Statistik Bivariat – T-Test

Statistik bivariat merupakan antara analisis statistikal inferensi yang melibatkan dua variabel yang ingin dikaji. Tujuannya adalah untuk mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan ataupun hubungan di antara kedua variabel tersebut. Statistik bivariat boleh menggunakan variabel yang berdata nominal, ordinal, interval mahupun ratio bergantung kepada jenis analisis yang digunakan. Antara jenis analisis bivariat yang sering digunakan oleh penyelidik dan memang popular dalam kalangan pelajar ialah t-test, ANOVA, korelasi dan juga regrasi. Pemilihan jenis statistik ini bergantung kepada objektif kajian sama ada untuk mengenal pasti perbezaan ataupun untuk menentukan perkaitan.

T-test (ujian T perbandingan) digunakan untuk membandingkan di antara dua variabel. Selalunya t-test melihat perbezaan di antara jantina dengan sesuatu variabel yang lain.  Sebagai contohnya, penyelidik ingin mengenal pasti perbezaan di antara tahap kemahiran berkomunikasi (score/ratio) dan juga jantina (nominal). Jadi, objektif kajian tersebut Рuntuk mengenal pasti perbezaan tahap kemahiran berkomunikasi dalam kalangan pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Dengan kata lain, objektif kajian ini ialah untuk melihat sama ada pelajar lelaki ataupun pelajar perempuan yang lebih tinggi tahap kemahiran komunikasi mereka. Jantina sebagai IV manakala tahap kemahiran berkomunikasi sebagai DV. T-test yang digunakan ini merupakan jenis two independent samples t-test.

Selain two independent samples t-test, terdapat dua jenis t-test yang turut digunakan sebagai analisis statistikal; paired sample t-test dan one sample t-test. Paired sample t-test ialah jenis t-test yang biasa digunakan dalam kajian eksperimental iaitu untuk membandingkan purata sampel yang sama sebelum dan selepas kajian. Sebagai contohnya, objektif kajian untuk membandingkan tahap kemahiran berkomunikasi responden sebelum dan selepas kahwin. Jadi jenis paired sample t-test digunakan untuk melihat sama ada terdapat perbezaan yang signifikan atau tidak tahap kemahiran berkomunikasi responden sebelum mereka melangsungkan perkahwinan dan juga selepas perkahwinan.

Manakala one sampe t-test digunakan untuk membandingkan purata – variabel yang dikaji antara sampel dan populasi. Sebagai contohnya, objektif kajian untuk mengenal pasti perbezaan tahap kemahiran berkomunikasi di antara sampel dan populasi kajian. Namun, di antara ketiga-tiga jenis t-test yang telah dibincangkan, jenis two independent samples t-test yang sering digunakan. Walaubagaimanapun, ia bergantung kepada persoalan dan objektif kajian.

2 thoughts on “Statistik Bivariat – T-Test

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s