Kerangka teoretikal dan kerangka konseptual

Image

Tajuk tentang kerangka teoretikal dan kerangka konseptual ada yang keliru dalam mengintepretasikannya. Ada yang kurang jelas masa bila nak guna. Boleh guna salah satu ke, atau boleh guna kedua-duanya?

Dalam kajian penyelidikan, perlu ada sesuatu yang kita nak dan kena ukur….konsep yang akan menjelaskan ciri-ciri dan kriteria konsep tersebut. Sebagai contohnya, tahap kemahiran berkomunikasi pelajar, tahap motivasi pelajar….

Oleh itu, kita sebagai penyelidik perlukan bukti untuk menyatakan dan menjelaskan tahap-tahap tersebut. Bukan hanya meneka sahaja. Bukti perlukan data-data empirikal sama ada data yang berbentuk kuantitatif mahupun data kualitatif. Sebelum memahami kerangka teoretikal dan kerangka konseptual, perlu dulu memahami tentang konsep abstrak dan variabel untuk membina alat pengukuran yang akan bergerak kepada peringkat operasional pengukuran.

sesuatu kajian akan bermula dengan kerangka teoretikal terlebih dahulu, kemudian kerangka konseptual dan baru boleh meletakkan operasional pengukurannya. Teoretikal boleh dijelaskan melalui penggunaan teori-teori dan model kajian yang sesuai serta yang boleh menjelaskan konsep abstrak kajian. Kemudian barulah kerangka konseptual boleh dibentuk. Kerangka konseptual boleh dijelaskan dalam bentuk hipotesis konseptual dalam kajian kuantitatif.

Sebagai contohnya kajian mengenai Kesan televisyen kepada tingkah laku kanak-kanak. Kerangka teoretikal ialah menggunakan teori kesan media yang sesuai seperti teori kognitif sosial.

Image

Peringkat kerangka konseptual ialah menjelaskan perhubungan antara konsep-konsep abstrak dalam bentuk hipotesis. Jadi, konsep kesan penontonan televisyen boleh dijelaskan dalam beberapa bentuk seperti kesan terhadap tingkah laku, kesan terhadap pemikiran, kesan terhadap emosi dan perasaan.

Image

Selalunya penyelidik menggunakan kedua-dua kerangka teoretikal dan juga kerangka konseptual. Sebagai contohnya, daripada beberapa teori kajian yang digunakan boleh membentuk kerangka konseptual dalam menjelaskan beberapa pilihan variabel hipotesis. Manakala kajian kualitatif tidak menitik beratkan hipotesis dan variabel kajian.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s