Kajian Literatur

Dalam penulisan tesis, di antara bab yang tidak kurang pentingnya ialah Bab 2 iaitu berkenaan dengan Kajian Sorotan literatur (Literature review).

Penting sangat ke kajian literatur ni? Memang penting sebab melalui kajian literatur la kita dapat kenal pasti kajian-kajian terdahulu yang lebih kurang sama dengan kajian kita. Malah based on previous research, kita dapat menentukan gap yang boleh kita sumbangkan untuk kajian kita.

Bayangkan kalau dah hampir beribu-ribu kajian yang lebih kurang sama telah dilakukan, membantu kita membuat keputusan untuk tidak menjalankan kajian yang sama tersebut. Tujuan kajian literatur ialah untuk menjelaskan kajian yang akan dijalankan berdasarkan maklumat dan pengetahuan yang tepat tentang hubung kait  isu yang hendak dikaji.

Di antara kajian-kajian lepas yang menjadi rujukan kita seperti artikel jurnal, tesis, kertas kerja, prosiding, buku malah dokumen-dokumen yang berkaitan. Namun, ia bergantung kepada tahap keutamaan, seperti contohnya jika kita ingin menetapkan teori yang akan kita gunakan dalam kajian kita, rujukan daripada keratan akhbar dan kertas kerja masih tidak memadai. Malah kita perlu mencari sumber yang kukuh hasil daripada penulisan buku daripada sarjana terbabit dan juga jurnal-jurnal terkini yang dihasilkan.

Terdapat beberapa bahagian penting yang amat memerlukan kita merujuk kepada kajian literatur seperti pembangunan teori kajian, perkembangan reka bentuk kajian dan juga metode pengumpulan dan penganalisaan data. Pendek kata, semua aspek dalam penulisan tesis memerlukan sumber rujukan literatur yang betul bagi membuktikan perbincangan kajian kita bersifat saintifik dan empirikal.

Persoalannya, banyak mana yang perlu kita rujuk dalam kajian literatur? Sebenarnya ia terpulang kepada keperluan penulisan kita. Banyak tidak membuktikan penulisan kita telah superb, jika perbincangan kajian di tahap surface dan dasar sahaja.

Dan juga kajian literatur bukan hanya sekadar kita memberikan laporan ringkasan hasil kajian lepas sahaja seperti Ahmad (2012) berhujah…, Ahmad (2012) menyatakan…, Ahmad (2012) berpendapat…, Ahmad (2012) membincangkan… dsb. Malah, sebagai seorang pengkaji, kita seharusnya menguasai penulisan tesis kita dengan identiti kita sendiri melalui perbincangan kajian literatur yang kritis dan kritikal.

Perlu diingatkan juga kepada penyelidik kajian tentang isu etika dalam penulisan. Jangan mengamalkan budaya copy & paste. Setiap apa dan siapa yang kita rujuk perlu kita hargai dengan meletakan citation dan rujukan. Boleh rujuk format rujukan seperti APA style, Chicago, gaya UKM dsb. Barulah kajian tesis kita nampak ilmiah :)

 

About these ads

About rosma212

my home

One response to “Kajian Literatur”

  1. mohd jaiz says :

    so good…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 539 other followers

%d bloggers like this: