Analisis ujian korelasi

Analisis korelasi merupakan antara ujian statistikal inferensi yang popular dalam ujian parametrik. Kajian penyelidikan inferensi dijalankan untuk menjelaskan ciri-ciri subjek kajian yang mana dapat menentukan perkaitan dan hubungan di antara variabel. Dalam ujian univariat melibatkan dua variabel iaitu 1 variabel IV (bebas) dan 1 variabel DV (bersandar). Manakala dalam ujian multivariat melibatkan tiga atau lebih variabel seperti korelasi spara.

Mungkin dalam entri kali ini saya lebih memfokuskan ujian univariat terlebih dahulu yang melibatkan hanya dua variabel iaitu 1 IV dan 1 DV. Oleh itu kita boleh gunakan ujian korelasi untuk mengenal pasti atau menentukan perkaitan di antara IV dan DV melalui persamaan perhubungan.  Dalam konsep analisis korelasi, ujian dijalankan untuk menentukan kekuatan hubungan di antara variabel IV dan DV yang akan menunjukkan hubungan yang saling mempengaruhi. Terdapat beberapa jenis ujian korelasi yang mana bergantung kepada jenis skala pengukuran dan bilangan variabel yang terlibat. Di antara ujian pekali korelasi yang popular ialah pekali pearson dan pekali spearman rho. Ujian parametrik menggunakan jenis pekali pearson product-moment yang menjelaskan perkaitan dengan data yang berskala interval dan ratio. Manakala pekali spearman rho digunakan untuk menyatakan perhubungan di antara variabel yang tidak bertaburan normal dan juga data yang berskala ordinal.

Sebagai contohnya objektif kajian – untuk menentukan perkaitan di antara pendedahan filem ganas (violence movie exposure) (IV) dan tingkah laku negatif (DV). Maknanya dalam kajian untuk menentukan perhubungan antara pendedahan filem ganas dan tingkah laku negatif, pengkaji mendapati bahawa audien yang terdedah kepada filem yang ganas mungkin akan mempengaruhi tingkah laku negatifnya. Hasil dapatan kajian mungkin akan menunjukkan arah kekuatan sama ada positif atau negatif dan juga pengaruh hubungan sama ada lemah atau kuat bergantung kepada nilai korelasi. Selalunya untuk pengaruh hubungan kita boleh merujuk kepada Guilford’s rule of thumb; 0. 1-0.9 dari lemah ke kuat.

2 thoughts on “Analisis ujian korelasi

  1. Faz says:

    assalamualaikum

    saya masih amat baru dalam statistik. saya ingin kan kepastian berkenaan jenis analisis apa yang harus saya gunakan bagi assignment korelasi saya. saya masih keliru sama ada saya patut menggunakan spearman atau pearson. contohnya data saya melibatkan luas tanah (1234 hectares, 4532, 2324,4751), jumlah baja (4500 kg, 3521kg, 42211, 4333), jumlah tractor (8, 9, 8, 7,), jumlah pekerja (123 org, 234, 435, 321)dan outputnya (63421.09 metric tan, 32154, 44053, 50337) . Data di kutip dari report syarikat2 yang terlibat. diharap agar pihakPuan dapat membantu

  2. rosma212 says:

    Wassalam Faz, mohon rujuk entri post yg lepas…tentang data parametrik atau bukan parametrik. Ini penting difahami secara keseluruhan barulah kita boleh kenal pasti jenis ujian korelasi yg boleh digunakan. Untuk pengetahuan Faz, korelasi pearson boleh digunakan jika data bertaburan normal dan juga melalui prosedur persampelan yang betul iatu probability sampling. Harap membantu🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s