Kaedah Penyelidikan II

Dalam bab kaedah penyelidikan, terdapat beberapa subtopik yang sering menjadi perbincangan penting antaranya; pemilihan reka bentuk kajian, teknik pengumpulan data, kaedah persampelan dan saiz sampel, kesahan dan kebolehpercayaan instrumen, skala pengukuran serta analisis statistikal dan analisis tema yang digunakan dalam kaedah penganalisaan data. Justeru, pengkaji yang benar-benar berminat untuk menjalankan penyelidikan seharusnya perlu menguasai aspek-aspek dalam kaedah penyelidikan dengan baik.

Walaubagaimanapun, kaedah penyelidikan kajian kualitatif dan kuantitatif berbeza pendekatannya. Secara umumnya, kaedah kuantitatif bersandarkan angka dan merumuskan data-data dalam bentuk numerikal yang bersifat objektif. Manakala kaedah kualitatif lebih menjawab persoalan fenomena yang membentuk makna dari perspektif subjektif. Kajian kualitatif tidak bersandarkan numerikal malah tidak menumpukan pengutipan maklumat yang banyak berbanding kajian kuantitatif.

Antara aspek lain yang seharusnya menjadi penentuan dalam pemilihan kaedah penyelidikan ialah mengenai andaian asas yang mendasari kaedah penyelidikan yang dipilih sama ada berpaksikan paradigma pasca-positivis, interpretif mahupun pragmatisme. Dengan kata lain, seseorang pengkaji perlu memahami setiap andaian asas yang mendasari sesebuah kaedah penyelidikan sebelum membuat keputusan mengenai kaedah yang ingin digunakan.

InsyaAllah, jika ada kelapangan masa dan ruang serta peluang, saya akan membincangkan dengan lebih lanjut lagi mengenai andaian asas atau paradigma dalam setiap kaedah penyelidikan yang dijalankan. Tunggu ya!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s