Ujian Bukan Parametrik
Entri sebelum ini membincangkan mengenai Chi-SQuare yang mana merupakan antara analisis data yang terdapat dalam non-parametric test yang menggunakan data nominal. Entri kali ini ingin menyambung mengenai perbincangan ujian bukan parametrik.
Sebenarnya kajian yang menggunakan ujian bukan parametrik mempunyai kekuatan dan kelemahan yang tersendiri. Di antaranya seperti apabila data kajian kita didapati tidak bertaburan normal, kita boleh menggunakan ujian bukan parametrik. Ini kerana kurang andaian diperlukan berbanding dengan ujian parametrik. Walaubagaimanapun, mutu hasil analisis ujian bukan parametrik rendah kerana ia hanya berdasarkan bilangan respons dan bukan berdasarkan skor yang sebenar. Ketepatan analisis ujian bukan parametrik yang menggunakan data skala nominal dan ordinal kurang berbanding dengan ujian parametrik. Ini kerana ketepatan data berskala nominal dan ordinal lebih rendah berbanding data interval dan juga data ratio. Begitu juga aspek generalisasi yang mana ujian bukan parametrik lebih rendah tahap generalisasinya berbanding dengan ujian parametrik.
Namun, kedua-dua ujian bukan parametrik dan ujian bukan parametrik mempunyai fungsi yang sama mengikut jenis sampel kajian yang digunakan.