Falsafah Penyelidikan II

Baru nak sambung perbincangan lepas mengenai falsafah penyelidikan. Penyelidik yang  menerima kajian kualitatif merupakan penyelidik yang  memahami paradigma intepretivisme dan naturalistik. Kajian kualitatif bersifat penerokaan dan subjektif. Data-data kajian banyak dalam bentuk makna dan intepretasi. Sebab itulah kajian yang bersifat asas dan fundamental tidak boleh terus melompat ke kuantitatif tanpa melalui proses pengumpulan data secara kualitatif. Kajian kualitatif bersifat asas fundamental yang menggunakan pendekatan induktif (khusus ke umum). Pendekatan kualitatif bersifat fleksibel dan dinamik dalam perkembangan proses pencarian makna kajian melalui pelbagai pilihan reka bentuk seperti kajian kes, fenomenologi, etnografi, analisis kandungan dan sebagainya. Data dikumpul kebanyakannya melalui temu bual mendalam, temu bual kumpulan fokus, analisis dokumen, pemerhatian dan lain-lain kaedah yang memberikan makna secara subjektif.  Analisisnya pula memfokuskan kepada makna-makna yang dikategorikan berdasarkan subjektiviti tema. Proses epistimologi kajian kualitatif mendasari perkongsian makna dan prosedur serta protokol tertentu. Penyelidik dianggap sebagai instrumen utama yang membawa hala tuju kajian kepada sesuatu makna yang dapat difahami. Manakala jika kita bincangkan dari aspek aksiologi, kajian kualitatif sememangnya mempunyai nilai kerana kajian ini banyak menggunakan manusia sebagai sumber utama mendapatkan data samada daripada informan atau peserta kajian.

Ermm rupanya ramai penyelidik kualitatif merasakan kajian kuantitatif ni biasanya boleh dipertikaikan dari sudut aksiologinya…

Kenapa ya kadang-kadang wujud perbahasan dalam kalangan kedua-dua penyelidikan ini? Tunggu perbincangan berikutnya, apa pula penyelidik kuantitatif memberikan pendapat tentang kualitatif.

q

Advertisements

Falsafah dalam Penyelidikan

InsyaAllah mulakan perbincangan mengenai penyelidikan pada tahun 2019 dengan isu falsafah dalam penyelidikan. Dalam kehidupan manusia, falsafah dikira tunjang dan asas hala tuju untuk hidup. Sesiapa yang kurang jelas dengan falsafah hidup seolah-olah kabur dengan apa yang dia inginkan sepanjang menjalani kehidupan masing-masing. Begitu juga dari aspek penyelidikan. Dalam kaedah penyelidikan, sebelum pengkaji dan penyelidik membuat keputusan tentang metode apa yang ingin dijalankan, mereka seharusnya jelas dengan falsafah di sebalik pemilihan tersebut. Proses perkembangan ilmu pengetahuan yang mendasari kerangka falsafah penyelidikan menyumbang kepada cara fikir dan pengkajian yang tidak sama dan berbeza.

Spektrum penyelidikan yang bersifat kuantitatif dan kualitatif serta mixed-methods sudah tentu memiliki falsafah penyelidikan yang berbeza. Sebab itu lah kita sering mendengar perdebatan ontologi, epistimologi dan aksiologi yang tidak sama di antara mereka. Jelasnya di sini, dengan bahasa yang lebih mudah difahami, penyelidik yang menerima metodologi secara kuantitatif sering berbeza pendapat dengan mereka yang menerima penyelidikan kualitatif. Kenapa begitu? Hal ini kerana cara fikir mereka tidak sama dan sudah tentu sebab falsafah penyelidikan mereka berbeza.

Nanti saya akan jelas dan bincangkan kenapa mereka tidak sama dan berbeza pendapat…

falsafah