Memahami Reka Bentuk Kajian

Image

Untuk menjalankan kajian, pengkaji perlu kenal pasti tentang reka bentuk kajian terlebih dahulu. Reka bentuk kajian perlu jelas untuk memahami keseluruhan kajian yang akan kita jalankan. Jika pengkaji sendiri tidak memahami dengan baik reka bentuk kajiannya, ia akan menjadi disaster kepada kajian tersebut. Ini kerana jika permulaan tidak betul ia akan memberi kesan kepada pengakhirannya.

Saya ingin berkongsi hasil pengalaman membaca tesis sama ada sebagai supervisor mahupun examiner. Kerap berlaku pelajar meletakkan reka bentuk kajian yang tidak kena. Apabila salah reka bentuk, ia akan berkait rapat dengan banyak aspek seperti kaedah pengumpulan data dan juga analisis data. Terdapat pelajar yang keliru dengan reka bentuk kajian, masih tidak dapat membezakan di antara kajian kualitatif dan juga kajian kuantitatif. JAdi akan berlaku percampuran reka bentuk yang bercampur aduk di antara kuali dan kuanti. Sebagai contohnya ada pelajar yang mengatakan bahawa kajiannya merupakan kajian tinjauan tetapi pada masa yang sama meletakkan temu bual dan pemerhatian dalam kaedah pengumpulan data. Ada juga pelajar yang keliru dengan mengatakan kajiannya kajian kualitatif menggunakan temu bual mendalam; sedangkan temu bual mendalam itu sebenarnya antara salah satu kaedah pengumpulan data bukan reka bentuk kajian.

Image

Sebenarnya terdapat beberapa reka bentuk kajian yang boleh kita pilih untuk digunakan. Ia bergantung kepada kepakaran dan kemahiran kita menguasai reka bentuk tersebut. Bagi kajian kuantitatif, terdapat 2 reka bentuk iaitu kajian eksperimen dan kajian bukan eksperimen. Bagi kajian eksperimen, ada kajian true experimental dan ada quasi experimental. Bagi kajian bukan eksperimen pula, kajian tinjauan merupakan antara kajian kuantitatif yang sangat popular. Terdapat 2 jenis kajian tinjauan iaitu menggunakan reke bentuk longitudinal ataupun cross sectional (kajian rentas).

Image

Longitudinal merupakan kajian yang dijalankan dalam satu jangka masa yang panjang. Jadi, data dikumpul berasaskan satu jangka masa terhadap kumpulan sampel yang sama. Ia kajian yang berkesan tetapi tidak popular kerana tempoh yang lebih lama untuk menjalankannya. Seringkali ia dijalankan untuk mengkaji corak dan pola sesuatu sampel dalam tempoh tertentu. Manakala kajian rentas, data dikumpul pada satu masa sahaja. Data boleh dikumpul sekali sahaja pada suatu masa. Kajian ini sangat popular dalam kalangan pelajar untuk dijalankan kerana ini lebih mudah dan masa yang lebih singkat.

INsyaAllah di kesempatan lain, akan saya bincangkan pula reka bentuk kajian kualitatif🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s