Jenis-jenis statistik

Image

Bagi pelajar dan penyelidik yang ingin menjalankan kajian kuantitatif, mereka perlu mahir dan menguasai statistik di samping memahami metodologi kajian yang mendasari kaedah tersebut. Jika tidak, pelajar yang memilih untuk menjalankan reka bentuk tinjauan katakan…dengan mengedarkan borang soal selidik tetapi jika dia tidak menguasai statistik dan juga perisian SPSS susah jugak untuknya menganalisis data kajian. Ini memang kes benar yang berlaku pada seorang pelajar saya (pelajar PBJJ) yang tidak bersedia menggunakan SPSS dan analisis statistik. Bila ditanya kenapa pada awal mulanya dia memilih reka bentuk tinjauan, jelasnya; “kawan saya kata edar soal selidik lebih senang daripada kajian kualitatif….jawapan yang sangat mendukacitakan saya :(

Image

Image

Terdapat dua jenis statistik yang pelajar perlu tahu dalam kajian kuantitatif; bergantung kepada persoalan dan objektif kajian iaitu statistik deskriptif dan statistik inferensi. Kedua-dua jenis statistik ini boleh digunakan dalam kajian kuantitatif. Ia mempunyai perbezaan yang ketara yang menunjukkan perbezaan penyelidik dalam menguasai kemahiran statistik ini. Bagi statistik deskriptif, penyelidik perlu tahu analisis asas yang berada dalam lingkungkan deskriptif seperti frekuensi, kekerapan, peratusan, MCT (measure of central tendency), MD (measure of dispersion).

Manakala statistik inferensi dijalankan berdasarkan teori-teori kebarangkalian. Antara tujuan utama kita menjalankan statistik inferensi ialah untuk menganggarkan karakteristik populasi daripada kes-kes sampel. Sebab itu kita perlu lengkapi dan penuhi assumptions yang ditetapkan. Antara ujian melalui statistik inferensi yang sering digunakan ialah ujian t-test, ujian korelasi dan ujian regresi.

Sebenarnya seingat saya, saya sudah bincangkan tentang ini dalam entri yang lepas. Tapi takpe je sekadar refresh ilmu. Moga-moga dapat memberi manfaat kepada pelajar dan penyelidik yang membacanya. Jika ada kelapangan masa yang nak bincangkan dengan lebih mendalam tentang kedua-dua jenis statistik ini :-)

About these ads

About Rosmawati Mohamad Rasit

my home

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 523 other followers

%d bloggers like this: