Kerangka Kajian

Salam semua..terlebih dahulu saya mohon banyak kemaafan kerana banyak komen dan soalan yang diajukan masih tidak dapat saya raikan dek kerana kekangan masa. Semester insyaAllah akan sampai ke penghujungnya dalam 3/4 minggu lagi. Harapan saya semasa cuti semester nanti saya akan tengok balik respons dan soalan yang masih tidak terungkai. Mohon maaf sekali lagi kerana tidak dapat menjawab setiap persoalan tersebut. Agaknya soalan tersebut pun dah basi😦

Image

Sedikit perbincangan tentang kerangka kajian. Masih terdapat pelajar yang agak keliru tentang kerangka teori dan kerangka konseptual kajian. 

Kajian yang baik perlu berasaskan teori. Teori kajian berfungsi sebagai panduan dalam kita membentuk kerangka konseptual. Kadag-kadang dalam kajian kita menggunakan lebih daripada 1 teori. Tidak salah dan tiada masalah. Yang penting sebagai pengkaji, kita perlu kenal pasti apakah pemboleh ubah kajian kita yang ingin kita letakkan dalam konseptual kajian. Kadang-kadang kita bukan menggunakan keseluruhan konstruk daripada 1 teori tetapi kita hanya mengambil sebahagian dan pilih pemboleh ubah yang tertentu sahaja. Ini saya bincangkan dari sudut kajian kuantitatif. Kajian kuantitatif sangat mementingkan kerangka konseptual bagi menjelaskan yang mana satu IV dan juga DV kita. 

Kalau masih keliru lagi, cuba rujuk mana-mana buku methods yang membincangkan tentang hal ini. Ini penting supaya pengkaji sendiri tidak terkeliru. Kerap juga saya baca tesis pelajar yang bergerak dalam keadaan lost, kerana tiada teori kajian yang menjadi rujukan. Aduhai! Sedangkan teori sama ada dari Barat mahupun teori prinsip Islam sangat penting. Kajian tanpa teori dalam penyelidikan kuantitatif ibarat meraba di dalam terang. Tidak jumpa jalan pulang.😦

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s