Penulisan Tesis

tesis2

Masih sibuk dengan penyeliaan tesis pelajar. Senario segelintir pelajar kita sekarang, semakin nak habis masa mungkin baru terpanggil untuk siapkan tesis. Masa awal-awal dulu relax je, bersenang-senang dulu…tapi dah nak sampai hujung-hujung ni baru sedikit kelam kabut. Mana nak fokus untuk exam lagi, mana nak touch up pembetulan lagi hehe…Tapi hanya segelintir je. Ada yang pelajar yang sangat komited dan konsisten. Alhamdulillah mereka yang komited dan konsisten ini tidak ada masalah untuk menyiapkan tesis pada masa yang ditetapkan.

Antara kelemahan pelajar dalam menyiapkan diri mereka dengan penulisan tesis ialah mengenai sumber rujukan yang digunakan. Walaupun bagi pelajar degree, mereka perlu menulis latihan ilmiah yang mana tidaklah seberat penulisan tesis penuh bagi pelajar master tetapi mereka juga perlu mengambil kira pemilihan metode yang betul. Jangan lah terlalu ambitious sampai ingin menjalankan beberapa metode dalam satu kajian. Sebenarnya cukup hanya pemilihan satu metode kajian tetapi difahami dengan mendalam.

Pengalaman saya berdepan dengan pelajar yang terlalu ambitious tentang metode; oh, saya nak buat soal selidik, temubual dan juga observasi…mungkin mereka tidak sedar setiap satu reka bentuk kajian tersebut memerlukan kaedah yang berbeza. Perlu ambil kira kesesuaian masa, tenaga dan juga kelapangan responden untuk menyelesaikan sesuatu metode. Ada juga pelajar yang tidak faham tentang sesuatu reka bentuk kajian itu yang sangat berkait rapat dengan kaedah persampelan, kaedah pengumpulan data dan juga analisis data. Punca kesilapan yang sering dilakukan oleh pelajar ialah banyak bertanya kepada kawan dan percaya kepada kawan lebih berbanding dengan merujuk terus kepada penyelia/supervisor. Akhirnya jadilah usaha tapi sia-sia bila sesuatu yang dibuat/dilakukan tidak berkenan di hati penyelia seperti teknik penulisan dan jadual dalam bab analisis dan dapatan kajian.

Sebagai penyelia, bukanlah niat nak menyusahkan pelajar tetapi ingin menjaga kualiti penulisan. Apa yang berlaku, walaupun sudah ditegur beberapa kali tentang kesalahan-kesalahan kecil seperti kesilapan ejaan, isu teknikal, sumber rujukan dsb, mereka masih melakukan kesalahan yang sama….

tesis3

sama-sama la kesian gak dekat penyelia anda semua ya…untuk membaca dan menyiapkan pembetulan tesis pun satu jihad gak tu🙂

Tahniah saya ucapkan kepada para pelajar yang berjaya menyiapkan tesis dengan jayanya sebelum semester ini berakhir. Kepada mereka yang masih bertungkus lumus dengan tesis di samping dengan final exam…masih ada masa lagi ya, chaiyok🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s