Kaedah penyelidikan

Sukar sebenarnya untuk mendapatkan bahan dan artikel mengenai kaedah dan metode penyelidikan dalam Bahasa Melayu. Jika kita google terms dan keywords dalam Bahasa Melayu banyak yang keluar adalah artikel-artikel penulisan dari Indonesia. Mungkin para penyelidik di Malaysia turut berkongsi maklumat dan ilmu dalam Bahasa Inggeris dan bukannya Bahasa Melayu. Juga terfikir atau apakah kita masih belum berkongsi sepenuhnya ilmu mengenai kaedah penyelidikan yang kita ada. Malah artikel jurnal dan bahan dalam Bahasa Inggeris banyak mendominasi jika kita menggunakan pencarian google. Para pelajar kita seharusnya melihat ini sebagai cabaran dalam menguasai bahasa. Tidak salah sebenarnya jika kita  dapat menimba ilmu daripada penulisan-penulisan sarjana Barat terutamanya mengenai metode penyelidikan yang sebenarnya lagi hebat daripada kita. Dalam kita masih merangkak-rangkak menggunakan analisis multivariat, mereka sudahpun pakar dalam menguasai SEM (amos). Khusus untuk para pelajar yang sedang menjalankan tesis atau yang bersiap sedia untuk menjalankan tesis/kertas projek, antara persediaan yang penting ialah perlunya menguasai kaedah penyelidikan. Ini penting agar kita faham dan jelas mengenai fokus kajian penyelidikan kita sama berminat menggunakan kaedah penyelidikan kuantitatif ataupun kualitatif. Selamat berjuang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s