Paradigma kaedah penyelidikan

Seperti yang dijanjikan sebelum ini, saya akan membincangkan mengenai paradigma dalam sesebuah kaedah penyelidikan. Sebenarnya andaian asas atau paradigma dalam sesebuah kaedah penyelidikan juga penting dalam menentukan kaedah yang akan dipilih. So, post kali ini akan membincangkan mengenai paradigma yang mendasari sesebuah penyelidikan. Andaian paradigma ini perlu kita faham barulah kita yakin dengan pilihan metode yang kita pilih. Seperti yang kita tahu ada dua kaedah penyelidikan utama iaitu kaedah kajian kuantitatif dan kaedah kajian kualitatif. Di samping itu, kita turut tahu mengenai kaedah yang semakin mendapat tempat dalam penyelidikan hari ini iaitu kaedah mixed-methods (InsyaAllah nanti kita bincangkan kemudian mengenai paradigma mixed methods).

Kita juga tahu kaedah kuantitatif mementingkan data numerik dan kaedah kualitatif mementingkan data yang tidak dapat diukur secara kuantiti dan faktor yang bersandarkan numerikal. Pegang pada asas ini dan kita boleh memilih kaedah mana yang lebih selesa dan dekat serta sesuai dengan kemahiran kita. Dan ia sebenarnya didasari dengan andaian asas/paradigma/perspektif/world view yang akan kita bincangkan ini. Kemahiran kita menguasai kaedah penyelidikan banyak bergantung kepada sejauhmana kita memahami paradigma perspektif kedua-dua pendekatan tersebut sama ada kuantitatif ataupun kualitatif.

Banyak debat yang membincangkan kedua-dua metode ini sebenarnya. Jika penyelidik tersebut terlalu taksub dan realistik dengan analisis berangka, mereka beranggapan bahawa metode kuantitatif lah yang terbaik. Namun, ada juga yang tidak berpuas hati dengan kajian kuantitatif. Mereka berpendapat bukan semua perkara bersifat mekanikal. Mereka bersetuju dengan kajian kualitatif dan berpendapat bahawa kajian kualitatif lebih memahami fenomena dunia sosial dan dapat menjelaskan hubungan interaksi manusia.

Kajian kuantitatif lebih berpegang dengan perspektif positivisme dan pasca-positivisme. Positivisme dipelopori oleh Aristotle, Francis Bacon, August Comte dan Immauel Kant. Selepas Perang Dunia ke-2, aliran pasca-positivisme mula berkembang mengantikan fahaman positivisme. Melalui paradigma pasca-postivisme, para penyelidik cuba menjalankan penyelidikan untuk menguji teori dan hipotesis kajian. Dan pengukuran penyelidikan yang dijalankan lebih kepada pengukuran objektif yang dapat dilihat.

Manakala penyelidik kajian kualitatif lebih berpegang dengan perspektif intepretivisme/konstruktivisme yang memahami realiti pengalaman manusia berdasarkan kehidupan mereka sendiri. Pengukuran kajian kualitatif lebih bersifat subjektif. Ini bermakna penyelidik intepretif/konstruksionis mampu menginterpretasi kepelbagaian makna dan bersifat relatif (cara yang berbeza) bergantung kepada setiap individu yang berbeza.

Apa yang saya boleh katakan ialah tidak ada yang mana lebih di antara kajian kuantitatif mahupun kualitatif. Semuanya bergantung kepada permasalahan, persoalan dan objektif kajian kita. Sama ada kajian kuantitatif mahupun kualitatif masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri. Tidak ada yang betul-betul sempurna. Cuma tanya diri sebagai seorang penyelidik, metode penyelidikan mana yang kita lebih selesa. Apabila jelas kepakaran dan kemahiran bidang penyelidikan kita, arahkan permasalahan dan persoalan kajian kita berdasarkan asas paradigma kajian yang akan kita terokai. Good luck!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s