Analisis Kandungan Kualitatif (Qualitative Content Analysis)
Analisis kandungan secara kajian kualitatif berbeza daripada analisis kandungan kuantitatif yang lebih mementingkan angka dan pengiraan secara objektif serta melihat aspek tersurat semata-mata. Sedangkan analisis kandungan kualitatif lebih melihat teks sebagai interpretasi makna secara dalaman dan subjektif.
Kajian analisis kandungan sama ada kualitatif mahupun kuantitatif banyak digunakan dalam bidang media dan komunikasi – untuk menganalisis dokumen – seperti akhbar, televisyen dan juga filem. Namun, kajian kualitatif turut menggunakan analisis kandungan bagi menganalisis tema-tema daripada temu bual dan juga pemerhatian.
Terdapat sarjana penyelidikan kualitatif seperti Berg, Mayring dan Hsieh dan Shannon membezakan analisis kandungan (kualitatif) sebagai kelebihan dalam meneliti isi media berdasarkan context dan process. Aspek context dilihat melalui isi kandungan utama secara tersirat (latent content) manakala aspek process melibatkan proses interpretasi teks yang dijalankan secara teliti dan berulang-ulang kali.
Mungkin saya boleh kongsikan lapan langkah penting yang terkandung dalam proses analisis kandungan kualitatif yang dicadangkan oleh Zhang dan Wildermuth (2009) melalui pengumpulan dan penganalisaan data;
i) persediaan data
ii) mentakrifkan unit analisis
iii) membina kategori dan skema pengekodan
iv) menguji skema pengekodan melalui teks sampel
v) pengekodan teks
vi) menilai ketekalan pengekodan
vii) kesimpulan daripada data yang telah dikod
viii)laporan kaedah dan hasil kajian
Analisis kandungan kualitatif akan dianalisis menggunakan analisis tema dengan pengekodan dan pengkategorian. Selalunya, proses analisis data berlaku secara berterusan dan non-linear.
bolehkah berkongsi sumber dapatan ini?
Terima kasih krn bertanya, sori krn response yg lambat
sila rujuk;
http://ils.unc.edu/~yanz/Content_analysis.pdf
http://www.utsc.utoronto.ca/~kmacd/IDSC10/Readings/text%20analysis/CA.pdf
http://www.hu.liu.se/larc/utbildning-information/scientific-methodology/course-literature-and-links/1.253567/Qualitative20Content20Analysis_1.pdf
http://academic.csuohio.edu/kneuendorf/c63309/ArticlesFromClassMembers/Amy.pdf
smg Allah membalas amal penulisan ini
Ameen. Terima kasih krn menyokong