Persampelan Kajian (i)

Untuk menjalankan kajian, penyelidik perlu memahami prosedur persampelan, iaitu bagaimana untuk memilih sampel kajian yang benar-benar menepati dan memberikan kualiti kepada kajian kita. Ini bermakna kualiti penyelidikan yang kita jalankan banyak bergantung kepada persampelan kajian. Katakanlah kajian kita mengenai pelajar sekolah, jadi kita perlu tetapkan ciri-ciri sampel yang kita ingin kaji daripada populasi kajian. Kerana mana mungkin kajian kita dapat mencapai keseluruhan populasi kerana kesukaran dengan jumlah populasi yang terlalu besar dan juga masa yang perlu diambil. Seperti pelajar sekolah di seluruh Malaysia terlalu besar jumlahnya, oleh itu kita perlu kecilkan skopnya iaitu dengan memilih sampel kajian yang dapat kita generalisasikannya. 

Sebab itu, prosedur persampelan penting untuk digunakan dalam kajian saintifik dan empirikal. Terdapat dua jenis persampelan yang menjadi pilihan para penyelidik sama ada persampelan rawak (random) dan juga persampelan bukan rawak (non random). Kedua-dua jenis persampelan ini masing-masing mempunyai kelebihan namun, khususnya bagi kajian kuantitatif, sampel yang dipilih secara rawak menjadi pilihan kerana ia dapat digeneralisasikan untuk mewakili populasi kajian. Walaubagaimanapun, kajian kualitatif lebih sesuai menggunakan persampelan bukan rawak seperti persampelan bertujuan (purposive) untuk memilih subjek kajian yang benar-benar memberikan data yang  yang dikehendaki.

InsyaAllah akan bersambung pada entri yang akan datang….🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s