Antara Tajuk dan Fokus Penyelidikan….

research2

Alhamdulillah masa-masa yang ada di saat penghujung tahun 2014, berkesempatan meraikan blog ini sebelum tirai 2014 ditutup. Masih setia berkisar soal penyelidikan, metodologi dan statistik. Inilah nyawa dan hala tuju blog ini. Mungkin ia bukanlah satu yang sempurna tapi diharap ia memadai menjadi rujukan asas dan panduan kepada penyelidik muda dan ‘novice’ khususnya dalam melayari dunia penyelidikan yang semakin mencabar. Entah lah kenapa dunia penyelidikan dilihat sangat mencabar minda, jiwa dan emosi sang penyelidik. Tak kira dari tahap mana penyelidik tersebut sama ada ‘degree’, sarjana mahupun doktor falsafah sudah pasti mempunyai cabaran dan mihnah yang bukan sedikit. Dalam usaha menyiapkan penulisan latihan ilmiah, disertasi mahupun tesis, setiap penyelidik diuji dengan kaedah dan keperluan penyelidikan yang kadang-kadang menyesakkan nafas dan emosi. Yang mana ada kalanya tersepit di antara amanah dan keperluan kerjaya, hal-hal rumahtangga mahupun masalah personal yang gagal diseimbangi.

Ada antara pelajar yang datang kepada saya tanpa ada apa-apa tajuk….kosong dan buntu. Ada juga yang datang dengan tajuk yang berubah-ubah. Ada juga yang keliru dengan bidang apa yang ingin dikaji. Kenapa semua ini berlaku. Susah sangat ke untuk kenal pasti fokus penyelidikan ini. Kenapa sampai beberapa semester, antara masalah yang sering dihadapi pelajar ialah masih belum ada tajuk?……

focus2

Antara tips penting yang boleh diambil manfaat kepada setiap penyelidik ialah fahami dan kenal pasti fokus penyelidikan kita. Bidang kajian apa yang ingin kita kaji. Sudah tentu pemilihan fokus penyelidikan banyak bergantung kepada minat kita. Bidang apa yang paling kita minat yang perlu disesuaikan dengan kepakaran penyelia kita apatah lagi keperluan insititusi kita lebih-lebih lagi jika kita adalah pelajar tajaan ataupun pemegang biasiswa kerajaan.

Bermulanya penyelidikan kita apabila kita kenal pasti fokus penyelidikan yang mengarahkan kita kepada sorotan literatur untuk menjadi lompang ilmu (gap of knowledge’ dalam permasalahan kajian kita. NAmun, ada pelajar yang sangat keliru kerana mereka bermula dengan tajuk kajian. Justeru, jika mereka tidak dapat tajuk yang sesuai dan menarik menyebabkan mereka ‘stuck’ di situ. Sedangkan takde masalah dengan tajuk selagi kita faham fokus dan bidang kajian. Tajuk boleh berubah-ubah. Yang penting ia juga perlu difahami bersama kaedah penyelidikan kerana tajuk bidang penyelidikan kualitatif sudah tentu berberbeza dengan tajuk yang cenderung kepada penyelidikan kuantitatif. Penyelidik ataupun penyelia yang mahir, tengok tajuk pun sudah tahu pelajar tersebut melakukan kajian kualitatif ataupun kuantitatif.

focus

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s