Mana yang lagi OK? Kuantitatif ke kualitatif

Ada beberapa students yang tanya kepada saya tentang tesis dan latihan ilmiah yang perlu mereka siapkan…antara persoalan yang sering diajukan ialah mengenai metodologi kajian. Metode apa yang perlu saya guna? Mana yang lagi OK? Macam mana nak pilih?

Sebenarnya, pemilihan metode kajian terpulang kepada kecenderungan dan kemahiran seseorang pelajar sebagai pengkaji/penyelidik atau juga boleh kita katakan sebagai novice researcher. Jika mereka rasa dan yakin bahawa kajian kuantitatif lebih selesa so tidak salah untuk cenderung kepada arah tersebut. Begitu juga dengan kajian kualitatif. Ini kerana kemahiran menguasai metode kajian amat penting untuk kita memahami paradigma di sebalik metode yang kita pilih.

Sebagai pelajar degree contohnya, kadang-kadang aspek ini tidak dititik beratkan…ada kalanya mereka terlalu ghairah dan teruja untuk melakukan kajian. Bila ditanya tentang metode apa yang digunakan, mereka kata saya nak buat survey dan juga interview. Wow! untuk project paper yang perlu dihabiskan dan disiapkan dalam satu semester, survey dan interview itu merupakan dua teknik pengumpulan data yang berbeza yang mana menggabungkan kajian kuantitatif dan juga kualitatif. So, saya berharap rangka konsep kajian perlu juga melihat faktor-faktor seperti masa, tenaga dan juga kemahiran sebelum memutuskan untuk melakukan kedua-dua kaedah yang sebenarnya lebih kepada kajian mixed-methods. Mixed-methods merupakan kajian campuran yang memerlukan kemahiran dan kefahaman rangka kajian yang berbeza. Baik kita sebagai penyelidik memahami dan menguasai setiap kajian dengan lebih mendalam daripada melakukan survey melalui analisis deksriptif dan juga interview semata-mata tanpa memanjangkan lagi kemahiran penguasaan kedua-dua kajian tersebut. Mungkin jika lebih selesa dengan  kajian kuantitatif, boleh kita kembangkan persoalan kajian melalui analisis data secara bivariat dan juga multivariat. Malah jika boleh menguasai analisis SEM lagi baik.

Begitu juga dengan kajian kualitatif, bukan setakat interview sahaja kerana kita perlu menguasai reka bentuk kajian yang sudah tentu berbeza dengan kajian kuantitatif seperti fenomenologi, kajian kes, grounded theory dan juga etnografi.

Harap membantu untuk membuat keputusan yang lebih baik. Selamat berjuang kepada para pelajar yang sedang menyiapkan tesis, disertasi dan project paper masing-masing termasuk lah diri saya sendiri🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s