

  7. Assalamualaikum Puan. saya ingin bertanya mengenai ujian normaliti yang perlu dibuat sebelum menjalankan analisis korelasi. boleh Puan tunjukkan step-step untuk melakukan ujian normaliti? saya menjalankan kajian antara WE dan JP. WE ialah IV(independent variable) dan JP ialah DV(dependent variable). Untuk uji normaliti, saya dah buat untuk DV dan data shapiro wilk test tunjuk tidak normal. bagaimana pula untuk IV saya? saya menghadapi masalah untuk memasukkan IV kerana IV saya adalah jenis “scale”. kebanyakan tutorial di youtube beri contoh IV jenis nominal (e.g: treatment ad tiga iaitu gestalt, rebt, existential). bagaimana ye untuk solve problem ni?

    Like

  8. assalamualaikum puan. saya nak tanya. kalau saya buat tajuk : kecenderungan mahasiswa memilih jurusan Pendidikan Awal Kanak-kanak (IV) dan Hubungannya dengan efikasi kendiri (DV) . jenis kajian korelasi mana yang patut saya gunakan? dan bagaimana kita nak mengukur korelasi tersebut. mohon pencerahan puan. TQ

    Like

  9. Assalamualaikum puan,
    Bagaimana pula untuk membuat analisis 1 DV dan 2 IV sekali gus?
    untuk melihat ketiga-tiga variable tersebut.

    Like

Leave a comment