Analisis data – Analisis Multivariat

Jika analisis bivariat melibatkan dua pemboleh ubah, analisis multivariat pula melibatkan tiga pemboleh ubah atau lebih. Kedua -dua analisis bivariat dan multivariat melibatkan analisis data secara statistik inferensi. Manakala analisis statistik deskriptif dikenali sebagai analisis univariat yang hanya melibatkan satu pemboleh ubah sahaja.

Antara jenis analisis multivariat yang popular dan sering menjadi pilihan pengkaji ialah termasuk korelari spara (partial correlation), regrasi pelbagai (multi-regression), MANCOVA (Multivariate analysis of covariance test), MANOVA (Multivariate analysis of variance test) dan juga ANCOVA (Covariate analysis) (digunakan untuk kajian eksperimental-quasi experimental).

Sebenarnya analisis multivariat lebih memudahkan pengkaji mengkaji hubungan dan perkaitan di antara pemboleh ubah secara serentak tanpa perlukan banyak step. Dengan kata lain, beberapa pemboleh ubah boleh dikaitkan dengan DV (dependent variables).

Sebagai contohnya korelasi spara berbeza dengan analisis korelasi pearson mahupun spearman. Apa yang membezakannya ialah korelasi spara menggunakan control variables untuk mengawal IV dan DV. Walaubagaimanapun, asas korelasi masih sama iaitu melihat sama ada perkaitan IV dan DV tersebut signifikan atau tidak dan juga strength dan direction sama ada positif ataupun negatif. Kelebihan korelasi spara berbanding korelasi bivariat ialah dengan mengawal faktor kawalan (seperti umur, tahap pendidikan dsb) pengkaji dapat melihat dapatan kajian yang lebih jelas dan sebenar dengan mengenepikan faktor-faktor yang mempengaruhi IV dan DV.

Contoh objektif kajian yang secara fokusnya menggunakan jenis analisis data multivariat ialah menentukan perkaitan di antara pendedahan media dan tingkah laku penonton dengan mengawal faktor umur dan tahap religiositi. Pendedahan media (IV), tingkah laku penonton (DV), umur dan tahap religiositi sebagai pemboleh ubah kawalan. Justeru, hasil kajian yang menggunakan korelasi spara lebih pure dan genuine kerana kita telah mengawal faktor umur dan tahap religiositi yang mana berdasarkan sorotan literatur umur (remaja) sering melibatkan diri dengan pendedahan media. Begitu juga tahap religiositi; kajian mendapati bahawa semakin tinggi tahap religiositi semakin rendah akses mereka dengan tingkah laku negatif. Oleh itu dengan menggunakan faktor kawalan tersebut, kita dapat melihat perkaitan yang lebih jelas sejauhmana wujudnya hubungan di antara pendedahan media dengan tingkah laku penonton.

Perlu dingat bahawa analisis multivariat menggunakan data ratio/skor dalam menentukan perkaitan dan hubungan di antara pemboleh ubah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s