Falsafah Penyelidikan III

Kita sambung lagi perbincangan mengenai falsafah setiap penyelidikan samada melalui  kajian kualitatif, kuantitatif atau mixed-Methods. Dalam post yang lepas saya katakan setiap paradigma penyelidikan ini sering berbahas tentang pilihan kajian masing-masing. Seolah-olah kajian pilihan mereka lebih daripada yang lain. Kelakar juga apabila ahli cerdik pandai ni juga boleh berbahas. Penyelidik yang menerima kajian kuantitatif adalah mereka dalam kalangan post positivisme yang mana sangat objektif. Ahli penyelidik kuantitatif bermain dengan sistem dan angka. Apa sahaja hasilnya adalah melibatkan angka dan frekuensi melalui pengedaran borang soal selidik. Dan yang paling penting ahli penyelidik yang memilih kajian kuantitatif juga perlu mahir menganalisis data menggunakan perisian seperti SPSS, AMOS dan juga Smart PLS.

Kadang-kadang pelajar tidak faham kenapa mereka perlu buat penyelidikan sama-sama menggunakan kajian kuantitatif mahupun kualitatif. Bukan hanya kerana …on saya pilih kuantitatif kerana lebih mudah, ataupun saya pilih kuantitatif kerana kawan saya kata lebih mudah dsb. Justifikasinya ia lebih jauh daripada soal peribadi. Pemilihan kajian kuantitatif juga perlu didasari oleh paradigma penyelidikan yang tidak sama dengan kualitatif walaupun ia bergerak dari tiga aspek yang sama iaitu ontologi, epistemologi dan aksiologi. Namun sudah tentu prinsipnya tidak sama. Paling penting dalam kajian kuantitatif, soal objektiviti hasil kajian menjadi dasar penting bagi penyelidik positivist. Manakala ilmu atau epistemologi kuantitatif banyak kepada pengukuran dan indikatif yang tepat kepada pemboleh ubah kajian. Pengukuhan kepada teori bidang kajian amat dititik-beratkan. Jadi dalam bahasa yang mudah difahami, kajian kuantitatif merupakan applied research yang menggunakan teori bagi menjawab hipotesis kajian. Tiada nilai atau aksiologi dalam kajian kuantitatif kerana penyelidik tidak perlu mempunyai kontak peribadi dengan responden. Malah enumerator boleh digunakan bagi mengedar instrumen soal selidik. Ini antara hujah yang biasa diajukan oleh penyelidik kualitatif tentang soal responden yang boleh menjawab sesuka hati borang soal selidik.

saya bukan cuba untuk mempertahankan penyelidik kuantitatif. Tetapi jika kita belajar dan memahami secara mendalam mengenai kaedah persampelan kuantitatif, sebenarnya ia bukan yang semudah yang disangka. Sebab itulah persampelan kebarangkalian amat susah untuk kita penuhi bagi mendapatkan taburan normal. Jadi bukan isu ya sebab kita tidak edar soal selidik bawah pokok.

Jadi penyelidik kuantitatif pun jangan pertikaikan sampel kajian kualitatif yang lebih sedikit dan tidak mencapai persampelan yang rawak. Setiap kajian penyelidikan mempunyai perspektif dan kepentingan yang tidak sama. Walaupun sampel kajian kualitatif lebih kecil tidak bermakna data kajian tersebut tidak boleh digunakan kerana kualitatif bukan hanya soal sampel sahaja tetapi “it’s all about the intepretation of meaning”!

Cukup lah dulu ya. Nanti kita sambung lagi.

64102412-FF38-4D41-9738-F40A6DA9CFEC

 

 

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s