Validity & Reliability dalam kajian kuantitatif

Sememangnya bukan senang nak menjalankan research lebih-lebih lagi untuk menyiapkan penulisan tesis, tak kiralah tahap mana tesis tersebut sama ada degree, master atau phD ke…semuanya ada cabaran masing-masing. Mungkin antara aspek yang sering kita pandang ringan adalah mengenai validity dan reliability sesuatu kajian. Fuhh! sebenarnya tak semudah yang kita sangka.

Dalam kajian kuantitatif yang menggunakan reka bentuk kajian survey (tinjauan) selalunya kita menggunakan instrumen soal selidik sebagai alat mendapatkan data. Dan sebelum data dikumpul, seseorang penyelidik perlu menjalankan pilot study terlebih dahulu untuk melihat sama ada borang soal selidik (questionnaire) tersebut benar-benar valid dan reliable untuk diedarkan. Kat sini pentingnya bagi penyelidik untuk memahami bagaimana nak ukur validity dan reliability.

Yang biasa kita buat (saya pun buat untuk tesis master – just ukur realibility tengok alpha cronbach saja) kita ingat pilot study untuk menguji tahap kebolehpercayaan instrumen semata-mata. Tetapi sebelum itu sepatutnya penyelidik melakukan validity test terlebih dahulu untuk menguji sejauhmana instrumen tersebut benar-benar mengandungi item-item konstruk yang tepat. Ini boleh dilakukan dengan menguji construct validity (kesahan konstruk) melalui analisis faktor. Selain construct validity, jenis validity yang lain ialah seperti face validity, content validity dan juga criterion-related validity.

Pada entri  ini saya nak bincangkan mengenai kepentingan melakukan analisis faktor bagi mendapatkan kesahan konstruk. kesahan konstruk ini merujuk kepada sejauhmana sesuatu ujian itu mengukur apa yang sepatutnya diukur. Ia merujuk kepada pengukuran konstruk instrumen dengan tepat berdasarkan teori yang berkaitan. Namun, sebelum menjalankan analisis faktor terdapat syarat yang perlu dipenuhi oleh penyelidik; skala pengukuran seharusnya berskala interval atau ratio dan pastinya mencapai standard normal distribution, manakala bilangan item soal selidik responden haruslah sekurang-kurangnya lima kali banyak daripada bilangan item. Sebagai contohnya soal selidik kita mempunyai 30 item, jadi saiz responden sekurang-kurangnya perlu mencapai jumlah 150 orang. Ini kerana analisis faktor memerlukan saiz responden yang besar.

Reliability pula dikaitkan dengan tahap kebolehpercayaan instrumen iaitu sejauhmana instrumen tersebut boleh dipercayai dan tekal. Antara cara dan kaedah yang popular dalam menentukan reliability ialah melalui internal consistency – alpha cronbach. Selain itu, penyelidik boleh menggunakan test-retest dan equivalent-form reliability. Bagi pilot study untuk ujian kebolehpercayaan tidak memerlukan responden yang ramai. Cukup dengan 30 orang responden sahaja. Nilai alpha cronbach yang boleh diterima dan baik adalah di antara 0.6-0.9.

About Rosmawati Mohamad Rasit

my home

13 responses to “Validity & Reliability dalam kajian kuantitatif”

  1. ayu says :

    salam macm mane formulae dy?

  2. bulat says :

    cik ros! boleh ke cik ros tlg KOD kan kpd saya, siapa yg buat statement utk pilot test 30 org dah memadai. bukan apa, nnti if masa present ada panel tanya saya, senag saya nak jawab… he3

  3. rosma212 says :

    Wassalam ayu. untuk test validity dan realibility mmg kena guna SPSS.
    Realibility – klik analyze, scale dan klik reability analysis.
    construct Validity selalunya guna factor analysis – klik analyze, dimension reduction dan klik scale.

  4. rosma212 says :

    Untuk Bulat, sila rujuk buku research methods, mmg banyak membincangkan ttg bilangan sampel utk pilot test di antaranya rujuk buku penyelidikan Chua Yan Piaw

  5. WAWA says :

    “bilangan item soal selidik haruslah sekurang-kurangnya lima kali banyak daripada bilangan item. Sebagai contohnya soal selidik kita mempunyai 30 item, jadi saiz responden sekurang-kurangnya perlu mencapai jumlah 150 orang. Ini kerana analisis faktor memerlukan saiz responden yang besar”

    saya nak betulkan sikit pernyataan sdari di atas: ayat permulaan itu bukan merujuk kepada “bilangan item” tetapi lebih kepada “bilangan responden”. *Sila rujuk semula Chua Yan Piaw (2009, ms 181)… supaya orang tidak keliru dengan pernyataan tersebut.

    By the way saya sedang mencari fakta tentang berapa bilangan item yang minimum/ sesuai untuk dilakukan analisis faktor. Dalam Chua pun saya tak jumpa pernyataan ini. Saya hanya tahu sekiranya terdapat sangat banyak item (contoh 30 dan ke atas- spt dalam Chua) dan dibina sendiri oleh pengkaji untuk mengukur sesuatu konstruk…Bagi saya “sangat banyak” itu masih subjektif…Persoalan saya adakah perlu dibuat analisis faktor bagi item2 yang dibina oleh pengkaji lepas dan telah dikenalpasti ia di bawah konstruk tertentu (item2 tersebut digunakan secara ekstensif dalam kajian lain juga). Dengan kata lain kita gunakan semula (tidak bina item baru) item2 tersebut dalam kajian kita yang mana setiap konstruk terdiri daripada 3-5 item sahaja.

  6. rosma212 says :

    Terima kasih kpd Wawa krn betulkan statement tersebut. Minta maaf tak perasan ada kesilapan yg tak disengajakan. Ttg menggunakan instrumen yg telah dibina oleh pengkaji yg lepas, sy berpendapat bahawa tidak salah menjalankan lagi sekali analisis faktor. Justifikasinya responden yg berbeza budaya dan cara pemikiran. Sbg cthnya saya juga pernah menggunakan instrumen PSB (Prosocial personality Battery) oleh Penner et al. 2005, yg telah disahkan konstruknya. Namun saya juga turut menjalankan analisis faktor sekali lagi untuk kesahan konstruknya dalam konteks responden di Malaysia yg sudah tentu berbeza personaliti prososialnya :)

  7. wawa says :

    isu utama masih belum terjawab: berapa bilangan item yang minimum dan sesuai untuk menggunakan analisis faktor? Kalau 3-5 item sesuai ke?

  8. syuhada says :

    boleh kah nilai cronbach pilot test lebih dari actual test? contoh pilot test=0.743 (n=13), tetapi actual test=0588 (n=115)..

  9. fiq says :

    salam akak nak tanya nobor crombat alpha yang baik brapa?

  10. fiq says :

    kalau kuar .099 tu jadi tak

  11. rosma212 says :

    nilai yang baik ialah 0.7 ke atas….

  12. keyjunk says :

    apakah yg perlu dilakukan jika nilai alpha adalah negatif?bagaimana untuk naikkannya kpd positif??

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 523 other followers

%d bloggers like this: