Tentang Sampel Rawak atau Bukan Rawak…

Image

MAsih terdapat pengkaji dan pelajar yang keliru tentang persampelan sehingga wujud pertikaian dan juga perbahasan. BAgi kajian kuantitatif, pemilihan saiz sampel sangat penting kerana ia melibatkan generalisasi kajian. Iaitu sejauhmana sampel tersebut dapat digeneralisasikan kepada populasi kajian yang sebenar. Dalam post entri yang sebelum ini saya telah bincangkan tentang jenis-jenis persampelan sama ada persampelan secara rawak mahupun bukan rawak. JUsteru, antara persoalan yang sering dirujuk dan diajukan kepada saya ialah jika populasi kajian melibatkan jumlah yang besar, bagaimana nak pilih sampel. Matilah saya jika nak pilih seluruh Malaysia😦

JAdi sebesar manakah populasi kajian anda? Pengkaji menjadi keliru tentang populasi apabila pengkaji sendiri tidak memahami sempadan populasi yang perlu mereka hadkan. SEbagai contohnya, jika ingin mengkaji tentang kehidupan orang Asli, adakah perlu mencapai keseluruhan populasi Orang Asli  di seluruh Malaysia? Pemilihan populasi juga perlu mengambil kira faktor masa dan masalah yang akan dihadapi serta kewangan pengkaji itu sendiri. Jika melibatkan kos kewangan yang banyak, pengkaji perlu mengecilkan skop populasi kajian mereka. Jadi kalau kajian tentang Orang Asli tadi, kecilkan skop populasinya kepada beberapa zon dan negeri sahaja yang kita boleh capai.

Satu aspek lagi yang sering menjadi kekeliruan dalam kalangan pengkaji dan pelajar ialah jenis persampelan yang dipilih. Sebenarnya jika kajian kita hanya menggunakan analisis statistik deskriptif tidak ada masalah langsung tentang jenis persampelan mana yang kita pilih untuk digunakan. Gunalah jenis persampelan rawak ke seperti rawak mudah, berstrata ataupun persampelan bukan rawak ke seperti bertujuan mahupun kuota memang tak jadi masalah. So, apa susah-susah untuk berfikir. Kerana ia tidak langsung menjejaskan analisis kita. Lain la kalau kita menggunakan ujian statistik inferensi seperti korelasi ataupun regresi, barulah ia perlu memenuhi andaian statistikal yang antara lain perlukan persampelan secara rawak.

Mohon harap pelajar tidak lagi keliru tentang sampel rawak atau bukan rawak ya🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s