Reka Bentuk Kajian

Image

Sebenarnya kenapa kaedah penyelidikan ini sangat penting kepada mereka yang bergelar penyelidik, pengkaji, pelajar yang ingin menulis tesis dan juga pelajar yang mengambil kelas Metodologi. Kenapa dalam bidang penulisan akademik, memahami mengenai kaedah penyelidikan ini sangat dititik beratkan. Walaupun semua sudah sedia maklum mengenai kepentingan memahami dan menguasai kaedah penyelidikan atau research methods ini namun ramai lagi yang masih keliru tentang segala-galanya.

Di saat-saat penghujung semester akan berakhir ini, walaupun kelas kuliah dan tutorial sudah berakhir, di saat para pelajar mengosongkan fakulti dan jabatan dalam tempoh study week, namun tugas sebagai seorang pensyarah masih belum terhenti. Apatah lagi di saat cuti sekolah terasa rasa bersalah kerana tidak dapat bercuti panjang bersama keluarga. Kenapa? Kerana masih ada tugas yang belum selesai. Tugas menyelia tesis pelajar dan juga menjadi examiner demi membaca tesis pelajar yang banyak. Nampak macam kerja senang dan mudah namun tidak semudah itu. Kadang-kadang sangat pening dengan tesis yang tidak difahami sendiri oleh pelajar yang menulisnya. Mungkin perlukan sedikit pencerahan apa sebenar yang mereka faham sehingga mereka keliru dengan apa yang mereka tulis. Antara persoalan lain ialah kalau mereka tidak faham kenapa mereka tidak bertanya. Masalah tentang kaedah penyelidikan ini macam seolah-olah tiada penghujung. Setiap pelajar menghadapi masalah yang sama. Atau mungkin pensyarahnya yang tidak pandai mengajar kot😦

ImageAntara isu kaedah penyelidikan yang kerap tidak difahami oleh pelajar ialah REKA BENTUK KAJIAN. Keliru!!! Sebagai contohnya reka bentuk kajian tinjauan tetapi pada masa yang sama tidak memahami kaedah pengumpulan data yang bagaimana sepatutnya sesuai dengan kaedah tinjauan. Sebagai contohnya menggunakan reka bentuk kajian tinjauan, kaedah pengumpulan data melalui borang soal selidik dan pemerhatian. Pernyataan tersebut adalah kurang tepat kerana pemerhatian merupakan kaedah pengumpulan data melalui kajian kualitatif.

Ada juga kekeliruan tentang metode temubual. Sebenarnya temu bual mendalam merupakan kaedah pengumpulan data dalam kajian lapangan. Kajian lapangan ini mewakili kajian kualitatif bukan kajian kuantitatif. Walaubagaimanapun, ada juga kaedah temu bual dalam kajian kuantitatif iaitu temu bual tinjauan. Temu bual tinjauan ini boleh dijalankan dengan mengambil kira beberapa aspek seperti satu set soalan telah disediakan terlebih dahulu sebelum temu bual berlangsung, soalan yang akan dikemukakan kepada responden akan dicatatkan pada borang soal selidik dan juga unsur perbincangan berkaitan dengan isu amat terhad kepada soalan-soalan yang ada dalam soal selidik sahaja. Bila perlunya penyelidik menggunakan kaedah temu bual tinjauan ini? Ketika berhadapan dengan responden yang mengalami kesukaran untuk menjawab sendiri borang soal selidik tersebut. Sebagai contohnya, responden kajian kita adalah masyarakat Orang Asli, sudah tentu memerlukan bantuan penyelidik ataupun enumerator untuk melengkapi soal selidik tersebut. Begitu juga jika responden kajian kita adalah pesakit kritikal di hospital.

Jadi, temu bual tinjauan sangat berbeza dengan temu bual lapangan atau juga dikenali sebagai temu bual mendalam. Temu bual mendalam merupakan kaedah pengumpulan data kajian kualitatif yang memerlukan perbincangan yang mendalam tentang sesuatu isu. Terdapat juga pelajar yang keliru tentang temu bual sebagai kaedah mendapatkan data yang mana akan menjawab objektif kajian serta temu bual sebagai sumber rujukan teks. Oleh itu, kerap berlaku kesilapan bila dinyatakan temu bual dalam metodologi kajian tetapi tidak ada data, tidak hasil kajian malah tidak ada objektif kajian yang menunjukkan tentang kaedah temu bual tersebut.

Sebenarnya memahami kaedah penyelidikan perlukan pemahaman secara menyeluruh bukan sekadar serpihan. Selamat Berusaha🙂

 

One thought on “Reka Bentuk Kajian

  1. Agus Pamungkas says:

    Maaf tumpang tanya, kalau kajian tajuk mcm ni?
    FAKTOR PEMILIHAN MAKANAN SEGERA DALAM KALANGAN KANAK-KANAK DI BANDAR KLANG BOLEH MEMBERI KESAN NEGATIF KEPADA PERKEMBANGAN MINDA DAN FIZIKAL KANAK-KANAK

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s