MCT – Measure of Central Tendency

Salah satu analisis dalam statistik deskriptif ialah MCT yang bermaksud pengukuran kecenderungan memusat. Bagi seseorang penyelidik yang baru berjinak-jinak dengan analisis bagi kajian kuantitatif, mereka perlu memahami analisis deskriptif sebelum memilih ujian-ujian dalam statistik inferensi. Bagi MCT terdapat tiga jenis pengukuran iaitu min, median dan mod. Min ialah nilai purata bagi sesuatu data. Cara mengira nilai min ini ialah jumlah keseluruhan skor dibahagi dengan jumlah n (sampel). Sebagai contohnya jika keseluruhan jumlah skor ialah 465 dibahagi dengan jumlah sampel iaitu 30. Jadi nilai min hasil kajian kita itu ialah 15.5. Kita boleh menginterpretasikan – secara purata, tahap kemahiran berkomunikasi kebanyakan responden adalah sederhana.

 

Median pula ialah nilai tengah dari taburan data yang telah disusun dari nilai terendah ke nilai tertinggi. Manakala mod ialah nilai yang paling kerap dalam data. Selalunya dalam kelas statistik ada diajar untuk mengira MCT secara manual. Tetapi itu kalau jumlah sampel respondennya tak ramai, cukup sekadar 30 orang sebagai contohnya. Namun, bayangkan jika kita mempunyai responden yang ramai sehingga mencecah 1000 orang, tips pengiraan secara manual mungkin tidak lagi sesuai. Sebenarnya menggunakan SPSS, dengan mudah kita dapat kesemua data tersebut. Yang penting kena tahu baca outputnya.🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s