Chi-Square Test (Ujian Khi Kuasa Dua)

Jika ujian statistik (ujian parametrik) T-Test dan ANOVA menggunakan data skala ratio  bagi mengenal pasti perbezaan, ujian chi-square pula boleh digunakan untuk mengenal pasti perbezaan bagi data yang berskala nominal. Ujian chi-square ini termasuk di dalam ujian bukan parametrik.

Jadi, sebenarnya terdapat beberapa sebab yang membolehkan kita menggunakan ujian bukan parametrik ketika menjalankan sesuatu penyelidikan;

a) apabila data kita tidak mematuhi syarat taburan normal (normal distribution)

b) apabila data kajian menggunakan skala pengukuran nominal dan ordinal

Sebenarnya, ujian bukan parametrik mempunyai syarat yang lebih longgar berbanding dengan ujian parametrik yang mana kita tidak perlu menepati syarat normaliti.

Biasanya ujian Chi-Square sering digunakan untuk kebebasan (Chi-Square test for independent / test of homogeneity). Ujian ini bagi digunakan bagi mengenal pasti perbandingan dua variabel yang berskala nominal. Sebagai contohnya ingin membandingkan variabel jantina iaitu kategori lelaki dan perempuan dengan tahap kemahiran berkomunikasi sama ada tahap tinggi, tahap sederhana, tahap rendah.

Kita boleh menghasilkan objektif kajian iaitu untuk menentukan sama ada terdapat perbezaan tahap kemahiran berkomunikasi berdasarkan jantina pelajar dan menggunakan analisis ujian chi-square bagi mendapatkan nilai sama ada signifikan atau tidak di antara jantina tersebut.

Ujian chi-square turut digunakan bagi menentukan kebagusan (chi-square test for goodness-of-fit). Sebagai contohnya seorang penyelidik ingin menjalankan kajian mengenai kemahiran berkomunikasi dalam kalangan pelajar di sebuah sekolah. Objektif kajian – untuk menentukan perbezaan tahap kemahiran komunikasi dalam kalangan pelajar. Hasil analisis kajian menunjukkan bahawa terdapat pelajar yang mempunyai tahap komunikasi yang tinggi, sederhana dan juga rendah. Oleh itu chi-square test for goodness-of-fit boleh digunakan untuk menentukan tahap kemahiran komunikasi mana yang signifikan dan menyumbang paling besar dalam kalangan pelajar tersebut (baca nilai residual dan Obseverd N)

About rosma212

my home

One response to “Chi-Square Test (Ujian Khi Kuasa Dua)”

  1. dezeri says :

    assalammualaikum.pn rosma..saya dah buat analisis ujian chi square test for independent..dah dapat data dgn gunakan spss..tp xfahan n xtau nak intepretasikan data tersebut..harap pn rosma dapat terangkan dengan lebih lanjut lagi..tq

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 539 other followers

%d bloggers like this: