Statistik Univariat

Kita memang biasa dengar di antara univariat, bivariat dan juga multivariat. Dalam perbincangan yang lepas-lepas saya turut memperkatakan tentang perbezaan di antara ketiga-tiga istilah ini. Bagi mereka yang baru berjinak-jinak dengan bidang penyelidikan, masih tidak dapat menguasai SPSS dengan mahir, elok dimulakan analisis data anda dengan menggunakan statistik univariat. Sebenarnya statistik univariat bermakna menggunakan statistik deskriptif iaitu hanya melibatkan tentang 1 pemboleh ubah sahaja for the purpose of description. 

Image

Sebagai contohnya peratusan dan frekuensi tentang responden lelaki dan perempuan dalam kajian anda.  Begitu juga contoh tentang tahap kemahiran komunikasi sama ada tidak mahir, kurang mahir, mahir atau sangat mahir. Tahap kemahiran komunikasi responden ini boleh dijelaskan melalui frekuensi dan peratus iaitu dengan menggunakan statistik deskriptif. 

Biasanya untuk faktor-faktor demografi responden, kita boleh menggunakan statistik univariat ini untuk menjelaskan secara mendalam seperti tentang jantina, umur, tahap pendidikan dan juga status sosioekonomi keluarga. 

Memilih untuk menggunakan jenis statistik univariat ini pada pendapat saya tidak sekuat hasil dapatan berbanding dengan statistik bivariat dan multivariat. Justeru, bagi pelajar diploma dan degree mungkin boleh dimaafkan tetapi lebih baik digabungkan dengan jenis analisis statistik yang lain. Kerana tidak mungkin penyelidikan yang kita jalankan hanya boleh dijelaskan dengan frekuensi dan peratusan sahaja mahupun dengan membincangkan soal min (purata) dan standard deviation. Mungkin ia sepatutnya mencapai tahap penyelidikan yang lebih jitu melalui bivariat dan multivariat juga.  

 

About these ads

About rosma212

my home

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 539 other followers

%d bloggers like this: