Persampelan Kajian (iii)

Masih lagi dalam topik persampelan kajian, yang mana kita akan menyambung perbincangan mengenai prosedur persampelan sistematik dan juga persampelan rawak berlapis/strata (stratified sampling procedure).

Persampelan secara sistematik boleh dilakukan dengan memilih responden berdasarkan selang/gandaan tertentu. Cara ini lebih mudah berbanding cara persampelan yang lain tetapi masih menepati prosedur persampelan kebarangkalian iaitu setiap subjek masih mempunyai peluang yang sama untuk dipilih responden kajian. Tetapi jika kita memilih menggunakan cara ini, kita perlu mendapatkan senarai nama keseluruhan populasi untuk mencari subjek dalam setiap selang tertentu. Cara untuk kita mengira selang gandaan tersebut ialah dengan membahagikan jumlah keseluruhan populasi dengan saiz sampel kajian. Sebagai contohnya jumlah populasi kajian kita seramai 500 orang dibahagi dengan saiz sampel iaitu 217 (95% confidence level), kita akan dapat selang gandaan 2. Jadi, cara pemilihannya ialah kita perlu memilih setiap selang gandaan dua dengan merujuk kepada senarai nama tersebut.

Kedua-dua persampelan yang kita telah bincangkan sebelum ini iaitu persampelan rawak mudah dan sistematik lebih bersifat homogenus yang mengandungi subjek kajian yang sama. Manakala, persampelan rawak berlapis atau berstrata adalah heterogen yang dijalankan dengan memilih secara rawak bagi setiap sub-kumpulan dalam populasi. Ralat persampelan rawak berlapis ini lebih kecil berbanding dengan persampelan rawak mudah dan sistematik.

Cara menjalankan persampelan rawak berlapis ini ialah dengan cara pemilihan rawak secara berasingan bagi setiap sub-kumpulan dalam populasi. Secara dasarnya, ia masih menjadi persampelan yang rawak kerana setiap sub-sampel adalah rawak. Namun, ia agak rumit kerana kita perlu menentukan saiz setiap sub-sampel yang kita perlukan. Kemudian kita juga boleh memilih untuk menentukan responden kajian kita itu sama ada menggunakan rawak mudah atau sistematik. Jika kita memilih untuk menggunakan persampelan sistematik, kita perlu menyediakan senarai setiap responden seperti yang telah dibincangkan tadi.

Selamat Berjuang :)

About these ads

About Rosmawati Mohamad Rasit

my home

One response to “Persampelan Kajian (iii)”

  1. master UTHM says :

    Salam.nak tnya.if pkai jadual tu..mcm mana kita nk tetapkn lvel of cnfnde. Ke ambk je 0.05%. Lg satu. Kalau nk buat method data untuk bandingkn antara p/ubh yg ditetapkn dgn kump yg berbeza lokasi,apa kaedah tbaik. Anova t test ke.
    Mhn maklum bls.tq

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 535 other followers

%d bloggers like this: