Memahami Sorotan Literatur…

Image

Masih ada pelajar dan pengkaji yang belum memahami secara mendalam mengenai sorotan literatur (Literature review). Adakalanya mereka menganggap sorotan literatur sebagai kajian kepustakaan yang diletakkan di dalam bab metodologi kajian…sebagai contohnya kajian ini menggunakan metodologi kepustakaan…

Image

Sedangkan sebenarnya sorotan literatur ini melibatkan proses membaca dan mengambil nota daripada kajian lepas yang berkaitan dengan penyelidikan yang dijalankan. Ia menjadi panduan asas yang menunjukkan jalan kepada pengkaji tentang apa yang ingin dikaji. Hasil daripada sorotan kajian lepas ini, kita dapat mengenal pasti gap of knowledge yang membawa kita kepada permasalahan kajian. Sorotan literatur ini membantu memberi idea baru kepada pengkaji.

Namun, kebanyakan mereka yang tidak memahami bagaimana menggunakan kajian-kajian lepas ini, dalam bab sorotan literatur banyak membincangkan landasan teori dan konsep sahaja tanpa mencari gali kajian-kajian lepas yang berkait rapat dengan kajian yang ingin dijalankan

Mengulas tentang sorotan literatur bukan hanya membincangkan secara sepintas lalu tetapi perlu mendalam khususnya dalam mengupas metodologi yang telah dijalankan dan juga hasil kajian tersebut.

Image

Sebagai contohnya, katakanlah kajian yang ingin dijalankan tentang pengaruh pendedahan dan penontonan filem terhadap perubahan tingkah laku negatif remaja. Perbincangan sorotan literatur tidak memadai dengan mengupas dan membincangkan secara konsep tentang sejarah filem dan tingkah laku remaja secara landasan teori sahaja. Malah dalam bab sorotan literatur sepatutnya pengkaji memfokuskan kepada kajian yang telah dijalankan oleh pengkaji-pengkaji lepas tentang pengaruh pendedahan dan penontonan filem terhadap audien dan juga kajian tentang tingkah laku negatif remaja. Antara contohnya;

1. Kajian pendedahan filem banyak memaparkan perkaitan di antara filem dengan tingkah laku anti-sosial yang menyumbang kepada pengaruh negatif terhadap audien seperti lambakan cerita keganasan dan tingkah laku agresif (Md Salleh et al., 2009; Huesmann, 2007; Funk et al., 2004; Anderson et al., 2003), keganasan seksual (Steinberg & Monahan, 2010; L’Engle, Brown & Kenneavy, 2006; Martino et al., 2005; Emmers-Sommer, 2005; Thompson & Yokota, 2004; Ramasubramaniam & Oliver, 2003; Weisz & Earls, 1995), pengambilan dadah (Gunasekera, Chapman & Campbell, 2005), kisah-kisah tahyul dan seram (Fischoff et al., 2002; Teusner, 2002) serta aktiviti merokok (Shadel et al., 2010; Hanewinkel, 2009; Wills et al., 2008; Wakefield et al., 2003).

2. Berdasarkan kajian Anderson et al. (2003), pendedahan adegan keganasan yang ditonton oleh audien akan meningkatkan tahap keagresifan dan tingkah laku ganas sama ada secara terus dan juga dalam konteks jangka panjang.

3. Kajian Funk et al. (2004) dan Huesmann (2007) menjelaskan bahawa pendedahan yang berpanjangan dan berulang kali mengenai paparan hiburan keganasan ini akan mengubah dan mempengaruhi proses kognitif, afektif dan tingkah laku audien.

4. Kajian Md Salleh et al. (2009) juga membuktikan wujudnya perkaitan yang positif di antara menonton filem ganas dalam kalangan pelajar lelaki (13-17 tahun) dengan sikap agresif mereka.

5. Beberapa kajian seperti Wills et al. (2008), Sargent (2005) dan Wakefield et al. (2003) pula membincangkan hubungan pendedahan paparan babak merokok di dalam filem kepada perbuatan merokok dalam kalangan remaja.

Moga-moga pengkaji yang dapat memahami secara keseluruhan kepentingan menguasai bab sorotan literatur yang betul. Ini penting sebagai hala tuju kajian yang ingin dijalankan. Saya doakan agar dipermudahkan Allah segala urusan mengenai metodologi kajian sepanjang penulisan tesis anda. Selamat berjuang🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s