Signifikan dalam Kajian Kuantitatif…

Image

Dalam kajian kuantitatif, bila kita menguji hipotesis, signifikan merupakan satu aspek yang sangat penting. Bagaimana kita nak tahu samada kajian kita signifikan atau sebaliknya. Sebab itu kita perlu menguji hipotesis. Antara persoalannya sejauhmanakah signifikannya kajian yang akan kita jalankan itu. Pengkaji perlu memahami bagaimana untuk menentukan kesignifikanan sesebuah kajian itu. Adakah bila mana kajian kita dibaca oleh seseorang yang hebat ataupun pembuat dasar, ataupun yang akan mempengaruhi dasar kerajaan, kajian kita sudah boleh dianggap signifikan. Kebanyakan pengkaji keliru bila membincangkan signifikan kajian. Signifikan bagi mereka bila mana ia dikatakan dapat menyumbang kepada polisi dan dasar kerajaan…secara logiknya mereka pun tak sedar kewujudan tesis yang beribu-ribu dihasilkan oleh para penyelidik di seluruh universiti di Malaysia jika kita tak keluarkan pecahan daripada tesis kita menjadi buku, artikel jurnal dan sebagainya. Jadi kalau kita sekadar menghasilkan satu kajian untuk mengubah dasar dan polisi kerajaan sememangnya satu yang agak sukar dicapai.

Image

HAkikatnya, kita menulis tesis dan menjalankan kajian terutamanya di peringkat sarjana dan doktor falsafah untuk pengembangan ilmu pengetahuan dalam bidang kepakaran kita khususnya dalam bidang kesarjanaan akademik. Memang agak sukar untuk dibaca oleh pembuat dasar atau organisasi yang lain.

Jadi apa yang sepatutnya kita bincangkan dalam signifikan kajian? Secara asasnya kajian kita signifikan bila mana sebagai contohnya  kita menguji teori yang kita gunakan dalam kajian kita, ataupun membina inventori, instrumen, membina model baru, menentukan hubungan di antara pemboleh ubah, ataupun juga kita meneroka bidang baru atau menggunakan metodologi yang berbeza daripada kajian-kajian lepas. Ini di antara aspek yang kita boleh bincangkan dalam signifikan kajian yang sangat objektif dan boleh diukur. Semua ini perlu berbalik semula kepada paradigma perspektif kajian kuantitatif yang berpegang dengan pasca positivisme.

Image

5 thoughts on “Signifikan dalam Kajian Kuantitatif…

  1. FATHIAH says:

    Asslamualaikum Puan Ros..
    saya Fathiah, pelajar tahun akhir…saya nak bertanya,
    bagaimana sebenarnya untuk membuat perenggan literature review..sebab saya selalu tersilap dan diberi komen hanya lapor atau ringkaskan kajian orang lain..

    Boleh puan Ros menerangkan apakah sebenarnya gap study dalam pernyataan masalah?

    Terima kasih atas perhatian puan..

  2. rosma212 says:

    Wassalam. Terima kasih Fathiah. Antara respons yg saya blh kongsikan berkenaan dengan lit. review ini ialah jangan hanya melaporkan sahaja tentang kajian-kajian lepas. Perlu menulis dengan kritis. Yang penting elakkan dr berlakunya plagiarisme dengan tidak menyatakan sumber asal rujukan kita. Apabila kita nyatakan tentang kajian lepas, kita boleh ulas tentang lit. review tersebut dengan menambahkan idea dan perbincangan kita sebagai penyelidik. itulah yang menambahkan kritisnya penulisan kita sebagai penyelidik. Selain itu, cuba gunakan keadah parafrasa, iaitu mengambil idea sebagai sumber yang dipetik tetapi bukan keseluruhan ayat dan pernyataan daripada penulis asal.

    Tentang gap of knowledge dalam pernyataan masalah itu, nanti saya bincangkan dalam entri baru ya.

  3. puteri says:

    Assalamualaikum Puan Ros,
    saya mengalami sedikit kekeliruan, saya ingin mengedarkan soal selidik berbentuk soalan ujian untuk menguji tahap kefahaman pelajar terhadap topik tertentu, apakah jenis test yang sesuai digunakan bagi menganalisis data dan bagaimana cara untuk memasukkan data berbentuk soalan ujian dalam spss??
    mohon penerangan…

    terima kasih atas perhatian puan..

  4. rosma212 says:

    Wassalam Puteri, mengenai tahap kefahaman cukup sekadar jenis ujian statistik deskriptif dan untuk masukkan data yang berbentuk soalan dalam SPSS kita perlu kategorikan balik beberapa jawapan yang kita dapat.

  5. Nizam says:

    Salam Puan Ros. Saya menjalankan satu penyelidikan berkaitan hubungan gaya pmbelajaran dan peningkatan pembelajaran bg setiap semester pengajian.setelah spss dijalankan significant menunjukkan angka yang tinggi .675 dah tidak significant adakah kajian sy dikira tidak valid dan tidak boleh dibentan?. Adakah kajian mesti significant dapatannya?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s