Gap of knowledge dalam Pernyataan Masalah

Image

Tajuk entri saya hari ini untuk meraikan soalan daripada Fathiah tentang ‘gap of knowledge’.

Selalunya bila seseorang pelajar bermula untuk menulis tesis, antara perkara utama yang dicari ialah mengenai tajuk tesis tersebut. Sibuk dan gelisah jika tak dapat lagi tajuk kajian. Namun, ada yang terlepas pandang mengenai perkara asas yang penting dalam penulisan tesis iaitu pernyataan masalah. Kita perlu kenal pasti dulu masalah baru boleh buat kajian. Kalau takde masalah buat apa nak jalankan kajian kan? Jadi penyelidik seharusnya mengenal pasti pernyataan masalah yang ada serta ‘gap of knowledge’ dalam bidang kajian yang ingin dijalankan. Gap of knowledge ini sebenarnya jurang kajian yang mana ia sebagai jurang yang belum dikaji oleh penyelidik lepas. Sebab itulah kajian kita dibuat kerana untuk mencari penyelesaian tentang masalah yang dihadapi. Ini perlu jelas dalam kita menulis masalah kajian. 

Kepentingan memahami dan menguasai Pernyataan Masalah ialah ia dapat memandu dan menjadi arah panduan pengkaji itu sendiri. Ini kerana selagi mana perbincangan kajian dalam sekitar tentang Permasalahan kajian, tajuk tak menjadi masalah. Dua tiga kali tukar pun takpe selagi tidak menjejaskan aspek perspektif kajian. 

Image

Bagaimana untuk kita kenal pasti jurang kajian tersebut. Nak tak nak kena baca membaca dan perlu mahir mencari sorotan literatur. Cari kajian lepas yang dijalankan yang lebih kurang sama dengan bidang kajian kita dan kenal pasti aspek lain yang masih belum diterokai dan patut diterokai dengan lebih mendalam lagi. 

Pernyataan masalah perlu bersandarkan rujukan dan hujah pengkaji lain, bukan hanya didasari sentimen dan idea pemikiran kita semata-mata. Jika ada panduan dan rujukan statistik tentang sesuatu perkara yang ingin dikaitkan dengan kajian kita lagi baik, sebagai contohnya statistik kemalangan, statistik pelajar hamil luar nikah dsb. Ini kerana nombor dan angka ini membantu kita dalam menguatkan hujah bahawa kajian ini penting untuk dijalankan kerana masalah ini benar-benar wujud. 

Pernyataan masalah juga perlu disandarkan dengan sorotan literatur yang kuat. Perlu ada 1 rujukan literatur yang menjadi artikel utama dan menjadi panduan yang ada kaitan rapat dengan permasalahan yang ingin dikaji….

Image

 

One thought on “Gap of knowledge dalam Pernyataan Masalah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s