Ujian Korelasi Pearson, Korelasi Spearman Rho & Korelasi Spara!

Ujian korelasi merupakan antara analisis statistik yang popular. Korelasi Pearson, korelasi Spearman Rho dan korelasi spara (partial correlation) saya andaikan tiga jenis ujian korelasi yang biasa kita dengar dan kita tahu cara analisisnya yang agak berbeza berdasarkan basic assumptions. Apa yang membezakan di antara ketiga-tiga ujian korelasi ini ialah bergantung kepada jenis skala pengukuran dan bilangan pemboleh ubah yang terlibat.

Image

Ujian korelasi pearson product-moment dan korelasi spearman rho merupakan jenis analisis bivariat yang mana melibatkan dua pemboleh ubah (IV & DV). Jika kita menjalankan analisis secara ujian parametrik dan terbukti data kita bertaburan normal maka kita boleh menggunakan ujian korelasi pearson ini untuk mengenal pasti hubungan di antara IV dan DV yang berskala interval atau ratio. Namun, jika kita dapati data kita tidak bertaburan normal yang mana data berskala ordinal, kita masih ada pilihan dengan menggunakan ujian korelasi spearman rho. 

Manakala ujian korelasi spara merupakan analisis multivariat yang mempunyai pemboleh ubah kawalan (covariate). Pemboleh ubah kawalan ini adalah pemboleh ubah yang kita tidak ingin kaji tetapi berkemungkinan mempunyai kesan kepada pemboleh ubah kajian. Sebagai contohnya kajian kita ingin mengenal pasti perkaitan di antara tahap komunikasi interpersonal dan self-efficacy dalam kalangan pekerja dengan mengawal faktor umur. Berkemungkinan umur mempunyai kesan terhadap tahap komunikasi interpersonal dan self-efficacy yang perlu kita kawal dalam kajian tersebut.

Apa pun perlu kita ingat, dengan hanya menjalankan ujian korelasi sahaja belum membuktikan sejauhmana setiap faktor yang kita kaji itu menyumbang kepada DV kita. Ini kerana ujian korelasi hanya menentukan perkaitan sama ada wujud arah perkaitan positif atau negatif. Melalui ujian korelasi, kita masih tidak dapat menentukan faktor peramal mana yang berjaya menyumbang atau yang paling mempengaruhi DV.

Jika kita mahu mengenal pasti berapa sumbangan varians faktor IV terhadap DV kenalah jalankan ujian regresi pulak :) 

Image

About these ads

About Rosmawati Mohamad Rasit

my home

12 responses to “Ujian Korelasi Pearson, Korelasi Spearman Rho & Korelasi Spara!”

  1. hayati says :

    salam, sy buat research mengenai hubungan personaliti dgn pencapaian akademik.. sy gunekan inventori JEPI . sy xfhm bagaimana sy nak buat scoring dan buat spss korelasi ni . bole bantu ?

  2. rosma212 says :

    Wassalam. TQ hayati krn bertanya. utk scoring setiap variable, kena compute dulu item2 yg ada. kat prog. spss, ambil transform klik kat compute variable. sum kan semua item; cth utk pencapaian akademik ada 10 item so item 1 hingga 10 kena compute dulu dan namakan variable baru. Baru la blh analyze guna korelasi. Ambil analyze klik kat correlate bivariate utk dptkan korelasi pearson. Harap membantu :)

  3. gee says :

    Assalamualaikum..sy nak tanya la tentang korelasi Spearman Rho.sy ada dua jenis data iaitu data skor untuk ujian markah pengetahuan (item sebanyak 18) dan data skor berdasarkan skala likert mengikut aras darjah persetujuan(item sebanyak 30).Macam mana saya nak buat korelasi itu menggunakan perisian spss..boleh bantu saya tak?terima kasih banyak2 ye

  4. rosma212 says :

    Wassalam, untuk ujian korelasi spearman rho, stepnya seperti korelasi pearson cuma tick spearman bg correlation coefficients dlm spss.

  5. Hanani says :

    Salam, saya nk Tanya apakah Ujian kolerasi yang boleh digunakan untuk mencari hubungan antara dua pemboleh Ubah bebas (pengetahuan Dan sikap) Dan apa pula Ujian kolerasi yang boleh digunakan untuk mencari hubungan dua pembolehubah bebas dengan satu pemboleh Ubah bersandar (pengetahuan Dan sikap -pembolehubah bebas) (pengajaran lestari-pemboleh Ubah bersandar).terima kasih

  6. rosma212 says :

    Wassalam Hanani, selalunya ujian korelasi digunakan untuk mengenal pasti perkaitan di antara IV dan DV, bukan di antara IV dan IV. Jika kajian kita ada lebih daripada satu IV untuk diuji kita masih boleh menggunakan korelasi pearson. Manakala partial correlation jika kita ingin mengawal pemboleh ubah kawalan.

  7. Nurul says :

    Salam sis, sya nak tnya..sya menggunakan data spearman, tp hasil yg diperoleh utk correlation coefficiant adlh 0.048 dan 2 tailed adlh 0.660..apakah mksd yg diperoleh dari data tersebut?.. dan adkah bole jk data tersebut adalah tidak signifikan?..utk pengetahuan sis, sya sedang menyiapkan projek akhir saya.. TQ =)

  8. rosma212 says :

    Wassalam nurul, selalunya korelasi spearman menggunakan data ordinal. Namun, jika data tidak bertaburan normal, kita blh juga menggunakan korelasi spearman. Cara baca outputnya sama dgn korelasi pearson, kena lihat nilai r dan signifikannya < 0.05. Jika bacaan yg nurul maksudkan, adakah 0.048 adalah nilai r? jadi, kajian nurul tidak sig. krn 0.660 lbh bsr drp 0.05. Perlu lapor ttg tidak signifikan, maksudnya kajian ttg pemboleh ubah tersebut tidak mempunyai perkaitan.

  9. sufi says :

    salam..nk tanya..klu skala likert sy adalah 1-5..1=sgt tidak setuju, 2= tidak setuju, 3= sederhana, 4=setuju, 5=sgt setuju..kemudian sy groupkan data sy, sy compute data 1-2 sbg 1(tidak setuju), 3-5 sbg 2(setuju)…jd sy kna ambik yang compute tu ke untuk lakukan korelasi?ke mcmne nk jalankan ujian korelasi spearman ni? sbb sy tgk nilai korelasi antara yang belum compute lebih besar drpd yang dah compute…terima ksih…

  10. mama says :

    Assalamualaikum, saya ingin mengkaji hubungan antara sikap terhadap bahasa(IV) dengan markah ujian bahasa (DV). Adakah ujian korelasi pearson ini sesuai digunakan?

  11. wan ahsani says :

    as-salam
    Dr.saya ingin tahu apakah faktor penyebab kepada nilai korelasi menjadi negatif?adakah disebabkan tak cukup bilangan responden?

    jazakillah khoiron jaza’ Dr

  12. rosma212 says :

    Wassalam, Wan sebenarnya nilai korelasi negatif menunjukkan arah hubungan IV dan DV. Dan ia tidak salah pun. Cth: Jika terbukti hub. sig negatif yg signifikan, semakin tinggi penontonan TV, semakin rendah nilai akhlak penonton. (Contoh sahaja, mungkin ia berlaku sebaliknya).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 522 other followers

%d bloggers like this: