Analisis SEM & AMOS

Antara aspek yang paling penting dalam kaedah penyelidikan ialah penyelidik perlu menguasai kemahiran menganalisis data. Selain daripada analisis data menggunakan ujian-ujian daripada program SPSS, muncul pula perisian AMOS untuk analisis SEM. Yang baiknya walaupun kita menggunakan perisian AMOS tetapi kita boleh menggunakan data yang telah kita isi daripada SPSS. Dengan kata lain, penyelidik tidak perlu menyediakan data baru untuk dimasukkan ke dalam AMOS tetapi boleh convert kan data daripada SPSS.

Image

Analisis SEM ialah Structural Equation Modeling iaitu analisis kesepadanan model yang mana melalui analisis ini penyelidik dapat mengenal pasti hubungan di antara pemboleh ubah dalam model hipotesis dan juga menguji model hipotesis sama ada sepadan dengan data kajian atau sebaliknya.

Namun, untuk menguasai AMOS dan analisis SEM ini perlukan kemahiran statistik dan SPSS terlebih dahulu kerana bagi pendapat saya kedua-duanya saling berkait rapat. Oleh itu jika seseorang penyelidik itu masih terkial-kial dengan analisis univariat, bivariat dan multivariat, sukar sedikit untuk memahami AMOS dan SEM ini. Saya pun secara jujurnya belum begitu mahir menggunakan AMOS; yang pertama masih tak ada lagi perisian tersebut dan juga dengan hadir satu bengkel AMOS masih belum mencukupi untuk menguasai kemahiran tersebut. InsyaAllah perlu belajar lagi untuk menguasai analisis ini kerana perubahan dan permintaan jurnal-jurnal antarabangsa sudah ke arah analisis SEM berbanding dengan analisis multivariat daripada SPSS. Jadi, nak tak nak kena lah mengikut arus perubahan semasa dalam dunia penyelidikan hari ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s