Persampelan Kajian (ii)

Entri yang lepas membincangkan bagaimana melalui prosedur persampelan yang betul, kita dapat mengaplikasikan proses generalisasi sampel terhadap populasi kajian. Masih dalam perbincangan mengenai persampelan kajian, tetapi entri kali ini lebih memfokuskan kepada prosedur persampelan kebarangkalian (probability sampling) – yang mana ditentukan dengan memilih subjek sampel secara rawak.

Terdapat empat jenis prosedur persampelan kebarangkalian yang sering digunakan; rawak mudah, sistematik, rawak berlapis dan kelompok. Setiap jenis tersebut sudah tentu berbeza aplikasi dan tekniknya dalam memilih sampel kajian. Pemilihan persampelan kebarangkalian ini digunakan bagi memastikan setiap subjek dalam populasi tidak dipilih secara bias dan mempunyai peluang yang sama untuk dipilih sebagai responden kajian.

Proses persampelan rawak mudah boleh dilakukan jika kita mempunyai senarai subjek dalam populasi. Sebagai contohnya jika kajian saya mengenai pelajar-pelajar dalam jurusan komunikasi, maka mereka merupakan populasi dan senarai subjek boleh dipilih menggunakan nama dan juga no. matrik setiap pelajar.

Pemilihan subjek dilakukan dengan menggunakan jadual nombor rawak – mengandungi nombor-nombor yang tidak disusun secara teratur. Jadual nombor rawak ini boleh dirujuk dalam buku statistik. Selalunya untuk memulakan pemilihan, kita boleh menggunakan cara melontar anak batu ke atas jadual tersebut.

Di antara kelebihan rawak mudah ialah apabila kita menggunakan sampel yang besar, ia dapat mewakili populasi kajian. Namun, cara ini agak sukar kerana kita perlu mengenal pasti setiap populasi.

InsyaAllah bersambung nanti …..šŸ™‚

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s