Selesai Sudah Analisis Data Kualitatif!

ImageAlhamdulillah! Baru selesaikan proses menganalisis data kualitatif melalui analisis kandungan. Rupa-rupanya proses penganalisaan data kualitatif lebih rumit dan sukar jika nak dibandingkan dengan menganalisis data kuantitatif. Itu pendapat peribadi saya! :)

Ia sebenarnya ada pro & kontranya jika kita bandingkan kedua-dua kaedah kajian. Sebagai contohnya kajian kualitatif tidak perlukan sampel yang banyak. Masa berhempas pulas untuk menyiapkan analisis data kuantitatif sebelum ini, jenuhlah jugak masa yang perlu diambil untuk key in data dalam SPSS untuk 1028 orang responden. Tapi selepas semua data berjaya dimasukkan ke dalam SPSS, kerja penganalisaan menjadi semakin senang.

Ingatkan hanya dengan 6 sampel filem kajian yang saya gunakan untuk analisis kandungan tidaklah seteruk proses key in data survey. Tapi cabaran lain pulak rupanya. Proses pengekodan data filem lagi teruk. Terpaksa melalui proses koding dan menonton filem yang mengambil masa berjam-jam lamanya hanya untuk satu filem. Kemudian terpaksa menonton berulang-ulang kali demi mendapatkan makna filem serta memastikan kategori dan tema yang kita kaji betul terdapat dalam filem-filem tersebut. Nasib baik ada students yang menolong saya semasa proses pengekodan tersebut dijalankan. Cuma masa menganalisis data filem tu tentulah kena buat sendiri sebab ini kajian saya :)

Untuk senangkan proses pengekodan filem, saya menggunakan dua borang analisis kandungan; borang penilaian makna filem dan borang kategori dan tema untuk dapatkan data yang jelas. Ini dikira sebagai instrumen kajian. Manakala saya gunakan analisis naratif dan analisis tema untuk kesemua filem kajian tersebut. 

Image

Masalah yang saya hadapi ialah terlalu banyak maklumat, pandangan, pernyataan dan naratif yang perlu dinilai dan diberi makna dalam konteks yang berbeza sebagai data kajian. Kemahiran inilah yang perlu ada kepada penyelidik kualitatif kerana data kualitatif banyak bergantung kepada makna dan interpretasi penyelidik itu sendiri. Malah saya turut belajar untuk menjadi lebih peka dan tidak bias dengan penginterpretasian saya sendiri. Masih belajar dan terus belajar untuk menguasai penyelidikan kualitatif yang sangat mencabar ini. 

Mohon doanya agar tesis yang saya perjuangkan ini siap jugak dalam tempoh yang saya inginkan. Terima kasih semuanya :)

 

 

About these ads

About Rosmawati Mohamad Rasit

my home

4 responses to “Selesai Sudah Analisis Data Kualitatif!”

  1. taqiah says :

    bi taufiq wan najah ustazah :)

  2. rosma212 says :

    Syukran ya Taqiah :)

  3. Mar Mariyani Malek says :

    Alhamdulillah, terjumpa Blog ustazah tentang penyelidikan. Sangat membantu saya yang masih baru dalam bidang penyelidikan.

  4. rosma212 says :

    Terima kasih krn menyokong :)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 520 other followers

%d bloggers like this: