Menulis dan melaporkan tesis

Image

Sekarang ni musim tesis…pelajar universiti yang berada di semester akhir sekarang ni masing-masing sibuk menyiapkan tesis dan juga latihan ilmiah sebelum berakhirnya semester ini. Kalau tak mereka tak boleh konvo🙂

Jadi memang masa yang tengah kalut dan stress bagi sesetengah mereka yang buat kerja last minute. Masa awal-awal semester dulu dan masa tengah buat proposal, agak santai..ingatkan masa lambat lagi tapi sekarang ni baru pulun untuk habiskan kesemua bab. Tapi saya puji beberapa pelajar saya yang konsisten dalam penulisan mereka. Mereka telah prepare dari semester lepas lagi bermula dengan mencari tajuk, bahan-bahan dan juga kenalpasti kaedah penyelidikan yang sesuai untuk digunakan.

Sebenarnya untuk menjalankan sesebuah penyelidikan perlukan perancangan dan masa yang panjang. Sebab itulah penyelidik perlukan gantt chart untuk membahagikan tugasan penyelidikan kepada beberapa masa untuk dicapai. Penyelidikan bukan lah suatu kerja yang boleh dilaksanakan dalam tempoh yang pendek seperti hanya sebulan atau dua minggu sahaja. Jika dalam penulisan tesis mahupun penulisan latihan ilmiah, pelajar perlu menguasai kaedah penyelidikan yang betul supaya mereka tidak bazirkan masa dengan sesuatu yang tidak mereka fahami. Sebagai contohnya metode kajian yang akan dipilih untuk digunakan. Ia perlu jelas pada awal permulaan kajian dijalankan. Supaya penyelidik membuat keputusan yang betul. Ini pernah berlaku kepada pelajar saya yang tiba-tiba membuat keputusan untuk menukar metode kajian beliau daripada kajian kualitatif kepada kajian kuantitatif. Ini perlu diambil kira dengan jelas kerana apabila kita membuat keputusan untuk menukar metode kajian kita, secara langsung semua aspek kajian lain akan terkesan sama; persoalan dan objektif kajian, rekabentuk kajian, persampelan, instrumen kajian, cara pengumpulan data dan juga analisa data. Jadi sebelum menentukan keputusan yang dibuat perlu ambil kira kesan terhadap aspek-aspek lain. Oleh itu, penyelidik perlu menguasai kaedah penyelidikan yang baik untuk menulis tesis. Yang pasti ia bukanlah penulisan naratif, seakan-akan penulisan artikel majalah mahupun penulisan kreatif. Malah tesis perlu ditulis dalam bahasa standard yang betul, melambangkan penulisan ilmiah dan akademik dan juga perlukan rujukan yang kukuh. Apa yang berlaku, pelajar sering mengabaikan elemen penulisan sedemikian dengan menulis sesuatu pernyataan tanpa sumber rujukan yang sahih. Inilah yang membezakan penulisan tesis dengan penulisan kreatif. Kita tidak boleh berimaginasi dengan menulis apa sahaja melalui akal rasa, akal fikir dan akal emosi kita tetapi penulisan tesis perlukan justifikasi, hujah yang kukuh daripada sarjana-sarjana akademik dan juga bahasa yang bukan bombastik dan tersirat. Hanya tulis dengan bahasa mudah dan tepat.

Manakala untuk melaporkan hasil dapatan kajian, penyelidik perlu menguasai teknik-teknik yang sesuai berdasarkan pemilihan kaedah kajian yang digunakan. Hasil laporan kajian kualitatif sudah tentu berbeza dengan kajian kuantitatif. Hasil kajian kualitatif banyak melibatkan pernyataan dan naratif melalui analisis-analisis yang digunakan seperti analisis perbandingan konstan, analisis tematik dan juga analisis naratif. Hasil kajian kuantitatif pula banyak melibatkan angka melalui peratusan, kekerapan, min, sisihan piawai, nilai signifikan, nilai alfa cronbach dan sebagainya. Oleh itu, laporan hasil analisis dapatan data perlu sesuai dengan kajian yang kita jalankan.

Image

Lagi satu yang penting untuk dititikberatkan oleh pelajar yang berdepan dengan penulisan tesis ini ialah mengambil kira gaya penulisan yang ditulis. Jangan tulis sebarangan tanpa menulis menggunakan kaedah yang digunapakai oleh universiti. Kerana penulisan tesis setiap universiti sedikit berbeza bergantung kepada garis panduan yang ditetapkan. Seperti di UKM, pelajar perlu menggunakan gaya UKM, UPM pula menggunakan APA style. Ada beberapa gaya lagi yang biasa digunakan seperti Chicago style dan sebagainya. Ini merupakan antara kelemahan pelajar. Mereka tidak mengambil berat tentang soal ini. Jadi adakalanya tesis yang dihantar untuk dibaca kepada supervisor mereka penuh dengan kesalahan-kesalahan yang tak patut dilakukan seperti kesalahan ejaan, huruf kecil, huruf besar, saiz font yang tidak sama, rujukan teks, rujukan penuh yang tidak sempurna. Uruskan penulisan tesis anda dengan cantik dan kemas seolah-olah itu diri anda sendiri. What do you expect…dari seorang supervisor untuk baca tesis yang anda hantar dengan banyak kesalahan-kesalahan tersebut. Kena fikir juga yang supervisor anda bukan hanya perlu membaca tesis anda sahaja malah banyak lagi tesis-tesis lain yang perlu dibaca dan dikomen dalam tempoh yang kritikal ini🙂

Kepada pelajar semua, selamat berjuang menyiapkan pada tempoh masa yang telah ditetapkan. Menguasai pengurusan masa yang baik mencerminkan kita sebagai penyelidik yang hebat. Ini kerana seorang penyeldiik yang berjaya ialah mereka yang dapat melaporkan kajian mereka within the time frame, supaya kajian mereka valid dan diyakini. All the best🙂

5 thoughts on “Menulis dan melaporkan tesis

  1. wan ahsani says:

    Assalamu’alaikum Dr.
    saya wan ahsani,pelajar UKM
    Dr.saya ingin tahu bilakah ‘masa’ yg sesuai untuk meletakkan graf dalam analisis kajian? adakah semua item perlu ada graf atau mengikut keperluan penyelidik…kadang2 saya rasa terlalu banyak graf pula sedangkan setiap analisis item saya telah letakkan jadualnya
    terima kasih atas segalanya

  2. rosma212 says:

    Wassalam wan, sbnrnya dalam analisis kajian tak perlukan graf pun sbb dah ada dalam jadual. Tapi boleh rujuk kpd penyelia krn apapun bergantung kpd citarasa penyelia. Nak masukkan tak salah tak nak masukkan pun tak salah. Harap membantu ya wan🙂

  3. hidup_islam says:

    salaam DR..saya nk tny bgaimana cara nk gne mothode kaedah analisis yg sesuai utk kaedah temu bual? contohnya kaedah thematic..utk buat proposal…yq in advanced…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s