Analisis data menggunakan SPSS (i)

Menggunakan SPSS untuk menganalisis data perlukan kemahiran dan penguasaan yang baik dalam memahami setiap prosedur dengan betul. Bagi mereka yang ingin menganalisis menggunakan statistik inferensi menggunakan data berskala likert sebagai contohnya perlu memahami proses yang harus dilakukan sebelum data tersebut dianalisis.

Sebagai contohnya kita ingin mengkaji hubungan korelasi di antara pemboleh ubah berskala likert 4; pendedahan filem (IV) dan personaliti prososial (DV) – yang mana pendedahan filem mempunyai 11 item manakala personaliti prososial mempunyai 25 item. Item-item tersebut perlu dicompute terlebih dahulu sebelum menjalankan analisis.

Caranya buka SPSS – ambil transform klik compute variable

Bila dah keluar compute variable, masukkan nama untuk target variable. Kemudian, klik sum dalam kategori statistical dalam Function group. SUM tersebut akan berada dalam Numeric Expression. Selepas itu  kita perlu compute kesemua item bagi setiap pemboleh ubah seperti pendedahan filem – 11 item dan personaliti prososial – 25 item.

Ambil item setiap pemboleh ubah tersebut dalam type & label. Contoh –  11 item bagi pendedahan filem (B3-B13), klik untuk diletakkan dalam box Numeric Expression SUM(B3 to B13) dan klik OK.

Akhirnya, kita akan mendapat pemboleh ubah baru yang mengandungi kesemua item tersebut.

Begitulah untuk pemboleh ubah personaliti prososial, perlu ulangi proses yang sama. Apabila kedua-dua pemboleh ubah sudah dicompute barulah kita boleh menjalankan analisis ujian korelasi tersebut. InsyaAllah untuk entri yang akan datang saya akan tunjukkan cara menganalisis ujian korelasi pemboleh ubah tersebut menggunakan SPSS :)

About these ads

About rosma212

my home

29 responses to “Analisis data menggunakan SPSS (i)”

  1. naim says :

    puan.
    saya nak tanya berkenaan ujian korelasi pearson. sekiranya kajian menggunakan populasi, perlu ker kita check data bertaburan normal atau tidak normal?

  2. rosma212 says :

    Terima kasih Naim krn bertanya. Sudah tentu jika kita menggunakan apa sahaja ujian statistikal inferensi kita mesti memenuhi setiap andaian statistikal (statistical assumption) setiap ujian spt t-test, korelasi dan juga regresi. Sbg cthnya jika kita inginkan menggunakan ujian korelasi pearson, salah satu andaian statistikalnya ialah data perlu bertaburan normal baru blh kita gunakan ujian korelasi. Jika tidak normal kita mmg tak blh guna, perlu cara alternatif ujian lain yang setara dgn korelasi pearson. Harap membantu :)

  3. naim says :

    terimteda Dea kasih puan atas jawapan tadi.
    kalau nilai sig test Kolmogorov-Smirnov adalah 0.000 tetapi pada Detrended Normal Q-Q plot menunjukkan titik-titik data antara -0.2 hingga 0.3, adakah ini menunjukkan data adalah bertaburan normal? bagaimana nak huraikan titik-titik pada pada garis lurus pada normal Q-Q plot?

  4. farah rahman says :

    terima kasih..sgt membantu sy yg kebuntuan membuat analsis.

    Farah, student master utm

  5. rosma212 says :

    Terima kasih Farah krn sudi menjengok blog ni :)

  6. rosma212 says :

    Naim, bg ujian kolmogorov-smirnov dan juga shapiro-wilk, data bertaburan normal jika nilai yg kita dpt tidak signifikan. Jadi data yg Naim dpt mmg tidak normal. Bg normal probability plot pula nampak mcm normal. Kita lihat jika data bertaburan normal, semua data yg dikumpulkan akan bertaburan di atas garisan lurus.

  7. naim says :

    puan, dalam penerangan puan kepada aishah pada october 8, 2011. jika ujian kolmogaro-mirvav, shapiro atau skewness didapati tidak normal juga, kita boleh lihat at detrended normal Q-Q plot. if the dots (majority)(-0.3 – +0.3) consider our data to be normal. jadi detrended normal Q-Q plot yang saya dapat adalah -0.2 hingga +0.3, adakah ini menunjukkan data adalah bertaburan normal? tolong puan

  8. rosma212 says :

    Naim, apa yg sy blh bantu ialah, awak tgk balik graf Q-Q plot, lihat samada majoriti data berada di atas garisan lurus atau tidak, jika ya maknanya data awak masih blh consider as normal distribution. Jika agak berterabur maknanya tidak normal. Jika confuse mayb blh emelkan graf tersebut utk saya lihat dan bg pendapat.

  9. gee says :

    Puan..mcm mana pula jika data kajian yang kita ada adalah nilai skor markah-markah ujian?boleh ke kita masukkan dlm perisian spss?mcm mana tu?

  10. rosma212 says :

    jika nilai skor markah ujian yang menggunakan skala likert, masukkan setiap nilai skor item-item tersebut setiap satu dalam spss sebelum dianalisis. Contoh ada 5 item berskala likert 4; 4-sangat setuju, 3 setuju, 2-Tidak setuju, 1-Sangat tidak setuju. Nak isi untuk responden 1 masukkan setiap nilai skor item-item tersebut.

  11. gee says :

    Bukan jenis berskala likert yang ingin dimasukkan dlm spss, tetapi jenis jumlah markah atas soalan ujian yang diberikan..boleh ke?mcm mna?terima kasih kerana membantu

  12. rosma212 says :

    ok, kalau menggunakan jenis data yang berskala ordinal boleh gunakan korelasi spearman…mungkin boleh jelaskan mcm mana nilai skor markah ujian tersebut!

  13. gee says :

    oo mcm tu..ok2..nilai skor markah ujian tersebut cthnya: responden 1 mendapat markah 15/40..40 merupakan markah penuh bagi item ujian yang diberi sebanyak 18 item berstruktur..nanti saya akan masukkan sorang2 responden berdasarkah markah ujian yang mereka peroleh lalu melakukan korelasi spearman.terima kasih kerana membantu

  14. juju says :

    assalamualaikum puan..saya ingin bertanya mengenai normality test skli lgi.sya tk fhm sgt dgn pnjlasan puan d atas..sekiranya result normal,means kta blh truskn untk buat apa2 test sprti pearson correlation. sekiranay tk normal pula mcmn ye?test apa perlu kita buat selepas itu?mohon pencerahan ye puan…

    p/s:bdak bru belajar ^^

  15. Hanani says :

    Salam, Bagaimana Caranya untuk membandingkan skor min tiga pemboleh Ubah (pengetahuan Dan sikap-pemboleh Ubah bebas) Dan (pengajaran lestari-pemboleh Ubah bersandar) adalah Hanya menggunakan compare means utk means atau Bagaimana? Terima kasih

  16. rosma212 says :

    Wassalam Juju, menjawab pertanyaan Juju…jika kita dapati data kita tidak bertaburan normal, masih terdapat ujian-ujian yang boleh kita gunakan seperti korelasi spearman, ujian mann-whitney u dan juga wilcoxon t test

  17. najwa says :

    salam…nak tanya…macam mana nak buat mean ye untuk bagi setiap iv…sebab saya buat xjadi….harap dapat membantu…huhu..

  18. farah degree plnatation says :

    macam na nak guna spss nak wat graf???saya x tau nak masuk data…huhuhu

  19. rosma212 says :

    Farah kena belajar memahami pengiraan dan bagaimana nak masukkkan data dalam SPSS terlebih dahulu….

  20. mohamad says :

    saya tak faham la bab compute tu.. apa beza compute mean dgn compute tambah je mcm puan buat ni… dlm analisis yg mana nak pakai?

    satu lagi boleh bagi tak literature untuk run normal regression bagi data non normal data. e.g kita run regression, kemudian save unresidual, klik ok, kalu + – 3, q-q plot then tgk pulak ujian normality guna unresidual. kalu dapat .5 ke atas bg klomogorov maka consider nonnormal data boleh guna regression biasa. Saya cari literiture atau buku tapi tak jumpa untuk sokong penyataan ni. boleh tolong tak.

    boleh e-mail pada saya tak?

  21. akusygmsia says :

    tq membantu …

  22. hasbullah says :

    AsSalam.tkasih.ringkas,padat,blog sdr.sy pula xtau utk bina carta bar bdasarkn min.cuba dlm Spss pula byk yg keliru.tkasih
    -PhD UTM

  23. atikah says :

    Assalammualaikum,, sy ada masalah berkenaan SPSS.. bagaimana untuk saya bt pearson correlation utk jumlah soalan yang banyak? contohnya, utk faktor pertama iaitu sikap pelajar ada 16 soalan. macam mana utk sy dptkan average mean untuk faktor pertama ini??

    TQ …

  24. Azizi says :

    Assalamualaikum. Apabila korelasi pearson dijalankan. Dapatan menunjukkan Hipotesis nol diterima. Adakah itu menunjukkan data kita bermasalah.

  25. Cordy says :

    Selamar tengahari Puan,
    Nak tanya, bagaimanakah cara kita nak menganalisis data yang menggunakan skala thurstone? Adakah nilainya perlu dimasukkan dalam bahagian value? sebagai contoh, item thurstone yang ada 11 skala semantik. bagaimanakah data ini boleh dianalisis? Thank you

  26. rosma212 says :

    Wassalam Cikgu, Dalam analisis hasil kajian, sebenarnya carta bar tidak perlu pun. Cukup sekadar kita masukkan jadual.

  27. rosma212 says :

    Wassalam Atikah, rasanya apa yang saya faham, data perlu di compute terlebih dahulu untuk gabungkan kesemua item tersebut.

  28. noor hayati kusnin says :

    assalamualaikum dr rosma..kalau ada item yang skala ‘tidak pasti’ banyak lebih sepertiga…macammana nak analisis item tu…akan jadi masalah x kalu analisis berdasarkan peratus yang ada saja

  29. sarimah says :

    Slm..Saudari Rosma, boleh email dengan saya contoh-contoh soalan statistik berbentuk objektif, subjektif termasuk soalan yang berbentuk Ho dan Ha..terima kasih.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 539 other followers

%d bloggers like this: