Penyelidikan Kualitatif ii

Masih lagi membincangkan mengenai penyelidikan kualitatif….

Dalam kajian kualitatif, penyelidik merupakan instrumen utama terutamanya dalam proses pengumpulan data. Ini berbeza dengan kajian kuantitatif yang mana penyelidik banyak bergantung kepada borang soal selidik seperti yang digunakan dalam reka bentuk tinjauan. Ini bermakna peranan penyelidik dalam kajian kualitatif lebih penting dan kadang-kadang berisiko. Ini kerana sebagai instrumen utama, cabaran yang perlu dihadapi oleh penyelidik ialah untuk mengelakkan diri daripada membuat penilaian yang bias ketika proses menginterpretasi data.

Pengutipan data kualitatif juga agak berisiko jika penyelidik tidak berhati-hati kerana walaupun hanya kesilapan yang kecil sudah pasti menyebabkan data tersebut tidak valid. Justeru, penyelidik kualitatif perlu menguasai kemahiran pengumpulan data beserta dengan strategi bagi memaksimumkan pengumpulan data yang bermakna.

Penyelidikan kualitatif lebih bersifat interpretatif yang mana penyelidik tidak boleh lari daripada menggunakan pengalaman dan kemahirannya dalam menentukan data yang dikutip. Tetapi dengan berpandukan etika penyelidikan yang betul, ia tidak menjadi masalah sekiranya ditangani dengan cara yang betul yang mana bias, nilaian serta tanggapan penyelidik dihujahkan secara eksplisit dan terbuka.

Di antara reka bentuk kajian kualitatif yang sering dijalankan; fenomenologi, etnografi, grounded theory dan juga kajian kes. Manakala di antara metode pengumpulan data yang biasa digunakan termasuklah metode pemerhatian (participant observation), temu bual mendalam (in-depth interview), focus group dan juga analisis dokumen.

Bagi penganalisaan data pula, sudah pasti prosesnya tidak sama berbanding kajian kuantitatif yang bergantung kepada SPSS untuk menganalisis data sama ada secara statistik deskriptif ataupun inferensi. Kajian kualitatif pun sebenarnya mempunyai beberapa software yang membantu proses menganalisis data cuma ia sedikit berbeza. Nvivo sebagai contohnya boleh kita gunakan sebagai alat membantu kita menguruskan data kualitatif dengan baik. Tetapi penyelidik sendiri yang perlu menganalisa data tersebut. Proses analisis nya pula merupakan proses yang berterusan dan non-linear.

InsyaAllah, masih bersambung….:)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s