Pentingnya Kaedah Penyelidikan & Statistik

Image

 

Image

Alhamdulillah, keputusan untuk mengkhususkan satu blog khas untuk membincangkan kaedah penyelidikan dan juga statistik tidak sia-sia. Kerana semakin hari pengunjung blog ini semakin bertambah. Ini bermakna perkongsian ilmu yang tidak seberapa ini masih dihargai dan diperlukan. Dan banyak2 terima kasih kepada mereka yang sudi menjengok, bertanyakan soalan dan juga memberi respons yang cukup membina bagi meneruskan perjuangan blog ini. Walaupun wujud kekangan masa dan jadual kerja yang cukup padat, InsyaAllah saya sebenarnya cukup berusaha agar tidak membiarkan blog ini sunyi dari menulis entri-entri post yang terkini demi berkongsi sedikit ilmu yang saya ada tentang kaedah penyelidikan dan juga statistik. 

Image

Ini bermakna menguasai ilmu tentang kaedah penyelidikan dan statistik amat penting bagi seorang penyelidik khususnya pelajar, tidak kiralah dari tahap mana sama ada pelajar degree, master mahupun PhD sekalipun. Walaupun begitu, sudah tentu tahap cabaran dan kepayahan menjalankan penyelidikan itu tidak sama. Dan sememangnya tidak dapat dinafikan penyelidikan tahap PhD lebih mencabar khususnya bagi menjalankan analisis yang lebih kritis dan kritikal.

Justeru, apabila sudah membuat keputusan untuk menjalankan sesuatu kajian, kita perlu tahu dan membuat keputusan yang betul tentang kaedah penyelidikan mana yang menjadi pilihan kita. Ini semua terpulang kepada interest dan passion kita, kemana arah tuju penyelidikan kita. Pendek kata jangan ambil ringan tentang kaedah penyelidikan bila kita sudah memasuki dunia research. Kerana ini melambangkan personaliti sejauhmana kita menguasainya. Apatah lagi jika ditanya dalam viva nanti. Begitu juga dengan statistik, jika seseorang penyelidik berminat untuk menjalankan kaedah kuantitatif. Jangan ambil mudah dan juga jangan menjauhkan diri jika fobia dengan analisis berangka. Belajar untuk menerima angka-angka data statistik dengan minat yang mendalam. Barulah kita dapat merasakan keseronokan menjalankan kajian seperti kita seronok menjalankan kehidupan kita ini🙂

Sememangnya saya bukanlah antara yang pakar dalam membincangkan tentang kaedah penyelidikan dan statistik tetapi belajar daripada pengalaman dan mereka yang pakar membuatkan saya terpanggil untuk berkongsi sedikit sebanyak ilmu yang ada untuk manfaat bersama. Jika ada sebarang kesilapan dan pernyataan yang boleh dipersoalkan, jangan segan2 untuk beritahu agar kejelasan dapat dinyatakan.

Image

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s