Penyelidikan Kualitatif – Pengenalan

Sukar juga untuk mencari masa memenuhi tanggungjawab sosial untuk berkongsi sedikit ilmu yang diketahui…akhirnya penghujung bulan Januari sempena cuti Raya Cina adalah masa yang sesuai untuk mencoret sesuatu….entri kali ini saya akan menyentuh mengenai penyelidikan kualitatif.

Sebenarnya bukan semua penyelidik berminat dengan penyelidikan kuantitatif seperti menjalankan survey dan juga eksperimen. Ada juga penyelidik lebih gemar menjalankan kajian mereka secara kualitatif. Apa yang bezanya? Memang ada bezanya di antara penyelidikan kuantitatif dan juga kualitatif. Dari segi paradigma dan world viewnya, prosedur persampelan, metode pengumpulan data dan juga analisis data….semuanya berbeza….

Penyelidikan kualitatif lebih berfokuskan penelitian fenomena daripada pelbagai perspektif dan pembinaan makna adalah dari perspektif subjek (Noraini, 2010). Justeru, penyelidik kualitatif lebih menerima perspektif interpretivisme yang berkembang apabila wujud kelompok yang tidak berpuas hati dengan pandangan perspektif pasca-positivisme. Sarjana teori interpretif berpendapat bahawa pasca-positivisme terlalu bersifat mekanikal terutama di dalam menjelaskan hubungan interaksi manusia. Mereka berpendapat bahawa manusia sepatutnya lebih memahami dunia dengan memberi ruang interaksi secara lebih terbuka di antara sesama manusia malah turut menekankan bagaimana manusia sepatutnya bertingkah laku di dalam dunia sosial (Miller, 2005). Hakikatnya, terdapat sesetengah persoalan kajian yang tidak mudah dijawab melalui penyelidikan kuantitatif yang memerlukan penjelasan kualitatif dalam menginterpretasi fenomena manusia (Lihat Babbie, 2004; Delsyer, 2008; Grbich, 2010; Hesse-Biber, 2010; Livesey, 2006).

Penyelidikan kualitatif bukan menumpukan kepada pengutipan data maklumat yang banyak. Namun, tumpuan diberikan kepada pemerolehan maklumat yang berkualiti walaupun dengan pemilihan sampel yang kecil. Oleh itu, kelebihan pemilihan kualitatif sebagai metode yang sangat efektif dalam membincangkan faktor-faktor yang bukan bersandarkan numerikal.

InsyaAllah, kalau ada masa saya akan sambung perbincangan kita mengenai kajian kualitatif ini🙂

9 thoughts on “Penyelidikan Kualitatif – Pengenalan

  1. Ramnan says:

    Tahniah ! Satu kupasan yang mantap . Kalau boleh sertakan bahan rujukan sebagai bacaan tambahan

  2. su says:

    Terima kasih. Huraian yg puan berikan membantu saya utk meneruskan kajian tindakan di sekolah.

  3. Pensiuni Piatra Craiului says:

    Cazare Cumpatu

    Its like you read my mind! You seem to know a lot about this, like you wrote the book in it or something.
    I think that you could do with a few pics to drive the
    message home a bit, but other than that, this is fantastic
    blog. An excellent read. I’ll certainly be back.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s