Perlu memahami metodologi secara menyeluruh…

metod

Masih ramai pelajar yang keliru mengenai metodologi sehingga memberi kesan kepada penulisan tesis…

Oleh itu, setiap pengkaji seharusnya menguasai ilmu dan displin metodologi kajian agar tesis yang ditulis dapat difahami secara jelas dan mudah. Meletakkan metodologi yang salah dalam sub-tajuk metodologi mengakibatkan tesis kita akan dinilai dengan markah yang rendah dan tidak dianggap berkualiti. Pengkaji perlu elakkan daripada meletakkan sesuatu reka bentuk kajian ataupun kaedah pengumpulan data yang salah. Ini akan menunjukkan pengkaji sendiri masih tidak memahami kajian anda secara sempurna. Sebagai contohnya saya kerap berdepan dengan pengkaji yang sangat ambitious dan teruja ketika melakukan kajian dengan kaedah pengumpulan data yang pelbagai, tetapi masih tidak faham tentang paradigma penyelidikan kuantitatif dan kualitatif dengan jelas. Jadi, pengkaji dengan bangganya membentangkan kajiannya dengan menggabungkan kaedah pengumpulan data menggunakan soal selidik dan temu bual mendalam bagi kajian kuantitatif melalui reka bentuk kajian tinjauan. Sedangkan temu bual mendalam merupakan kaedah pengumpulan data bagi kajian kualitatif melalui reka bentuk kajian yang berbeza. Aduuuhhhh…

metod2

Akibat tidak faham ilmu metodologi secara keseluruhan, ramai pelajar hari ini melakukan kesilapan seperti ini. Ironinya lagi jika mereka sendiri tidak menyedari bahawa mereka telah tersilap.

Antara kesilapan lain yang sering dilakukan oleh pelajar juga ialah meletakkan objektif dan persoalan kajian yang tidak sepadan. Ada juga yang meletakkan sampai 4-5 objektif kajian, tetapi bila dilihat daripada dapatan hasil kajian, tidak semuanya menjawab objektif yang telah diletakkan. Jadi, untuk apa objektif itu diletakkan jika tidak ingin dicapai? Baik buang sahaja.

Oleh itu, memahami kaedah metodologi kajian secara menyeluruh sangat penting, agar kajian yang kita lakukan tidak nampak cacat dan lompang. Saya nasihatkan agar pelajar rajin-rajinkan diri  dekat dengan buku-buku kaedah penyelidikan yang sangat banyak di pasaran. Ada kalanya pelajar hari ini ingin semua perkara dengan mudah tanpa ingin berusaha dan mencari…

metod3

* Minta buku rujukan dengan saya? Itu bukan jalan penyelesaian untuk memahami metodologi secara menyeluruh🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s