Kajian Penyelidikan Mixed Methods

Terdapat tiga reka bentuk kajian penyelidikan; iaitu kajian kualitatif, kajian kuantitatif dan kajian gabungan kualitatif dan kuantitatif. Kedua-dua penyelidikan kuantitatif dan kualitatif ini berbeza pendekatannya dari aspek pengumpulan dan penganalisaan data. Pemilihan pendekatan kajian bagi seseorang penyelidik sama ada kajian kuantitatif ataupun kualitatif bergantung kepada permasalahan kajian dan persoalan kajian yang ingin diterokai. Kedua-dua pendekatan ini mempunyai kekuatan dan kekurangan yang saling melengkapi di antara satu sama lain.

Ini bermakna seseorang penyelidik seharusnya memahami dengan jelas mengenai asas penyelidikan sebelum membuat keputusan mengenai kaedah penyelidikan yang perlu digunakannya. Pemilihan kaedah sama ada cenderung kepada penyelidikan secara kuantitatif, kualitatif ataupun menggunakan kedua-dua gabunngan pendekatan kuantitatif dan kuantitatif turut bergantung kepada sejauhmana penyelidik memahami paradigma perspektif kedua-dua pendekatan tersebut. Ini ditekankan oleh Noraini (2010) yang menyatakan bahawa asas falsafah kedua-dua pendekatan (kuantitatif dan kualitatif) penyelidikan memerlukan penyelidik memberi pertimbangan yang berbeza dari aspek ontologi, epistimologi dan kaedah semasa membuat pemilihan kaedah penyelidikan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s