Intervening variable

Dalam bidang penyelidikan terutamanya penyelidikan secara kuantitatif,  antara aspek yang seharusnya difahami dan dikuasai oleh seseorang penyelidik ialah mengenai pemboleh ubah-pemboleh ubah kajian atau variabel. Pemboleh ubah kajian yang utama yang sering dibincangkan ialah pemboleh ubah bebas (independent variable-IV) dan juga pemboleh ubah bersandar (dependent variable-DV). Semakin mendalam sesebuah kajian itu turut bergantung tentang sejauhmana penyelidik menggunakan faktor-faktor pemboleh ubah dalam menjelaskan kajian selain daripada hubungan dan perkaitan faktor IV dan DV sahaja. Antara pemboleh ubah yang sering menjadi kayu ukur causal effects dalam kajian ialah intervening variable atau juga dikenali sebagai mediating variable. Variabel ini berperanan sebagai faktor pengantara yang menghubungkan di antara IV dan DV.  Sebagai contohnya satu hipotesis kajian telah dibuat iaitu pelajar yang terdedah kepada karakter media (melalui symbolic modeling) lebih bertingkah laku negatif berbanding pelajar yang tidak terdedah kepada media. Pendedahan media menjadi IV kajian, tingkah laku negatif sebagai DV. Manakala symbolic modeling melalui karakter media menjadi intervening variable yang menjadi pengantara sebagai sebab-kesan/akibat dalam kajian tersebut. Justeru, dari aspek analisis statistikal, intervening variable boleh dikawal dan menggunakan analisis parametrik seperti korelasi spara dalam usaha melihat sejauhmana perkaitan di antara IV dan DV kajian.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s